Alhamdulillah kalau sungguh bagai dikata...Rebecca Nur Al Islam nak berhijab sekembalinya dari umrah.Nama pun Al Islam.Memang sesuai sangatlah.Yang menariknya, Rebecca berhasrat menjual semua pakaian seksinya.Pakaian yang berharga kurang RM700 akan diberi percuma tetapi yang berharga lebih dari itu akan dijual dengan potongan harga 70%.(Mahalnya pakaian dia ye?) 28 Februari ni pulak, Lana Nordin nak buat umrah.Mudah-mudahan, Lana Nordin pun mnegikut jejak langkah Rebecca untuk berhijab.Artis-artis lain yang masih belum berhijrah, bolehlah fikir-fikirkan, ye.Bukan apa, mati tu bukan boleh ditangguh-tangguh.Kepada yang dah berhijab, mudah-mudahan, sempurnalah hijab tu tanpa pakaian ketat atau kata-kata yang bertentangan dengan orang berhijab.Peringatan untuk diri aku sendiri juga.
Showing posts with label lana nordin. Show all posts
Showing posts with label lana nordin. Show all posts
Sunday, February 16, 2014
Tuesday, December 17, 2013
Salah ke minat Lana Nordin?
Aku cikgu.Kerja 'gomen'.Pakai tudung.Umur tak berapa nak muda.Pakaian tak pernah seksi.Tapi, salah ke kalau aku minat Lana Nordin?Bukan baru-baru ni je aku minat Lana Nordin.Tapi sejak dia berlakon jadi pelacur cerita apa entah di TV dengan Lisdawati.Aku kagum sangat sebab dia berjaya hidupkan watak tu.Dia seksi ke, Pamela Anderson Malaysia ke, aku tak kisah.Aku pandang bakat dia tu.Aku rasa kalau dia dapat watak ustazah berpurdah pun, tentu dia mampu jayakan.
Sekarang ni, bila Lana Nordin dah cuba bertudung, lagilah aku suka.Manisnya!Gambar di bawah tu aku pinjam tau!Manis kan?Tapi..........................................
Tapi, jangan marah ye!Walau pun aku suka LANA NORDIN,dan aku suka LANA NORDIN bercinta dengan JOHAN AS'ARI,aku tak pernah minat JOHAN AS'ARI.
Saturday, November 17, 2012
Penyakit makin tenat....
Cerita pasal penyakit ni, bukan penyakit kronik saja yang patut kita perkatakan tetapi juga penyakit sosial.Selain kes buang bayi yang dah tak jadi 'kes luar biasa',kes rogol, kes samun dan macam-macam lagi kes yang kita baca di akhbar.Tetapi, kes yang aku baca hari ini amat membimbangkan...
Hari ni aku baca Harian Metro.Mula-mula tu, aku terpikat nak baca sebab tengok gambar Lana Nordin yang tak berapa cantik orangnya tapi ada X factor yang buat aku suka.(Aku cerita di entry lain pasal Lana ni) Kemudian aku terpandang kes khalwat orang atasan, kes khalwat janda anak 8 dengan Bangla, khalwat suami orang dengan isteri orang ( eh!banyak beno citer khalwat!) dan macam-macam lagilah.
Kemudian aku terbaca kes seorang perempuan yang curiga sebab lampu bilik tidur anak saudaranya( kalau tak silap) yang terpadam.Perempuan tu pun pergi check dan didapati anak saudara perempuannya tu memakai baju terbalik.Jeng!jeng!Jeng!Terbalik ada makna tu.Kemudian, dia ternampaklah pulak sotong kering budak lelaki atas katil tu.Makinlah kuat jeng!jeng!jeng!nya.Dia pun tanya, siapa empunya sotong kering tu.Anak saudara dia kata, dialah yang punya. ( Budak perempuan ni pun nak kelentong tapi tak reti.Mak saudara dia tentulah tahu.Apa ke henya nak pakai sotong kering lelaki? )
Dek kerana tahap kecurigaan perempuan tu makin kuat, dia pun buat thorough checking.Ha... engkau!Ada budak lelaki menyorok bawah katil tel*****g bulat!Sahlah budak berdua tu buat benda tak senonoh!Budak berdua tu pun dibawa ke balai polis dan keduanya mengaku dah buat kerja suami isteri!Mahu terduduk emak bapak budak berdua tu kalau dengar agaknya.Dan yang aku rasa penyakit sosial masyarakat kita ni makin tenat adalah... kerana umur kedua-dua budak yang dah mengaku 'jadi suami isteri' tu baru 12 tahun!Masyaallah!!!Apa dah jadi dengan masyarakat kita.
Kalau zaman aku umur 12 tahun dulu, nak tengok gambar bentuk 'love' pun taboo tau.Malu kalau orang nampak.Tapi zaman sekarang, rupa-rupanya teramatlah dahsyat hinggakan dah praktik 'jadi suami-isteri' walau pun UPSR pun belum dapat keputusan lagi. ( KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2012 AKAN DIUMUMKAN PADA 19 NOVEMBER 2012)Tu belum kira yang umur peringkat sekolah menengah 13 - 17 tahun tu.Aku rasa kalau dibuat kajian, nak cari kelapa ditebuk tupai lebih susah daripada nak cari anak dara ditebuk tupai yang pakai sotong kering!
Kesimpulannya, suka aku ingatkan, emak bapak yang ada anak dara tu, janganlah terlalu mudah membiarkan anak dara terlepas bebas ikut suka.Kalau lembu terlepas, paling kuat pun, mati kena langgar tapi kalau anak dara terlepas, silap-silap hari bulan dapat cucu cik oi!!!Minta dijauhkan malaikat 44.Kalau di rumah pun, kena juga selalu memantau anak-anak tak kiralah anak dara ke anak teruna.Mudah-mudahan, dijauhkan dari segala macam godaan iblis dan syaitan.Yang paling penting, pegangan agama.
Kalau dah ada lesen besar macam ni,
barulah boleh jadi 'suami isteri'
Lana Nordin
Masuk blog teacher kena pakai sopan sikit tau!
Subscribe to:
Posts (Atom)

