Showing posts with label penyu di rantau abang. Show all posts
Showing posts with label penyu di rantau abang. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Terengganu atau Johor?

   Baru je terima berita, kakak di Terengganu sakit tenat.Adik tak cakap'sakit tenat' tapi dengan ayat 'doktor kata, mana-mana waris dekat tu, cepatlah melawat' aku boleh agak kakak aku tenat.Walaupun bukan kakak kandung seibu sebapa, tapi dia seperti kakakku sendiri.Aku nak balik ke Terengganu tetapi ada beberapa perkara yang menghalangku.

   Pertama: Esok ada LDP / Kursus di sekolah.Kehadiran wajib.Tak hadir, rugi satu LDP untuk aku isi di kad rekod biru yang rajin benar cikgu-cikgu di sekolah aku isi walau pun sekolah lain tak kisah pun.Tambah pulak, senior aku minta tolong buatkan blog wajib kerana diarahkan oleh JPN.Bagi aku yang dah jadi blog addict ni, buat blog tu macam makan kacang Ngan Yin je tapi bagi yang tak biasa, mahu biru muka sebab takut, tak tau nak klik apa.

   Kedua : Hatiku masih terluka.Nak kata aku sensitif sangat sampai mudah sangat keluar air mata macam Amira atau Zahira dalam Puteri Yang Ditukar tu, taklah, tapi aku masih terluka.Darahnya masih mengalir.Kakak aku tu memang baik sangat tapi 'seseorang' yang menghalang aku pulang.

   Ketiga : Aku rasa badan terlampau penat.Begitu juga dari segi mental dan emosi.Nasib baik ada blog buruk aku ni.Bolehlah juga aku jumpa kawan-kawan di dunia tanpa bunyi ini.Hilang juga letih dan stress aku.Kalau aku balik, paling kurang 2 atau 3 hari aku tak dapat blogging.Sedangkan ranking alexa aku dah makin teruk.Tak pernah-pernah jejak 4000 hari ni dah jejak.Sedih!Mesti sebab aku tak blogwalking tu!

   Susah-susah sangat, aku ambil flight je boleh kot.Balik Terengganu sekejap dah tu balik Pasir Gudang semula.Tapi masalahnya, aku takut naik flight.Ala.... aku dalam dilema. Teringin pulak nak makan buah delima. Teman-teman, abang kakak, adik-adik... kalian ada cadangan?Aku dah buntu dan otakku dah beku.Migrain pun cepat je nak mengganggu!Adoiii!
-
-
-
-
-
-

 
Cik Penyu, aku nak balik 
tapi aku tak boleh balik...