Aku tak pernah cuba melawan takdir Allah yang menentukan bahawa lelaki adalah pemimpin bagi seorang perempuan.Tetapi, apa yang aku lihat, imej lelaki lebih sebagai pemusnah bagi seorang perempuan.Maaf kalau aku katakan, aku punya pandangan yang agak negatif tentang lelaki yang kononnya pemimpin seorang perempuan.
Contoh terbaru, aku lihat pagi tadi, sewaktu aku berdiri di luar sebuah klinik selesai urusan rawatan perubatanku.Seorang lelaki dengan berjubah hitam, berserban dan berjanggut, yang aku pasti adalah seorang melayu dan islam, memaki-maki isterinya dengan kata-kata yang cukup tak enak untuk didengar.Si isteri, juga berjubah hitam dan berpurdah, hanya diam tanpa berkata walau sepatah pun.
Anak di dukungan si isteri pula merengek-rengek.Walau pun si anak mungkin berusia tak sampai setahun, dia juga dipakaikan jubah dan berpurdah.Seorang lagi, anak lelaki, lebih kurang usia kanak-kanak tadika, menangis dengan kuat.Mungkin ketakutan bila melihat ayahnya yang marah-marah.Aku tak berniat untuk mencuri dengar perbualan mereka, tetapi aku terdengar!
Rupa-rupanya si suami marah kerana si isteri enggan memberikan rantai yang dipakai untuk digadai!Sungguh aku tak menduga!Kalau pasangan biasa, tanpa imej muslim sejati, mungkin aku tutup mata dan telinga saja, tapi dengan imej berjubah dan berpurdah, aku rasa cukup marah kerana si suami seolah-olah mempersendakan agama!Dan yang paling aku marah, bila si suami makin hilang sabar dan menampar si isteri!Aku tak boleh terus diam!
Entah kekuatan dan keberanian dari mana yang aku dapat, aku marahkan si lelaki tu kembali!Sebelum aku beredar kerana aku perlu pulang segera, si lelaki sempat berkata: Isteri adalah hak milik mutlak suami untuk dibuat apapun!CIS!!!KALAU MACAM TU, LEBIH BAIK PEREMPUAN TAK PAYAH BERSUAMI KALAU HANYA JADI TEMPAT SUAMI BERLATIH TINJU!!!Tapi, aku terpaksa beredar dan sabar.Mudah-mudahan Allah selamatkan si isteri dan membuka matanya agar sedar, PEREMPUAN YANG BERGELAR ISTERI, PUNYA HAK YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH!
Kejadian berlaku jam 11.45 pagi tadi, tapi sampai saat ini, petang dah mula beransur senja, aku masih sakit hati!
Ayam pun tau sayangkan bini!
