Showing posts with label resipi bubur asyura johor. Show all posts
Showing posts with label resipi bubur asyura johor. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Bubur lokan dan resipinya.

   Hari ni patutnya wordless.Maklumlah Wednesday... Tapi tak kira!Nak bercakap juga.Hari ni nak bercakap tentang makan lagi.Ala.... sesekali apa salahnya.Tak gemuk pun!Tengok gambar je memang tak gemuk.Ok.Kali ni nak cerita pasal bubur lokan.Siapa tak tau lokan, maknanya orang bandar le tu.Maklumlah, lokan ni makanan orang kampung macam aku je.Bubur lokan ni sebenarnya resipi yang aku reka sendiri disebabkan oleh hilang selera makan tahap ultraman!

  Cara nak buat senang je.Yang penting mesti ada beras dan lokan.Kalau tak de, tak le namanya bubur lokan.Bahan-bahan diperlukan adalah sepert berikut:

1 pot beras ( rendam 3 jam dan toskan) Kalau boleh beras cap 2 itik baru best.
Air ( sudah semestinya.Maklumlah, kata nak buat bubur) Berapa banyak tu, ikut pandai le
semangkuk sambal tumis lokan.(cara nak buat sambal tumis semua orang tau kan?

Cara-caranya:
1.Masak beras yang dah direndam dan ditos seperti memasak bubur nasi biasa.Jaga supaya air nasi tu tak melimpah.Kalau dah melimpah, rasanya tak sedap.

2.Masak sampai tak nampak rupa nasi.Kalau masih nampak seketul-seketul,tak sedap.

3.Bila dah betul-betul jadi bubur, masukkan sambal tumis lokan, garam dan ajino.

4.Masak lagi agak-agak sampai lokan tu cukup empuk.Kalau liat nanti, buat exercise mulut le jawabnya!

5.Kalau air kurang tapi lokan belum empuk, tambahkan lagi air sampailah molek rupa bubur tu.

6.Bila dah siap, nak hidang tu taburlah bawang goreng ke, daun sup ke, daun bawang ke.Baru ummph!

7.Sedia untuk dimakan.Apa lagi, bacalah doa makan!



Nyum!Nyum!

Kalau tak tau lokan tu apa, sila google ye.

Sunday, December 2, 2012

Resipi Bubur Arab ubat demam

   Banyak-banyak bubur, bubur apa menari gelek?Jawapannya adalah BUBUR ARAB kerana lepas makan BUBUR ARAB aku terus rasa nak bergelek @ sembuh dari demam.Alhamdulillah....  BUBUR ARAB ni senang je nak buat.Tapi kalau rajin... Lebih kurang sama dengan bubur asyura tapi bubur Arab tak guna santan.Kira baik untuk kesihatanlah tu.Ok.Sebelum aku share resipi bubur Arab, jom kita tengok gambar dulu.
-
-
-
-
-
-
-
Terliur tak?

   Cara-cara nak masak bubur Arab ni senang je.Yang penting, rajin ke dapur.Ok.Bahan-bahannya adalah 2 pot beras dibasuh dan direndam agak-agak 5 jam, 1/2 kilo daging direbus hingga empuk dan ambil air rebusannya.Bubuh sedikit garam semasa merebus.Barulah sedap.8 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih dimayang untuk ditumis.1 sudu besar serbuk kari.Jenama apa tak kisahlah asalkan bukan Mariah Carey atau Pulau Carey.4 biji bawang bombay dimayang dan digaul rata dengan tepung kemudian digoreng jadikan bawang goreng.2 biji telur masin direbus dan dibelah dua.1 pokok daun bawang dan 1 pokok daun sup dipotong untuk ditabur.Sebiji lobak dipotong ikut suka.2 sudu minyak sapi untuk menumis.

   Bila dah ada semua bahan tu, panaskan minyak sapi dan bila cukup panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih.Masukkan juga serbuk kari yang telah dibuat paste.Tumis hingga naik bau.Toskan beras dan masukkan dalam periuk berisi tumisan.Masukkan air rebusan daging.Masak sampai beras jadi bubur.Masak hingga betul-betul jadi bubur.Kalau masih nampak butir nasi tu maknanya belum jadi bubur.Tak sedap.Tak ummph.Time masak ni kena hati-hati sebab api tak boleh besar sangat.Nanti hangus.Periuk jangan ditutup untuk elakkan bubur melimpah dan rasanya tak kow.Maknanya kena dok tunggu depan periuklah tu.Masukkan lobak.Jangan lupa bubuh garam dan ajino.

   Bila bubur dah masak, masa nak menghidang tu taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.Letakkan telur masin.Kalau nak lebih cantik, bolehlah tabur sedikit hirisan lada merah.Siap untuk dihidang.Siapa tak cuba, rugi tau! Wink!Wink!



Saturday, November 24, 2012

Resipi bubur asyura

   Hari ini 10 Muharram.Hari yang sangat aku tunggu-tunggu masa kecik-kecik dulu kerana pada 10 Muharramlah, kami adik-beradik dapat merasa masakan mak yang sangat istimewa iaitu bubur asyura.Kalau tak silap, dulu aku tak tau pun ia juga dipanggil bubur lambuk hinggalah aku berhijrah ke Terengganu.

   Setelah berhijrah ke Terengganu, aku masih lagi ternanti-nanti ketibaan 10 Muharram.Aku suka bubur asyura.Tapi, lain pulak rupanya bubur asyura @ bubur lambuk yang aku jumpa di Terengganu.Tu belum di Kelantan lagi tu.Aku jenis tak memilih tapi bila bab bubur asyura, aku tetap akan cari bubur asyura versi Johor kerana aku bangsa Johor.Johor, tanah tumpah darahku.......


Oklah sedap juga.
Ditambah pucuk paku merah atau pucuk miding kata orang Terengganu.


Sangat istimewa bagi warga Kelantan tapi tekak aku tekak orang Johor,
tentulah aku lebih suka bubur asyura orang Johor.


Yang ni adalah versi Johor, lazat, seimbang, sihat dan berkhasiat.


Aku dah minta Encik Mat Gebu Tiffin Biru share resipi bubur asyura versi Johor.
Encik Mat Gebu nak buat entry tu esok.
Jadi, esoklah aku try buat bubur asyura versi Johor.
Mudah-mudahan sedap macam bubur mak.
Pukul berapa aku nak ke rumah mak hari ni?