Showing posts with label segmen ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label segmen ben ashaari. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN : Kenapa aku berblog?


   Lama tak join segmen.Jadi, bila tengok Adik Lyssa ku buat segmen, apa lagi, joinlah.Syaratnya senang je.Letak header comel Lyssa yang comel purple colour ni.Kemudian jawab beberapa soalan.

   Soalan pertama, kenapa berblog: Sebenarnya aku berblog ni lepas aku singgah di beberapa blog yang agak popular.Dalam hatiku berkata: Eh!Aku boleh buat lebih baik dari dia orang.Kalau setakat letak gambar apa kita buat tiap-tiap jam, aku pun boleh!Kononnya.Lepas tu aku pun start blogging.Tambah pulak aku rasa aku kena asah balik bakat penulisan aku.

   Soalan kedua,macam mana boleh terjebak ke dunia blogging: Aku terjebak sebab aku memang kaki online.Bukan untuk buang masa tapi untuk tambah ilmu.Kalau dulu aku minat chat di chat room tapi bila dah tak aktif chatting, aku start le blogging.Macam tu le lebih kurang.Dulu aku minat buat cross stitch tapi semua corak cross stitch kat kedai aku dah buat, aku kenalah cari hobi lain.

   Soalan ketiga,apa tujuan utama / asal berblog: Soalan ni lebih kurang je jawapan untuk soalan pertama.Sila rujuk jawapan soalan pertama.Macam jawab soalan exam pulak ek.Hehehe.

   Soalan keempat, apa yang menarik tentang blog aku ni:Hmmm..... kalau aku, aku kata sebab aku adalah aku.Blog aku ni adalah identiti diri aku.Contohnya aku guna satu warna je iaitu purple sejak hari pertama blogging.Tu tandanya aku setia.Hehehe.Rasanya setakat hari ni aku tak de lah meniru identiti orang untuk entry blog aku.Ibarat ikan yang hidup di laut, walau pun laut tu masin, ikan tu tetap tak masin.Keistimewaan lain, kenalah tanya orang lain sebab aku segan nak masuk bakul angkat sendiri.

   Soalan kelima : Ikhlas aku cakap, awal blogging dulu, En.Salbani Ashaari yang jadi sumber inspirasi aku.Apa taknya, aku masuk blog dia 5 minit sekali pun, entry dia tetap entry terkini.Mula-mula dulu, aku adalah peserta tetap semua segmen yang dia buat.Tapi sekarang En.Salbani Ashaari sibuk sikit jaga baby dia yang comel rambut tegak tu.Opps!Ada yang tak tau siapa sumber inspirasi aku tu? Ok le.Cari kat sini.

  Oklah.Dah panjang lebar dah ni.Sekarang ni, sumber kekuatan aku adalah kawan-kawan blogger yang tak pernah jemu beri sokongan pada aku.Blog aku ni kira dah ok jugalah tapi tak delah mantap macam blog-blog popular tanah air.Selain dari itu, sumber inspirasi aku sekarang ni adalah anak-anak murid aku dan juga sebahagian ibu bapa mereka yang rupa-rupanya peminat blog aku.

  Akhir kata, terima kasih adikku Lyssa sebab buat segmen ni. Sesiapa nak join boleh lah join di SINI.

Thursday, June 21, 2012

Segmen :Ben Ashaari dan Saya

BEN ASHAARI

Setelah lama bertapa di gua batu dan tak dapat join segmen Ben Ashaari, malam ini, aku tetap nak join.Walau pun sebenarnya kerja berlambak.Lesson plan pun belum buat lagi ni.
Macam biasa, segmen Ben ni sonang jo!

1. Letak tajuk header macam kat atas tu.Kemudian link kan.
Ben, tetiba akak lupa macam nak buat link kat tajuk.Akak buat link kat header jelah ye.

2.Ben mintak aku beritahu blog macam mana aku suka dan kenapa.
Well..... Aku jenis tak kisah.Janji bukan blog politik atau porno. No!No!No!
Aku paling suka blog yang ada x factor.Contohnya header yang menarik atau isi yang mantap.Tambah pulak kalau blog tu kaler purple.Lagilah aku suka.
Aku tak suka blog yang dok kutuk orang lain tak kiralah orang biasa atau retis.
Contoh blog aku suka adalah blog Abang Gedek atau Afzalsukasuki.

3.Dah siap.Tinggalkan link.Tu je.

Ok Ben.Layak join segmen tak ni?

Friday, April 27, 2012

Segmen SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

BEN ASHAARI

Lama sangat dah tak join segmen Ben Ashaari.
Tu yang kena join tu.Caranya senang je.
Gi jenguk mana-mana blog yang join segmen ni.
Jenguk = secara SPONTAN je.Tak boleh lama-lama.
Dah tu, kena beritau BEST atau Tak BEST.

Aku pun apa lagi, jenguk jap ke blog Putri Ain.
Fullamak!!
MEMANG BEST LAH.
Header dia punyalah cantik!
Lepas ni sure aku masuk balik dan buat lawatan menyeluruh pulak.
Bagi sesiapa yang nak join segmen ni, cepatlah lapor diri pada Ben Ashaari.
Tarikh tutup jam 9 malam ni.