Rasanya dah ramai blogger yang menulis tentang tanggung jawab isteri terhadap suami.Kata ustazah semasa sesi usrah di sekolah aku hari Jumaat lepas, selagi suruhan suami tu tak bertentangan dengan islam, isteri wajib turuti.Tapi, bagi pihak seorang teman yang teraniaya, aku teringin sangat nak tanya beberapa soalan cepu emas.
Soalan aku adalah : Adakah isteri wajib menurut perintah suami untuk menyediakan makanan enak-enak, sedangkan suami langsung tak memberi wang untuk menyediakan hidangan enak tersebut?Menyediakan hidangan enak tentulah tidak melanggar hukum islam tetapi, bukankah tanggung jawab suami sepenuhnya untuk memberi nafkah atau dengan kata lain, menyediakan 'bahan-bahan untuk memasak makanan enak-enak' tersebut?Berdosakah isteri jika tak mampu menyediakan 'hidangan enak' tersebut kerana semua wang gaji isteri telah pun habis digunakan untuk menyara anak-anak dan perbelanjaan rumah?Sedangkan suami hanya goyang kaki.
Soalan kedua: Isteri teringin sangat untuk patuh setiap arahan suami namun sebagai insan biasa, apabila suami hari-hari menyiksa mental isteri dengan hinaan dan kejian,sudah tentulah isteri tidak mampu mematuhi setiap arahan suami dengan ikhlas.Maka, untuk mengelakkan dosa derhaka kepada suami walau pun hanya terdetik dalam hati, adakah dibolehkan bagi isteri untuk menuntut cerai?Isteri sedar bahawa perceraian adalah jalan terbaik tetapi ragu-ragu untuk menuntut haknya yang dinafikan zahir dan batin kerana memikirkan nama baik keluarga.Tambah lagi, imej alim si suami di depan orang lain.
Aku tak tau nak jawab apa maklumlah aku bukanlah ustazah.Harap-harap, adalah sesiapa yang boleh tolong beri jawapan.
Gambar Google.
Suami yang dimaksudkan di atas, imejnya alim macam Ustaz Azhar Idrus ni.
