Monday, October 24, 2011

19 ke 31?Gila!!!

   Kajian menyatakan bahawa rakyat Malaysia online 19 jam, 48 minit seminggu.
Betul ke
Jom kita semak.

Blogger A : Online hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sekurang-kurangnya 2 jam
Jadi 4 x 2 jam = 8jam

Hari Jumaat : Sekurang-kurangnya 2 jam ( waktu petang ) + 5 jam ( mulai 10 malam hingga 3 pagi.Maklumlah hari Sabtu tak sekolah) = 7 jam

Hari Sabtu : 4 jam ( waktu siang ) +  5 jam ( mulai 10 malam hingga 3 pagi ) = 9 jam

Hari Ahad : 5 jam ( waktu siang ) + 2 jam ( mulai 10 malam hingga 12 malam) = 7 jam

Jumlah : 8 + 7 + 9 + 7 = 31 jam seminggu.

Mak aih!!! Mana ada 19 jam 48 minit!!!
Tipulah kajian tu.  :D
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blogger A = Aku!


Pinjam gambar Cik Google.

Dialog panadol dan cicak.

Dialog antara seorang anak dan ibunya.

"Mak!Mak!Mak nampak tak ubat demam adik?" tanya si anak sambil mengerutkan dahi.Buat-buat sakit kepala.

"Mak dah guna!" jawab si emak sambil mula nak tergelak.

"Ha!Satu papan tu mak!Bukan sikit!Mak buat apa? " kata si anak lagi sambil terus mengerutkan dahinya.
Nampaknya si anak betul-betul tak sihat.

" Emak buat lembutkan ayam.Kan semalam kita makan ayam pencen masak kari.Lembut je dagingnya kan?"kata si emak sambil tergelak-gelak.Gelihati tengok anak buat muka cicak tertelan kapur.

"Berapa biji?" tanya si anak lagi tak puas hati.

" Sepuluh!Sekali masak mak letak 5 biji.Dua kali masak maknanya sepuluhlah!"  si emak menjawab dan terus gelak panjang lihat si anak buat muka Siti Tanjung Perak.

Pengajaran dari dialog di atas

1. Bila nampak emak anda beli ayam pencen, cepat-cepat sorokkan ubat demam.

2.Jangan sikit-sikit google.Sikit-sikit google macam si emak tu.
Dapat petua lembutkan daging dari googlelah tu.

3.Kena tanya orang yang pakar masak ayam pencen macam mana nak 
lembutkan contohnya En Mat Gebu

4.Kena pantau juga kalau emak yang dah agak berusia online.
Takut tersilap cedok ilmu.




Rupa ubat Adik yang emak guna.



Cicak tertelan kapur.Terbeliak mata!



Siti Tanjung Perak.