Dialog antara seorang anak dan ibunya.
"Mak!Mak!Mak nampak tak ubat demam adik?" tanya si anak sambil mengerutkan dahi.Buat-buat sakit kepala.
"Mak dah guna!" jawab si emak sambil mula nak tergelak.
"Ha!Satu papan tu mak!Bukan sikit!Mak buat apa? " kata si anak lagi sambil terus mengerutkan dahinya.
Nampaknya si anak betul-betul tak sihat.
" Emak buat lembutkan ayam.Kan semalam kita makan ayam pencen masak kari.Lembut je dagingnya kan?"kata si emak sambil tergelak-gelak.Gelihati tengok anak buat muka cicak tertelan kapur.
"Berapa biji?" tanya si anak lagi tak puas hati.
" Sepuluh!Sekali masak mak letak 5 biji.Dua kali masak maknanya sepuluhlah!" si emak menjawab dan terus gelak panjang lihat si anak buat muka Siti Tanjung Perak.
Pengajaran dari dialog di atas
1. Bila nampak emak anda beli ayam pencen, cepat-cepat sorokkan ubat demam.
2.Jangan sikit-sikit google.Sikit-sikit google macam si emak tu.
Dapat petua lembutkan daging dari googlelah tu.
3.Kena tanya orang yang pakar masak ayam pencen macam mana nak
lembutkan contohnya En Mat Gebu
4.Kena pantau juga kalau emak yang dah agak berusia online.
Takut tersilap cedok ilmu.
Rupa ubat Adik yang emak guna.
Cicak tertelan kapur.Terbeliak mata!
Siti Tanjung Perak.
6 comments:
haha.org demam mkn ayam tu mahu segar sbb rendam ngn panadol..haha
Scarr sayang...banner kpah tu silap kod...boleh buat sekali lagi tak???..sebab kod tu tak pegi ke blog kpah.Sori ya..tulis kat sini...
sorry scarr..buang dulu banners tu..silap koding lah..nanti kpah buat baru..
hihihi.. kelakarlah plak bunyinyer.. kesian kat anak..
haha...mak zaman skrg dh moden...google je
ayam pencen terus jadi ta pencen..huhuhu
Post a Comment