Sejak Bajet 2012 dibentang pada hari Jumaat, 7 Oktober lalu, ramai blogger yang buat entry khas.Yang puji memang ramai tapi ada juga yang menyuarakan rasa kurang senang dengan had umur persaraan yang dinaikkan ke 60 tahun.
Rata-rata beranggapan, semua kaki tangan kerajaan mesti bekerja hingga berumur 60 tahun.Maka kononnya, akan terjejaslah peluang anak-anak muda yang sedang segar sihat walafiat untuk bekerja.Lalu digambarkan dalam bentuk kartun, kaki tangan kerajaan yang telah terlalu tua dengan gigi pun telah tiada, terketar-ketar datang ke pejabat dan sekali gus menggambarkan betapa tidak efisiennya kaki tangan kerajaan.
Ada juga suara-suara sumbang yang menyatakan, maka akan lebih keraplah kaki tangan kerajaan yang akan mengambil cuti sakit dek macam-macam penyakit yang mula menyerang.Darah tinggilah, kencing manislah, dan macam-macam lagi.Secara jujurnya, aku yang telah 16 tahun berkhidmat sebagai kaki tangan kerajaan, merasa sedikit kecil hati atas tanggapan kurang tepat setengah-setengah blogger yang ku jumpa.Alasan aku adalah :
1) Had umur maksimum 60 tahun itu adalah had umur bersara wajib.Bagi aku sendiri cukuplah sekadar 56 tahun pilihan untuk bersara.Tahun-tahun seterusnya adalah untuk bersama anak cucu ( itu pun kalau sempat aku bercucu.Kalau tidak, bermain dengan anak kucing jelah).Konon katanya had umur tua adalah untuk beramal ibadat.Hello!Waktu muda tak perlu beribadat ke? Cliche!!!
2)Sama ada had umur 56, 58 atau 60 tahun, aku rasa bukan penghalang bagi anak-anak muda untuk mendapatkan pekerjaan.Tak relevan langsung!Kerjalah siapa yang menghalang!Sesiapa yang teringin jadi cikgu macam aku, ha... mohonlah!Tapi kena ingat, minat mesti ada.Aku ulangi MINAT kerana melalui pemerhatianku, ramai cikgu muda yang tak cukup minat jadi cikgu.Maka banyak kerja-kerja yang dibuat tak ikhlas.Yang jadi mangsa adalah anak bangsa.Tentang jawatan lain, aku tak pastilah tapi aku rasa keadaannya sama je.
3)Umur 60 banyak penyakit dan banyak mc?HELLOOOO!!!!Untuk pengetahuan adik-adik yang tak berapa tahu, ramai cikgu muda yang kerjanya asyik MCCCCCCCCC je memanjang!Tak mc, ambil CRK.Tapi cikgu lama yang lebih senior dari aku amat jarang ambil cuti sakit.Ada juga cikgu muda yang banyak songeh.Suruh relief, tak masuk.Buku budak-budak tak bersemak.Suruh jaga budak di padang, dia berkasut tumit tinggi di bilik guru.Salah cikgu tua juga ke?
4)Memang betul makin tua umur kita makin senang kita diserang penyakit.Tapi itu tak bermakna kaki tangan kerajaan yang senior ni asyik ambil mc je.Contoh di sekolah aku tu.Ramai yang hampir nak pencen.Aku sebut namalah senang.Kakak senior aku tu ada seorang yang tahun ni dia last.Tahun depan nak pencen.Miss Lim namanya.Tapi nak tengok dia mc atau ambil CRK punyalah susah walau pun aku tahu dia selalu diserang migrain.Kerja dia tip top.World class!Aku yang lebih muda ni pun kalah.Jadi umur tua tak semestinya kerja kita pun terketar-ketar macam nenek tua!
Kalau aku nak berikan hujah, kalah peguam nanti.Jadi aku ulangi sekali lagi ye; Had umur 60 tahun untuk bersara tu bukan penghalang atau penyekat orang muda untuk bekerja.Anda sentiasa dialu-alukan untuk menyertai kami, kaki tangan kerajaan.Ada yang berani?
Tengok Pak Ajis.Mana ada ambik2 mc?
Tun Dr.Mahathir ni apatah lagi!
Umur dah 80 tahun lebih tau?
Jamu apa entah Tun amalkan...
14 comments:
yelah walaupun kite ni keja swasta tapi takde pun nak komen bukan2 ttg umur persaraan kakitgn kerajaan :)
umur sekadar angka.. bukan alasan utk tdk bekerja.. muda tua kudrat lain cara.. muda ngelat mntk mc je :P
betul..saya sokong...rakyat malaysia ni memang suka bangkang je ape keputusan org..fikir negative dari positive...
amalkan makan ulam. ayat kebiasaan org2 tua. haha
umur hanya pada angka, bukan pada wajah. Eh! tetiba.
wah! da lama kerja 16 tahun jd cikgu da boleh naik gred 48 tu. :)
Indeed very true!
Kat sekolah saya, ada seorang cikgu umur awal 30-an sebulan mesti ade MC atau CRK.
Cikgu yang nak pencen tahun depan, event sekolah tak pernah miss. Kalau event buat waktu malam, dialah orang last sekali balik. Siap singsing lengan basuh pinggan mangkuk.
Pencen nanti umur 58tahun. Sihat alhamdulillah
betul 2..anis baru lepas bncg isu ni ngn kawan2:-)
jika msh berupaya tak jd halangan.umur bkn penentu kpd tahap kesihatan.
betui tang cikgu muda byk yg tk minat .. huhu saya tak komen apa2 bab tu :)
salam..
nak capai ke 60 tahun perlu sihat tubuh badan..kalau x sihat mcm mana?
yang muda la susah nak dapat kerja
terpulang pendapat masiing2 tapi tetap ada baik dan buruknya
kerja itu sebenarnya satu cabang ibadah juga tapi kalau dah kerja cuma nak ambik gaji saja itu dah menipu namanya dan hasil yang kita makan tak beranilah Naga nak kata tak halal lagipun kalau usia dah mencecah 50an tu ramai dikalangan kita yg dah buang tebiat. Seeloknya bersara usia 60 tu adalah pilihan dan bersyarat. Lebih adil untuk diri sendiri dan golongan pembayar cukai.
Kesimpulannya : Kerajaan beri had umur 60 tahun tu utk sesiapa yg rasa masih nak kerja lepas 58 tahun.Rasanya tak ramai.Jadi takdelah menghalang peluang kerja org muda.Komitmen seseorang pada kerja terletak pada sikap bukan pada umur maknanya tua tak semestinya dah tak boleh kerja.
Post a Comment