Aku serba salah.Nak kecik hati ke tak?Semalam aku langsung tak blogging sebab penat melatih anak-anak murid aku untuk buat persembahan di sekolah.Tapi semasa majlis, mc langsung tak sebut nama aku.Nama orang lain yang disebut.
Mula-mula aku tak kisah tapi ramai pulak anak murid aku yang kata; kesian teacher.Buat kerja penat-penat, orang lain yang dapat nama.Kemudian, syaitan mula menghasut aku supaya aku kecik hati dan marah!
Tapi, bila aku fikir-fikirkan semula, aku ikhlas jelah.Aku bekerja bukan untuk kipas bos atau kejar Anugerah perkhidmatan Cemerlang ( aku dah terima 2 kali dah) Aku bekerja kerana aku seronok bekerja dengan anak-anak murid aku yang gifted.Terima kasihlah anak-anakku sebab sudi menyanyi, bersajak dan main gitar hari ini..
Amir 1KAA
Alif 5 Katering
Amira Natasya 3KRK2
Hanani Lutfi 3KAA1
Nashaluden 5 Sains
Solehuddin 3KAA1
Syafiq Saliman 5 Sains
Hasif ( Ala.... sayang, Hasif demam pulak dan tak dapat join)
Siapa kata budak Aliran Agama tak boleh 'ngam' dengan budak Kelas Rancangan Khas dan Katering?
2 comments:
yg di atas lebih mengetahui...no heart feeling bekerjalah dgn seikhlas hati...untungnya ade anak murid yg sporting memahami...pndai menilai diorg lebih tau
Rugi x dpt tgk td.....
Post a Comment