PMR telah pun melabuhkan tirainya.Paper terakhir hari ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Tamil.Di sekolah aku ni ramai juga pelajar Iban, tapi takde seorang pun yang ambil bahasa Iban.Pelajar India pun ramai tapi yang ambil Bahasa Tamil cuma 5 orang.ila tanya, anak-anak murid aku yang India dan Iban tu kata, kita orang murtadlah teacher!Bertuah punya budak!Kata aku dalam hati.Tapi tak kisahlah.Janji 1Malaysia.
Hari ini mana-mana calon yang tak ambil B.Arab dan B.Tamil dicutikan.Kebetulan aku pun takde kelas tingkatan 4.Jadi aktiviti aku hari ini terisi dengan kerja-kerja pengurusan.Takde masa nak curi tulang tau! Sampai sekolah pukul 6.45 pagi.Hari ni terlewat sebab biasanya 6.15 aku dah sampai.Lepas perhimpunan, lebih kurang jam 7.30, terus naik ke pejabat.Tugas rutin aku tiap-tiap bulan adalah menyemak register @ buku kedatangan pelajar kelas-kelas tingkatan 3.Sekolah aku ni mengamalkan kesempurnaan jadi aku kena betul-betul teliti.Silap sikit je, habislah aku...
Jam 11.30 pagi, baru siap menyemak kesemua register 12 kelas tu.Cikgu-cikgu yang aku pantau ni tip top jadi takdelah masalah sangat(terutama Cikgu Najid yang rajin sangat bertanya pada aku) Siapa yang biasa mengisi register ni tentu tau macam mana susahnya nak pastikan ia sempurna.Guna correction tape atau liquid paper langsung tak boleh.Silap sikit je kena initial.Satu digit pun tak boleh silap bila mengisi register ni.Jadi oleh kerana aku terpaksa mengadap register-register tu lebih dari 3 jam, bila siap je aku rasa macam nak muntah... Uwekkk!
Untuk pastikan aku segar semula, terpaksalah aku turun ke kantin ( tempat yang paling jarang aku kunjungi sebab aku jenis yang kurang makan.) Tengok lauk pun dah tinggal sisa-sisa je.Oleh kerana takde pilihan, aku pun ambil nasi, ikan kembung kering sekerat dan sayur nangka 3,4 ketul.Baru RM2.Okle tu.Tapi bila aku makan, mak ai.. pedasnya sayur masak lemak tu!(Sebenarnya aku yang tak berapa pandai makan pedas).
Lepas makan, oleh kerana aku dah mula rasa nak demam dan selsema, aku pun telan ubat selsema.Niat hati nak siapkan SKT tapi mengantuknya mata.... Allah saja yang tahu.jadi, untuk mengelakkan aku tertidur, aku pun blogging.FB tak ye.Blogging je.Tapi mata masih lagi pejam celik, pejam celik.Dahlah aircond bilik sebelah ni kuat dan hujan pulak turun dari pagi tadi di Pasir Gudang.Maka makin layulah mataku.... zzzzzzz ( Nasib baik aku ada bilik sendiri.Kalau share dengan cikgu lain malu juga aku)
Sementara aku nak 'nera' 5,6 minit ni, dengarlah dendangan suara Josh Krajcik X Factor yang aku rasa pun boleh tahan best selain daripada si Loceng Tattoo aku..... zzzzzzzzzzzzzzzzz
5 comments:
Akak, guru besar panggil!!! HeHe. :)
Selamat Habis PMR Teacher! Hehe :)
huhu...salam cikgu scarlets...
Alamak!Guru besar panggil ek? :)
Selamat study utk SPM 2013 Justyn! :D
Post a Comment