Setelah 4 hari aku menanggung rindu untuk berblogging, akhirnya, saat ini dapat juga aku hadir di alam siber ini.3 hari 2 malam bertugas untuk program Koperasi Pelancongan Sekolah telah membuka mataku betapa telah agak jauh aku meninggalkan adat dan budayaku.
Malam ini, aku hanya mampu menyatakan betapa aku telah hampir lupa akan jati diriku sebagai anak Melayu.Buktinya, betapa kekoknya aku semasa 'makan berjambar' di dewan SMK Batu Kikir ( Model Khas) malam Ahad lalu.Entah berapa kali aku menukar posisi dudukku.Aku juga malu sendiri kerana betapa kekoknya aku menjamu selera dengan duduk bersimpuh!
.... dan kenangan lain akan ku ceritakan di entryku yang akan datang kerana ada tugasan yang perlu ku laksanakan segera.Blogwalking?Terpaksalah ku pujuk hatiku agar bersabar menunggu esok.Malam ini baru aku merasakan keletihan dan baru ku sedar sunburn di wajahku akibat berjemur di sawah untuk memancing puyu buat pertama kalinya.
Apapun jutaan terima kasih buat SMK Batu Kikir ( Model Khas ) atas kesudian melayan kerenah anak-anakku yang boleh tahan nakalnya.Terima kasih juga buat Pengetua Cemerlang, Tn Haji Kamarudin Hj Ibrahim kerana sudi memasak sambal tempoyak daun kayu buat kami.
Terima kasih daun keladi.....
9 comments:
Tahniah..
Sy Sebulan XBerblog..Hihi
scarlett o hara, cantik nama tu secantik orgnya
tima kasih sudi singgah blog cik ina ye.
bahasa pertuturan mereka boleh difahami dgn mudah tak??
Akak x leh..walau brapa banyak ketas nak tanda walau due date keyin makah dah dekat tp blog tetap blog cuma x leh nak bw la..hupdate poyo2 je le..sabarrrrrr
Akak x lehhhhh blog tetap blog...
sambal tempoyak daun kayu? xpernah dengar pon. :)
Tempoyak daon kayu?
Tak pernah dengar pon...?
wlcm home...
blog u pun sweet... thats y i pun follow... salam perkenalan...
sambal tempoyak ke..msk lemak kayu..mmg sedap tu.
dulu saya penah dok situ..terus jatuh cinta dgn masakan td.
Post a Comment