Pagi-pagi lagi dah ada cikgu menangis.Dia sedih.Aku pun sedih.Orang ingat bila dah habis exam, bolehlah rehat-rehat sikit.Tapi hakikatnya, aktiviti berlambak-lambak.Mana yang buat setengah hari, satu hari dan ada juga yang terpaksa bermalam di sekolah.Bila dah terlampau banyak aktiviti, maka tugasan yang perlu dilaksanakan pun bertindan-tindan.Jika tak mampu merancang, mengurus dan melaksana, maka inilah jadinya.... Menangis kena marah sebab tak sedar tak laksanakan tugas.!Tapi aku tak marah pada cikgu yang menangis kerana aku tahu dia seorang yang bertanggung jawab.Maklumat tak sampai padanya.Aku marah pada ketua yang tak profesional suka-suka nak marah anak buah.Hello!Tak pernah umur aku jumpa senior-senior aku yang marah anak buah ikut suka.Kalau ada masalah, bincang elok-elok bukan marah-marah.Kalau itu pun tak boleh, apa bezanya kita dengan anak murid kita yang belum cukup umur?Sekali lagi aku simpati pada cikgu yang kena marah kerana aku tahu macam mana dia bekerja....
Bersiaran langsung buat liputan semasa dari depan surau sekolah.
2 comments:
kesiannya cikgu tu, kena marah sampai menangis? mesti kena hentam teruk ni...
buat slow slow lah aktiviti tuh ye :D
Post a Comment