Thursday, October 6, 2011

Bajet 2012 : Kenaikan gaji 40% untuk kakitangan awam.

   Tak habis-habis cerita pasal bajet kan? Khabar angin terkini, kononnya, kaki tangan awam akan diberi pelarasan atau kenaikan gaji sebanyak 40%.Konon katanya lagi, berita inilah yang menurut PM kita, Dato' Seri Najib, akan membantu meringankan beban sara hidup rakyat.Walau pun kononnya di bandar-bandar besar harga barang dan khidmat semuanya mahal tapi di kampun-kampung di Johor Bahru ini pun apa kurangnya.Nama saja kampung tapi harga benda-benda pun sama kerat leher!Contoh terbaik adalah Pasir Gudang.Tak percaya, tanya orang Kg Pasir Putih!

   Berbalik kepada isu kenaikan gaji 40% tadi, dek kerana ia adalah berita angin, maka sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kalau tiada bonus, dapatlah kenaikan tu.Kalau tak dapat 40%, dapat 10% pun , alhamdulillah.... Betul tak?Jadi kesimpulannya, sementara tunggu esok, 7 Oktober 2011, kita tumpang seronok sajalah dulu ye.




Bonus boleh.......


Naik gaji pun boleh......





Senyum ada makna tu!
( PM kita yang handsome - Kedua handsome selepas Tun Dr.Mahathir )

13 comments:

cik chinta said...

bagus lg nek gaji. kalo bonus saje sebulan dua da habis. nek gaji tiap2 bulan merasa kan? mudah mudahan. kena doa bebanyak ni lepas solat

Green Apple said...

kalau betul alhamdulillah..

PCL said...

yg bagus2 ni mmg suka dgr..haha, hopefully dapatlah..

Nu. Sigma. Shoppe. said...

Mmg ada dgr gaji dinaikkan. Tapi elaun COLA akan dimansuhkan.

Elie Lily said...

kalau gaji naik sedaplah! tapi kalau benda lain pun nak naik harga, adoiai!

cik timbahijau said...

gaji naik?bestnya dengar. saya takde gaji.haha..erk..bila gaji dah naik ni, saya risau pulak kalau-kalau kosa sara hidup makin meningkat :|

nick dot anis said...

xsbr nak tgk bajet 2012 besok:-)

Koding said...

Aku pon... x sabar nak naik gaji ni...

Nieda said...

Memang dok tunggu bajet 2012. Tapi tang kenaikan gaji je yg lebih nak dengar.
Bersyukur kalau ada kenaikan .kenaikan nak bonus pun kalu boleh nak juga ha.ha dasar tamak haloba.

Unknown said...

alahaiii naik gaji semua ni takde kesan pn pada saya yang kerja biasa2 ni..huhu=(

sYafIk-wAy said...

wahhh puji PM tuh . haha

MulutPayau said...

harap2 dapat naik gaji...tapi 40% tu rasanya mustahil...kita tunggu esoklah yer...

Qaseh Dalia said...

kalau kakitangan swasta ..huhu harap2 barang pun tak naik rege lagi lah

Post a Comment