Bersiaran langsung dari kantin sekolah.Bukan curi tulang tau.Aku mengajar sesi pagi.Aku saja je menunggu anak-anak PMR tamat peperiksaan untuk hari kedua ini.Kertas 1 dan 2 subjek B.Inggeris telah pun selamat dijawab hingga jam 11.20 pagi tadi.Insyaallah, jika dilihat pada soalan, eventhough it is not just a piece of cake, it still within my students' knowledge.Mudah-mudahan, diperkenankan doa kami guru dan ibu bapa agar anak-anak kami dikurniakan kejayaan.
Sambil-sambil doakan untuk kejayaan anak-anak murid aku tu, aku publish gambar-gambar yang sempat aku curi semasa mereka rehat untuk solat dan makan tengah hari tadi.Macam-macam gaya ada, tapi aku snap sikit je kerana aku tak mahu mengganggu konsentrasi mereka untuk fokus pada peperiksaan.Kertas last hari ni mula jam 2.30 dan tamat pada jam 3.45 ptg.Subjek last adalah Geografi, subjek yang aku gagal dapat distinction masa SPM dulu sebab aku menyampah sangat pada Cikgu Othman yang mengajar aku.Miang!Tau nak mengurat je!
Nampak tak air dalam botol tu?
Tu air penerang hati tu!
:D
Group yang ni langsung tak nak menoleh masa aku nak ambil gambar!
Sombongnya!
Dah tak ingat lain dah... A A A A A A A A je!
Bergaya cool, tapi dalam hati dup dap dup dap.
(Sama macam teacher dia pagi tadi)
Anak-anak solehah.. Ala, manisnya senyuman!
Sembahyang hajat dah, sembahyang dhuha dah, tinggal doa jelah banyak-banyak ye!
Kesian.... sampai tak boleh nak senyum Cik kak baju ungu tu!
Sorang happy bukan main.Sorang lagi macam nak menangis pun ada!
Opps!Lupa!hari ni kan Wordless Wednesday!
2 comments:
murid yg dup dap
atau
cikgu yang dup dap?
tq scarlett komen kat blog. dah follow sini.
Post a Comment