Jika tiada aral melintang, akan sampailah aku ke SMK Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, cuti hari deepavali ini, bagi mengiringi koperator-koperator sekolah aku yang mengikuti program PKS atau Pelancongan Koperasi Sekolah, iaitu satu program belajar sambil melawat ( yang biasa adalah melawat sambil belajar) yang diperkenalkan oleh pihak Angkasa. Bersempena dengan program yang akan diadakan, pihak Angkasa telah menghantar pegawainya untuk memberikan kursus tentang program yang dijalankan.
Rasanya, inilah pertama kali aku dapati para pelajar harus mengikuti kursus terlebih dahulu sebelum mengikuti lawatan.Semasa kursus, pegawai yang ditugaskan telah memperkenalkan apakah itu Program PKS dan aktiviti-aktiviti yang kemungkinan besar akan kami jalani sebagai tamu.Antara aktiviti yang dijangkakan adalah permainan baling selipar ( aku pernah tengok dalam Upin Ipin je), baling gelang getah ( yang ni aku tak pasti ), konda kondi ( pelik bunyinya kan?) dan macam-macam lagi.
Selain dari itu, para tamu juga dijangka akan dibawa mengoca atau menurut pegawai yang memberi kursus, aktiviti di sawah untuk menangkap ikan puyu.Aktiviti inilah yang ingin sangat aku sertai.Maklumlah walau pun usia aku dah masuk peringkat emak budak, tapi manalah pernah aku jejak kaki ke sawah apatah lagi sawah yang masih becak dengan lumpur.Tengok dalam TV adalah.Kalau dapat, tunggang kerbau sekali.
Bab makanan juga disebut.Almaklumlah, lain negeri, lainlah seleranya.Negeri Sembilan terkenal dengan masakan masak lemak cili padi jadi aku harap sangatlah supaya letak sebiji dua je cili tu.Aku memang tak tahan masakan pedas.Kalau tak, terpaksalah aku jamah-jamah je atau aku bawa bekalan roti sendiri.Lepas aku google, aku jumpalah makanan pelik yang tak pernah aku dengar yang mungkin ada di Negeri Sembilan.Antaranya seperti gambar-gambar berikut :
Sekali tengok macam uri tapi rupa-rupanya inilah buah kadam. Pertama kali aku jumpa.Kadam raja aku taulah.Info lebih lanjut, boleh rujuk di SINI.
Ini pulak nampak macam berlendir-lendir tapi sedap agaknya.
En.Mat Gebu kata sambal tempoyak daun kayu.Teringin pulak nak rasa.
Ini kuih sopang kata Cik Google.Patutlah sopan je beratur.
Kalau tak silap, inilah sekolah yang bakal jadi host kami nanti.
Hissh! Dah tak sabar rasanya.
tapi..... aku takut pulak dengan makhluk ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
pacat!
Kalau benda ni ada dalam sawah, aku mintak maaf banyak-banyak
kalau aku tak jejak sawah.
Aku fobia!
4 comments:
makanan yang menakutkan.....
erkk...kuih sopang penah dengar, tak pernah rasa semua2 kat atas...:( den kono cari oghe nogori ni...hehehe
pacat yang phobia dengan uncle gedek...!
haha!
kuih sopang sedap asdfghjkl
Post a Comment