Tuesday, October 4, 2011

Aku sakit jantung lagi... Aduh!

   Semalam aku langsung tak blogging.Entry tentang dress idaman aku tu pun auto publish.Bukan sengaja aku tak blogging, tapi aku terpaksa.Semalam aku diserang sakit jantung.Nak kata aku tak jaga makan, rasanya aku jaga. Walau pun kalau boleh nak makan sup lemak-lemak atau sup gear box atau sup kambing. Nak kata aku tak exercise, rasanya tiap-tiap hari aku exercise. Terutama exercise jari hingga runcing seperti jejari Elia Tapi, ditakdirkan aku sakit jantung juga.Puas aku fikir, apa penyebab sehari suntuk dadaku berdebar-debar kencang sekencang angin ribut di Pasir Gudang.

   Setelah lama ku fikir dan ku fikir, barulah aku tahu sebabnya.Rupa-rupanya akibat kerisauan melampau yang melanda kolam hatiku.Aku tak risau andai bajet Jumaat ini tidak mengumumkan tentang bonus.Aku juga tak kisah andai gaji bulan ini lewat diberi.Tapi rupa-rupanya aku terlalu risaukan anak-anakku yang mula berjuang untuk PMR hari ini.Aku risau andai bekalan yang ku beri untuk berjuang tidak mencukupi.....Ya Allah!Kau berikanlah kejayaan buat kesemua anak-anakku yang menduduki PMR tahun ini.Biar apa warna kulitnya atau apa bahasa pertuturannya, aku harapkan semuanya akan berjaya.

    Ya Allah!Aku sakit jantung lagi bila terfikir esok adalah peperiksaan untuk subjek B.Inggeris.Mudah-mudahan, dipermudahkan dan dikurniakan ketenangan dan keyakinan semasa menjawab soalan.Andai aku ada ilmu, telah lama aku kongsikan sedikit seorang akan otakku agar kalian semua mudah menjawab semua soalan yang diberikan... 



Nah anak-anakku!
Jantungku untuk menerangi hatimu agar mudah 
kalian menjawab soalan yang diberikan...




   Aduh!Dadaku masih sakit lagi.... 

2 comments:

aamalinaazman said...

hayooo
semoga akak sihat selalu ye
insyaAllah
deme mesti boleh buat!

Unknown said...

hi dear.. kalau sudi.. sila laa ke blog sy.. sy ada sesuatu yg baik utk kesihatan jantung dan IQ anak2 insyaAllah...

Post a Comment