Friday, December 2, 2011

Jaga mak sambil buat kraf felt.

   Dah lebih seminggu rasanya aku tak jadi burung hantu.Malam-malam dating dengan Cik Lenovo.Jadi malam ni, walau pun badan letih yang amat sangat, aku gagahkan juga untuk jadi burung hantu.Mudah-mudahan dapatlah aku bertahan hingga jam 1.

   Seminggu ni memang aku sibuk dan letih sebab jaga mak yang sakit.Walau pun keadaan mak takkan sama dengan keadaan sebelum mak sakit, aku bersyukur kerana ada sedikit kemajuan.Mak dah boleh makan nasi dan dah mula nak berbual berbanding minggu lepas.Masa mak senyap je dan tak de respon bila aku ajak bercakap, sedihnya hati Allah saja yang tahu.Siapa yang pernah alami tentu faham maksud aku.Sesiapa yang maknya masih sihat, gembirakanlah hati mak masing-masing kerana merekalah satu-satunya mak kita.

  Oleh kerana keadaan mak yang sedikit pulih, dapatlah aku memulakan hobi yang aku plan untuk cuti sekolah iaitu kraf menggunakan kain felt.Semalam aku berjaya menyiapkan satu beg duit dan satu keychain.Walau pun tak secantik buatan mereka yang arif,aku puas hati jugalah dengan hasilnya.Cuba tengok.Ok tak?




Ok tak keychain yang aku buat ni?



Yang ni projek baru start lepas isyak tadi.Nak buat beg duit untuk anak sedara aku si Hanis.
Peminat Angry Bird tu yang dia mintak aku buat Angry Bird tu.
Angry Bird aku wajib ada warna purple



Ni bahagian belakang beg duit yang belum siap.



Beg duit ni dah siap semalam tapi aku lupa nak beli riben untuk gantung love tu.
Aku ada riben biasa warna purple tapi anak sedara aku Si Izzah tu tak nak.High demand betul budak bertuah tu.
Design tu dia yang reka.
Oklah bagi budak berumur 9 tahun.



Inilah beg duit Si Izzah jika dilihat bahagian belakang.



Keychain ni aku siapkan semalam.

   Lepas siap beg duit Si Hanis anak sedara aku tu,aku plan nak buat penyepit rambut atau pin tudung pulak.Mesti comel bunga-bunga dan ada butterfly kesukaan aku.Yang pasti tentu ada design aku tu yang warna purple.Apa nak buat.... Aku ni memang minat sangat warna purple.Oleh kerana Ombak Rindu sedang hot, aku plan nak buat something ala-ala Ombak Rindu.

   Opps!Mak aku terjaga dari tidur pulak.Aku mintak izin jenguk mak jap ye!
p/s: Ada yang tanya, nak order beg duit, key chain atau lain-lain tu, boleh tak?
Jawapannya:Boleh.Send je email kat aku.
scarlett_j1@yahoo.com



Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday

WHY ME?
I DID MY BEST BUT STILL CAN'T MAKE IT.

Credit to Cik Google


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Credit to Yuna ( Penakut Song )