Tuesday, May 24, 2011

BE ke 12.Xie xie ....

   Semalam, 23 Mei 2011, aku tak sempat blogwalking sebab aku kena siapkan fail Induk PLBS aku.Aku cuma sempat post 1 entry je.Aku rasa cuak kalau-kalau lari habis semua traffik aku.Kalau itu yang berlaku, alamat merajuklah Cik Nuffy tu.

   Tapi, tak sangka pula hari ni masih ada rezekiku dengan Cik Nuffy.Maka dapatlah aku kurniaan BE yang ke 12 iaitu Nokia Entertainment Smartphones LR.Syukur.....Moga-moga, dengan sokongan Cik Nuffy dan teman-teman semua, akan bertambah berjayalah villaku Scarlett's Petals ni.


   
Terima kasih kerana selalu menyokong ye!!!

Monday, May 23, 2011

Cis!Kau selit benda tu kat ketiak aku!

   Cuba anda teka dialog siapakah ini.
Klu:Berlaku di sekolah

"Bertuah punya budak !Kau ingat aku plastik ke apa? Pandai-pandai kau letak plastik kat ketiak aku! Keturunan aku tak pernah tumbuh bunga plastik, tahu!!"

Tekaan anda?
1.Guru yang sedang marah?
Jawapannya : Tidak

2.Makcik kantin yang sedang meradang?
Jawapannya:No, of course not.

3.Pakcik jaga yang 'terjaga'? ( ...dari tidur. Shhh!!!Jangan beritahu pakcik jaga)
Jawapannya :Salah lagi.

Kalau nak tahu jawapannya, silalah scroll down..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!Pokok bunga dalam pasu yang marah kerana anak-anak murid aku yang nakal selitkan plastik pembungkus roti, plastik keropok lekor dan lain-lain di celah-celah ketiak (Opps!dahan) nya.
Kalau kita pun tiba-tiba orang selitkan sesuatu di ketiak kita, tentu kita marah.

p.s: Idea entry ini tercetus selepas mendengar ucapan Puan Pengetua sekolah aku yang marahkan anak-anak murid aku selitkan plastik dll kat pokok-pokok dalam kawasan sekolah
Tapi, rasanya penyakit ni tak serious di sini.