Saturday, May 5, 2012

Hadiah Hari Guru pilihan aku.

   Hari Khamis lepas, seorang anak murid aku, tanya, apa hadiah Hari Guru pilihan aku.Aku pun bagilah jawapan mengikut ranking yang aku suka.


1. Kotak muzik
2.Anak patung comel
3.Replika rama-rama
4.Replika kura-kura
5.Replika itik.


    Lepas tu dia tanya lagi, warna yang paling aku suka.Aku pun jawab warna ungu.Kemudian anak murid tu kata, sesiapa yang suka warna ungu, maknanya orang tu bijak!Cewah!Ye ke?Akhir sekali, dia minta aku upload gambar hadiah Hari Guru yang paling aku suka tu.Tak sangka rupanya dia follower setia blog aku.Jadi, ni lah aku nak tunaikan janji untuk upload gambar ni....












Kotak  muzik kedai RM2 Hadiah Hari Guru kesayangan aku.
Bila aku frust, aku dengar muzik dia.
Bila aku bengang, pun aku dengar muzik dia.
Tapi sayang, aku dah tak ingat, siapa anak murid aku yang beri hadiah ni.

Antara hadiah Hari Guru yang aku sayang...

2 comments:

Abang Karu said...

Banyak dapat hadiah tuuu....

Telor Power said...

wow menarik musicbox tu...banyak juga koleksi hadiah dr anak murid

Post a Comment