Saturday, May 12, 2012

Blogger kena bom!

   Jumaat,11 Mei 2012, aku jaga kelas peperiksaan.Kelas pertama aku masuk jam 8.05 pagi hinggalah tamat jam 11.40 pagi.Tak de rest tau!Nak duduk tak boleh.Kata 'orang' kalau guru duduk, pelajar mengantuk.Jadi memang bukan tabiat aku duduk dalam kelas.Nak kata boring tu, memanglah tapi dah nama kerja, aku redha jelah.Mengantuk?Bolehlah tahan.Sebab malam tadi aku tengok Benci Bilang Cinta sampai pukul 1.

  Dalam aku khayal melawan rasa mengantuk tu, tiba-tiba, Pooooooooooooot!!!!!!Bunyi seseorang kentut.Punyalah kuat!Habis hilang rasa mengantuk aku sebab budak-budak pakat gelak.Aku pun sebenarnya nak gelak sama tapi almaklum sajalah, time periksa.Kebetulan kelas sebelah tu ada PK HEM.Aku tak bolehlah marah atau salahkan anak-anak murid aku sebab, ketawa tu bukan boleh ditahan-tahan!Nasib baik masa bom tu bunyi, jarak aku jauh sikit jadi tak pastilah ada bau ke tak!Berbelas tahun aku mengajar,ni lah pertama kali aku kena bom!


-
-
-
-
-
-
-
-

Kalau kuih bom, memanglah aku nak!
Ni kuih bom Cik Roz.
Resipi pun ada kalau nak.

0 comments:

Post a Comment