Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, July 8, 2012

Kek felt untuk hantaran mintak darah pulak!

   Dalam tempoh 4 jam, akhirnya siaplah kotak hantaran untuk adikku tersayang, AFJ Toyek.Bolehlah diisi buku dan nampak cantik juga bila dah diletak atas dulang hantaran.Harap-harap bakal adik ipar aku berkenan dengan hasil kerja tangan aku ni. Dalam tempoh 4 jam tu, stress juga aku sebab glue gun tak boleh guna.Baru je aku beli di Kedai Kiang Pusat Bandar Pasir Gudang minggu lepas. Bila on je, naik tegak rambut aku sebab ada arus elektrik ( kata orang kampung . ada karen) yang mengalir!Nasib baik panjang umur aku!Kebas jari woo!

   Akhirnya, tanpa menggunakan gam langsung, siap juga kotak aka kek felt untuk hantaran adik aku tu.100% handmade and 100% guna jarum dan benang.Dan setitik dua darah sebab jari tercucuk jarum! Hari ni, aku plan nak siapkan tempahan beg duit felt dan keychain yang lain pulak!







Hantaran untuk cincin.





Ni tak pasti letak apa.Kena tanya adik ipar aku dulu.




Ni buku yang aku nak letak dalam kek felt aku.




Inilah hasil kerja tangan aku dalam 4 jam.
Nampak dark pulak pink tu.
Pada hal light je!
Adik bongsu kesayangan aku yang lelaki tu.
Yang perempuan tu bakal tunangnya le,
'Najwa Latif'!




Ni pandangan dari tepi pulak.

Apa pendapat anda?
Sesuai tak dengan tema kotak hantaran yang ada bear, yang adik ipar aku dah buat tu?

1 comments:

✿ Cik Nisa ✿ said...

warhh kretif sungguh .

Let's have a break!