Zaman aku sekolah dulu, time dekat nak raya, banyaklah kad raya yang aku dapat.Nak kata popular tu taklah sebab zaman dulu aku bukan ada kawan sangat.Yang ramai, kawan berbangsa Cina.Dalam banyak-banyak kad tu, aku suka sangat sekeping kad handmade yang sangat cantik.Kad tu pemberian seorang teman.Walau pun kami tak sekelas, aku di kelas A dan dia di kelas C, dia tak pernah lupa hari jadi aku atau hari raya.Mesti ada kad yang diberi.Salah satunya, kad yang diberi semasa aku di tingkatan 5.Aku sayang sangat kad tu dan aku simpan kad tu sampai sekarang
Gambar pokok buluh tu dia guna cara tebukan.
Kreatif sangat.
Tulisannya tu gunakan dakwat cina ala-ala tulisan khat.
Kad tu bila dilipat, nampak cantik sangat.
Sampai sekarang aku masih rasa tersanjung kerana kawan aku tu
sanggup luangkan masa buat kad yang sangat istimewa ini.
Tapi malangnya,
aku tak tau di mana kawan aku tu sekarang.
Ada seseiapa yang kenal
TEO HUI KENG?
p/s : Aku pun teringin sangat nak jumpa kawan-kawan aku yang lain...
K.Vasudevan
Ghazali Daud
Ang Wang Theen
Wong Yean Foong
Heng Gee Kiap
Yap Kim Tuan
Abdul Rahman Mardi
Norizan Idris
3 comments:
kalu boley putar balek masa.. insyaAllah dapat jumpa beliau kan?? rindu jer masa lalu kita kan?? ermmm... selamat berpuasa...
eh mmg kreatif la..cantik nye kad..
Salam ramadhan teacher!
hehe tenkiu singgah belog cendol.cendol foolow sini jugak ^_^
jejak kasih ni..boleh cari di Facebook, mana la tau kan boleh jumpa. :-)
Post a Comment