Monday, July 2, 2012

Monday Blues... bagaimana cara mengatasinya?

   Sebagai seorang pekerja, aku pasti istilah Monday Blues bukanlah asing bagi kita.Di sekolah aku, rasanya taklah serius masalah Monday Blues ni.Maknanya, tak ketara guru mengambil cuti terutama MC semasa hari Isnin.Tapi, masalah ni kadang-kala melanda aku juga walau pun taklah menyebabkan aku ambil mc. 

   Melalui pengalaman 17 tahun aku bekerja, perkara pertama sekali perlu dilakukan untuk mengelakkan Monday Blues adalah dengan memastikan semua tugasan yang sepatutnya disiapkan, telah pun beres sebelum pergi bekerja pada hari isnin tu.Perkara ini teramatlah penting kerana dengan kerja yang bertangguh dan akhirnya menimbun, seseorang pekerja itu akan berasa berat untuk bertugas pada hari isnin.

   Sebagai contoh, aku ambil tugas sebagai seorang guru.Tugas pertama yang teramatlah penting adalah : Memastikan lesson plan atau rancangan pelajaran untuk hari isnin tu dah pun dibuat.Dengan kata lain, buku Rekod Mengajar telah pun dilengkapkan serta dihantar untuk disemak oleh pengetua atau Ketua Bidang.

   Tugas kedua dan seterusnya, akan aku huraikan kemudian. Tunggu!!! 

3 comments:

AkuOsi said...

kalo pelajar pun monday blues mcm mana kak? hehe

Mia Liana said...

kalau mia, bukan pasal keje...

pasal mood keje yang takde selepas 2 hari tak keje.... huhuhuhu

Unknown said...

Mak pun cikgu. Tengok elok je semangat pergi kerja. Tapi dia akan mengeluh kalau asyik ada mesyuarat sebab pengetua macam tak reti bahasa orang dah penat. Hahah~

Post a Comment