Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 16, 2014

Tak payah conglah!

   Malam semalam aku keluar beli barang sekejap.Sambil tunggu siap tu aku duduk dalam kereta.Berdekatan dengan aku adalah beberapa orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang sedang berborak sambil menonton tayangan di skrin besar restoran.Waktu itu perlawanan antara Pahang dan Terengganu sedang dijalankan.Minit ke 70, Terengganu dapat satu gol lagi hasil jaringan ISMAIL FARUQI.

   Tiba-tiba aku dengar budak-budak poli tu mula bukak cerita pasal ISMAIL FARUQI Macam-macam cerita aku dengar anak-anak dara tu cakap pasal ISMAIL FARUQI.Tapi yang aku rasa macam nak masuk campur adalah bila salah seorang anak dara poli tu cakap, ISMAIL FARUQI tu asal dari Kelantan dan masih lagi bujang trang-tang-tang.Siap kata lagi yang ISMAIL FARUQI tu bakal bernikah dengan saudara dia hujung tahun 2014 ni.

   Aikk!Aku fikir kejap.Ooo....Dah sah-sah anak dara tu kelentong sebab ISMAIL FARUQI tu asal dari Kuala Terengganu dan dah pun menikah.Macam mana pulak kata dia nak menikah hujung tahun ni?Anak dara poli tu pandai buat cerita.Macam mana aku tau?mestilah aku tau sebab si Mail tu anak sedara suami aku.Jadi, tak payah nak conglah ye!


Ini ha gambar kahwin Mail yang aku pinjam dari emak sedara dia Cik Eina Young.

1 comments:

skuterlady said...

sedap nau bercerita tu... macam tabur ajinomoto dalam masakan.... n_n

Let's have a break!