Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 15, 2014

Tolong cadangkan ye!

   4 ekor anak kucing aku yang dilahirkan pada 22 Januari 2014 dah makin besar dan comel.Dah mula pandai bergomol terutama 2 ekor yang jantan.Walau pun 2 ekor yang betina nampak macam kacuk 'awang hitam' tapi aku tetap sayang.Ibu budak-budak tu cantik macam Emma Maembong tapi kenapa entah ada 2 ekor anak dia yang macam 'Whoppi Goldberg'.Tapi, macam aku katakan tadi, aku tetap sayang.Itu yang aku tengah fikir nak beri nama ni.Kalau ada sesiapa yang boleh cadangkan nama, silalah beritahu ye.



Yang ni buat sementara aku panggil Panda sebab muka macam panda.
Jantina : jantan.



Yang ini aku panggil Panji Junior sebab mukanya macam Panji kucing aku yang ada.
Jantina : Jantan.



Yang ni betina. Hitam 99% sebab ada line kuning kat muka.
Jantina : Betina



Yang ni 100% jantan.Eh!jantan pulak.maksud aku 'hitam'.
Jantina : Betina

Tolong cadangkan ye.
Nanti aku beri hadiah.

2 comments:

Hajar Nizam said...

geramnya tengok tucin tu ! yang hitam semua tu panggil Minachi pun comel :D hehe.

Abil Fikri Ahmad said...

Yg betina panggil jea Girl.
yg jantan..Boy..hahaha boleh gitu?

Let's have a break!