Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, November 11, 2014

Apa Fiyya kata...

   Assalamualaikum semua.Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca kisah Fiyya berenang hari tu.Kepada pakcik Papaglamz, Fiyya nak beritahu yang Fiyya lahir di Kajang tapi sekarang tinggal di Ampang.Papa Fiyya pun orang Johor macam pakcik Papaglamz.Cerita Fiyya berenang tu bukan papa Fiyya yang tulis tau.Cik Uji yang tulis.Cik Uji tu kakak papa Fiyya aka makcik Fiyya.Cik Uji tinggal di Johor.Pakcik Papaglamz jangan risau.Cik Uji dah singgah dan follow blog papa.

   Ada yang kata pipi Fiyya tembam.Hehehe!Iye kot!Comel kan?Tapi Fiyya baru cuba makan puri kurma.Belum makan benda lain lagi.Puri kurma tu boleh tahanlah rasanya.Papa suka sangat tengok Fiyya makan.Relaxlah papa.Fiyya pun suka.Mmmm.....Nanti bila dah besar sikit, Fiyya nak cuba makan benda-benda lain pulak ye.Oh ya!Ada yang tanya bahaya tak pakai pelampung di leher.Fiyya dah test.Tak bahaya pun.Memang macam tulah cara gunanya.Kalau pakai macam budak besar, macam mana Fiyya nak mendayung?Itu kata papa Fiyyalah. Hehehe....  Oklah.Fiyya dah letih.Fiyya penat practise merangkak.Tapi baru pandai angkat punggung je... Susah juga nak merangkak ni ye.Tu belum berjalan lagi tu.Patutlah Kasmir kucing Cik Uji merangkak je kaki empat sampai bila-bila.Kan?Ok.Sebelum tu, Fiyya belanja gambar Fiyya dulu macam biasa.Video Fiyya berenang kalau nak tengok, next tima Fiyya tunjuk ye.Tata!!!!



Fiyya test pakai tudung.Comel tak Fiyya?


Haaa.... Inilah papa Fiyya.Gambar masa kecik.Comel macam Fiyya juga kan?


Ini gambar Fiyya masa syok berenang.Papa candid.


Hish!!!Papa ni suka usik Fiyya tau!


Oklah... Fiyya nak lena dulu.Tidur dalam senyum.Hehehe!



Last Fiyya kenalkan papa Fiyya.

0 comments:

Let's have a break!