Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, November 6, 2014

Big Shot untuk crafter.

   Dah lama tak upate pasal felting.Aktiviti ni masih berjalan seperti biasa cuma tak sempat je nak update.Dahlah Encik LENOVO tak bangun lagi dari koma.Esoklah hantar jumpa doktor.Masih ada warranty lagi.Bukan kena bayar pun.Berbalik pasal felting, esok nak pulun buat keychain.Kena serah pada tuannya segera.Penat memanglah tapi minat punya pasal.Kalau nak kaya tu, tak kot!Hehehe!

   Cakap pasal felting juga, alhamdulillah berkat duit tempahan felting, dapat juga aku beli Big Shot jenama Sizzix.Selain dies untuk 3D rose.Seronok menggelek buat bunga.Dah order 2nd dies tapi POSLAJU terlampau laju sampaikan hantar barang ke rumah 2 November,aku ada di rumah,kata aku tak de.Aku di bilik belakang mungkin tak dengar.Dah tu tipu pulak kata dah call.Takkan dah call tak de miss call yang masuk.5 hb aku check di pejabat, dies aku tu dah dipos balik ke Melaka!Hampeh!Laju sungguh!Kali kedua dah aku kena macam ni!

   Tapi tak pelah.Felting punya pasal, aku sanggup tunggu.Selain felting, aku ter'berkenan' pulak dengan clay.Order 20 warna dengan eyelet.Berkobar-kobar nak buat tapi harap!Bzzzz memanjang.Ada tak de pun cuti sekolah nilah baru start enjin.Tu pun kalau ada masa.Hmm... Sabar jelah walau pun dah terbayang hasil clay yang aduhai indah tu.

   Aku ni tamak juga rupanya.Teringin juga nak balik hobi asal, painting.Kanvas last yang aku beli entah mana aku campak.Berus lukisan dah berzaman tak berusik.Harap-harap, warna yang ada masih belum expired.Tu tak campur cross stitch yang lama aku beli tapi tak sentuh-sentuh.Alahai!Ampunkanlah aku!Sibuk-sibuk pun ada hati juga aku nak bake cakes.Lama beno rasanya oven aku sejuk.Tak pun teringin juga nak buat pavlova.Dah ingat-ingat lupadah.Huhuhu!Kesiannya aku!


Dah lama tak buat kotak macam ni.



SIZZIX BIG SHOT n dies masa baru sampai.

Oklah.Nak sambung buat kerja lagi.
Da!!!


1 comments:

Kuazue Mohd said...

hihihi.. merasa pakai bog shoot kan.. cik azue tak reti sangat felt 2 ni..

Let's have a break!