Wednesday, November 2, 2011

Ayam den lapeh... oi!oi!oi! Ayam den lapeh....

   Kuat juga ilmu budak-budak SMK Batu Kikir ( Model Khas ) yang aku lawati hujung minggu lepas.Buktinya, bukan anak-anak murid aku je yang asyik terkonang-konang, tapi aku pun!Asyik terngiang-ngiang suara cikgu Raziz menyanyi Ayam Den Lapeh.Aku enjoy sangat masa cikgu Raziz menyanyi lagu tu walau pun aku faham 3 perkataan tu je.Yang lain aku langsung tak faham!(Kena google cari lirik lagu ni dan cari makna)

   Sampai saat ini juga, asyik terbayang-bayang seronoknya mengayam ( eh! Mengayam pulak.Maksud aku menganyam) bakul buluh.Aku tekadkan azam untuk menggunakan ilmu membuat bakul tu menggunakan surat khabar pulak. Walau pun bakul yang aku anyam buat pertama kali tu 'agak senget' sikit, tapi oklah.Not bad kata orang putih.(Masuk bakul pulak aku).

   Semasa memancing di sawah, aku terpandang sesuatu yang cantik berwarna pink.Aku sangkakan bunga ke apa rupa-rupanya itulah telur siput gondang.Tak sangka cantik telur siput tu.Aku pun ambil dan try pegang.Mak aih!Lembik semacam je.Lepas tu aku perasan tangan aku mula gatal-gatal.Rupa-rupanya telur tu gatal!Nasib baiklah aku bawa Nixoderm!Selamat aku.Semasa memancing ini jugalah buat pertama kalinya aku mengenal batang enau yang digunakan sebagai joran memancing.Jakun betul aku!Aku try juga memancing tapi ikan Kg.Lonek segan sangat dengan aku sebab aku memancing pakai lawa sangat.

   Nixoderm juga banyak menolong aku menghalang timbulnya bintat-bintat dek gigitan nyamuk semasa aku meneroka perigi beracun di Kota Lukut.Seronok sangat sebab first time dalam hidup, monyet bertenggek atas kepala.(Maksud aku,monyet tu atas pokok dan aku lalu bawah pokok tu) Tak sangka banyak juga tinggalan sejarah di Negeri Sembilan.Itu tak masuk pengalaman aku meneroka Istana Seri Menanti yang alahai cantiknya!Puas dapat tengok tempat tinggal raja dan putera-puterinya.

   Aku tabik pada Raja.. ( ala.. lupa pulak.Aku Ingat Sultan Ibrahim kesayangan rakyat Johor je) yang bangga dan sudi berkongsi pengalaman tentang putera baginda yang berlainan upaya.Semasa di istana indah ini, aku selusuri segenap ruang kecuali tingkat paling atas.Tak sanggup aku naik tangga curam tu.Macam nak bunuh diri je.Nasib baik tak de apa-apa yang istimewa di tingkat atas tu.(Kata anak-anak murid akulah.Kalau mereka cong aku, manalah aku tau) Alahai... 'ayam den lapeh' asyik mengganggu memori aku ajak menyanyi.Jadi, kita tengok gambar je lah ye!

...... alah mak!Cik tenet pulak jadi siput!Tak dapek den nak upload gamba!
Pinjam gamba Cik Google jelah.





Lebih kurang macam nilah telur siput cantik tu.



Istana Seri Menanti...
Nantikan aku kerana aku pasti datang lagi.



Teratak Za'ba (Ada pokok anggur berbuah di belakangnya)
Di sini aku beli buku resipi makanan tradisional.
Antaranya Masakan buah Kadam dan air jando pulangan.

Baru aku  ingat ada teratak Za'ba di sekolah aku.



Yang ni den tak tahan.Pedih mata kena asap!

Oh ya!Letak gambar sambal tempoyak pucuk kayu jugak.



Sebiji macam sambal Cik Google buat ni.

Terima kasihlah pada host SMK Batu Kikir sebab sudi bekalkan dua bungkus sambal ni untuk aku.Oleh kerana aku tak berapa suka nasi, aku makan sambal ni dengan roti.
Hmm... pedas yang amat tapi lazat!

p/s: First time aku  mengemping, makan emping, kukur kelapa ala-ala orang zaman dulu, menari endang ( walau pun berterabur)
... dan first time aku tahu ada permainan namanya 'Lubang Tikus'

< Semua gambar Cik Google punya >


Alahai Batu Kikir, alahai Kg Lonek...
Aku pasti kan datang lagi.


... Batu Kikir jombatan bosi..
Gulai udang sebelango....





   

5 comments:

hawiz said...

sedapnyer sambal tu...pedas x?..klo pedas sgt hawiz xmkn..huhuh..

kpah k-poh Sharifahnor said...

sodap bonar..den kalu makan podeh..bonanah telingo...( susah ooo nak speaking nogori ni)..kpah duk sana 11 tahun..dulu cekap lah..skrg ni dah bercampur2 dgn bahasa penang..heee

Uji Hussein said...

Sambil tu pedas sangat sbb org sis manalah biasa makan pedas.Lepas makan, berasap je rasa perut.Tapi sodap!

Uji Hussein said...

11 tahun?Lama tu Kak Pah.Tentu mahir jugak masak masakan nogori.

mr.curly said...

uihh dh dokek bona la tu mo umah cik panadol..hikhik

Post a Comment