Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari raya Aidil Adha... Bagaimana sambutan hari raya anda?

   Sebenarnya aku teringin nak tahu bagaimana sambutan hari raya aidil adha di tempat lain.Maksud aku di negeri-negeri selain Johor.Adakah disambut secara besar-besaran atau sederhana.Apakah jenis makanan yang dihidangkan?Apakah ada adat kunjung-mengunjung seperti hari raya aidilfitri diamalkan dan lain-lain lagi.Kalau aku, sambutan biasa saja hinggakan jika tiada takbir raya, tak perasan pun hari tu adalah hari raya.Juadah raya pun tak tiap-tiap tahun ada.Makan nasi putih dengan lauk macam biasa pun tak pe.Takdelah nak pakai baju cantik-cantik.Dengan kata lain atau kesimpulannya : Hari raya aidil adha bagi aku sama seperti hari-hari biasa.Anda bagaimana?


Juadah biasa semasa hari raya di rumah aku...


Sambal goreng




Kari ayam
Credit to Ummu



Kuah kacang
Credit to noreen



Yang ini namanya lepat.
Tiap-tiap tahun ada walau pun aku tak pernah buat.
Jiran-jiran hantar...
Sedap woo!

Yang lain tu biasalah, ketupat... 


Dahlah...
Aku nak menanda kertas periksa dulu.
Ada sikit lagi ni!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA!





   

10 comments:

Miss Purple Ungu said...

mmm bestnya
slmt hari raya aidiladha scarlett :)

||aLeaSaRa|| said...

slm hari raya aidiladha ye sis!

owh kite org johor...raya haji tak meriahlah.tapi masak juga menu macam pagi raya.ada yg nak gak pakai bj kurung...ada yg selamba pakai blaus dan jeans...maklumlah ry aidiladha lagi bermakna kalau buat ibadah korban.hurmm sejak kawin ngan hubby org taiping..mak aihhh diorg mmg betul2 raya.

siap korbankan lembu,kambing...buat acara makan gulai kawah,bbq dan kite?owh mmg tercenganglah sbb kat johor biasa-biasa je ngeeee ^^

uncle gedek said...

jaga a makan juga.... nak nak stok daging banyak ni....!

si robot comel said...

Salam aidiladha ea, wah nampak semua lazat-lazat belaka. macam rasa nak makan je,hehe

Unknown said...

yummy!!!

Uji Hussein said...

Selamat Hari raya juga Miss Purple!

Uji Hussein said...

etullah Leasara!Di Johor ni kalau raya haji, tak rasa apa pun sbb takde prg sambut.Tak mcm di setengah-setengah tempat.

Uji Hussein said...

Bang Gedek, bab jaga makan yang susah tu. Tau2 badan dah makin naik.

Uji Hussein said...

Robot comel, sebab lazat2 belakalah susah nak diet ni.

Uji Hussein said...

Cik Ubi, kalau agak sedap, jomlah dtg Pasir Gudang.

Post a Comment