Tuesday, November 15, 2011

Bantuan RM100 dibayar pada 17 dan 18 November 2011

   

    Nampak tak gambo posing cantik di atas? Kalau tak nampak, pendek umur!Haa.... itulah gambar yang membawa khabar gumbira buat anak-anak murid aku yang comel-comel, kacak-kacak kalah Wonder Girls dan entah apa ntah nama  lelaki KPop. Sejak tersebarnya berita wang RM100 tu akan diberikan sebagai tanda kasih Pakcik Najib, berlambak-lambak sms masuk dalam LG Cookie aku.Tak pun, mana yang tak sabar sangat tu, siap call lagi berbelas-belas kali.Patutnya call Pengetua.Aku ni cuma teacher biasa je.Time maghrib azan sedang berkumandang pun ada yang call!Melampau betul!Grrr!(marah-marah sayang)

    Jadi, seperti mana tajuk yang telah aku paparkan, dengan ini, dimaklumkan bahawa pemberian wang bantuan RM100 tu akan dibuat pada :

1.Tingkatan 1 dan 2 : Khamis, 17 November 2011 ( 1.30 -4.30 petang)
2.Tingkatan 3 dan 4 : Jumaat, 18 November 2011 ( 8 .00 - 11.00 pagi )
    
    Tingkatan 5?Ala.... aku lupa pulak nak confirm.Jumaat juga kot? Prosedur yang perlu dipatuhi adalah:Pertama ... mesti penjaga / ibu atau bapa yang ambil.Anak-anak boleh ikut kalau rindu kat kami cikgu-cikgu kat sekolah ni.Tapi kalau malas, tak pe.Yang penting, bukan'mama' atau'papa' tiruan yang datang.Ala...mama papa aka darling!

   Kedua:Mesti bawa bukti pengenalan diri penjaga / ibu bapa dan anak-anak.Takut-takut nanti Wak Indon pulak yang claim.Jangan risau sebab cikgu takde alat nak check IC sama ada blacklist atau tak.Rilek je. Itu jelah syarat-syaratnya.Taklah susah nak berpantun bagai macam nak pergi meminang.Ok.Boleh faham kan?

   Opps!Lupa pulak!RM100 tu rasanya pihak sekolah takkan cukai awal-awal untuk bayaran buku tahun 2012.Kalau tak silaplah.Melainkan kalau ada hutang yang perlu dibayar contohnya hutang sewa kalkulator masa periksa, hutang pulang buku teks tak sampul, hutang hilangkan buku teks dan lain-lain.Tapi pukul 1.30 petang ni, ada meeting lagi.Kalau ada perkembangan terkini, akan aku kongsikan kemudian.

  Last but not least, pesanan pada ibu bapa, kalau betul pihak sekolah takkan potong untuk bayaran buku tahun 2012, bincanglah dengan anak-anak bagaimana untuk menggunakan wang tersebut.Janganlah ikut suka sesedap rasa guna wang tu untuk bayar sewa rumah ke, api air ke, atau lagi teruk bayar ansuran kereta atau ASTRO.Duit tu adalah duit anak-anak jadi aku rasa mereka berhak menentukan bagaimana ia patut dibelanjakan.Bayar bil-bil hatta bayar duit buku adalah tanggung jawab ibu bapa.

  Opps!Aku lupa pulak nak beritahu.Tarikh-tarikh pembayaran di atas tu adalah untuk sekolahku tercinta je.Sekolah-sekolah lain tak pasti pulak aku.Suka juga aku nak ingatkan, anak-anak tingkatan 1,2 dan 4 telah pun diberikan surat pemberitahuan kepada ibu bapa jadi ibu bapa yang berkenaan sila rujuk pada anak-anak.Taknaklah surat tu nanti bertukar magik jadi roket di Mc Donald atau Petronas yang berjiran dengan sekolah aku ni.Jangan asyik nak telefon sekolah je sebab kesian aku tengok kerani kat sekolah tak cukup suara asyik nak menjawab soalan yang sama.Jangan lupa tu!




Sorang dapat RM100 je tau jadi janganlah berangan nak beli handset canggih-canggih pulak ek anak-anak!


INFO TAMBAHAN SELEPAS MEETING


Ibu bapa / penjaga mempunyai pilihan sama ada :
1.Membayar bayaran persekolahan tahun hadapan ( buku tulis dll, bayaran PIBG dan majalah sekolah) menggunakan RM100 yang diterima dan bawa pulang bakinya saja
2.Membawa pulang RM100 tunai
3.Tidak menerima langsung ( Ada ke yang tak nak duit ek?Spesis langka kali)


Dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah tidak akan menggunakan ang RM100 itu untuk melunaskan apa-apa bayaran yang tertunggak dalam tahun 2011 ni.Tak kiralah hutang sewa kalkulator ke, buku tak sampul ke, hatta hutang tak bayar bayaran PIBG sekalipun.
Baiknya hati pihak sekolah


Pengesahan juga dibuat bahawa pelajar tingkatan 5 tahun 2011 ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima wang bantuan RM100 ini kerana pemberian dibuat atas nama bajet tahun 2012.Tahun 2012 pelajar tingkatan 5 sekarang dah bukan pelajar tingkatan 5 lagi.


Demikianlah dimaklumkan.

11 comments:

Zura said...

seb baik anak saya lom skol..kalo dak dah dapat 300...hehehe

Chempaka Aziz said...

salam.

suka yat yg last tu..jangan ler asik nk beli telefon canggih manggih yer...hihi. sama jugak mcm yg dapat PTPN tu,masa dapat tak hingat dunia berbelanja,tp bila time bayor emmm buleh pulak tak hingat! memg dah kene sekeh kepala tu...

sayakayrulez said...

baiknye pak najib!

undi barisan

Unknown said...

semua sekolah dpt pd 17hb ker cikgu...

kpah k-poh Sharifahnor said...

anak kpah baru bgtau tadi..esok cikgu suruh pegi sekolah ambik 100..kpah cakap oo best laaa nanti kita pi sopin...anak cakap mana boleh..cikgu kata kena buat beli benda yg berfaedah mcm buku2 latihan utk tahun depan...hmmm..baguslah kalau cikgu dah bgtau mcm tu...kan..

logorithm said...

Pilihanraya dah semakin dekat. Rasuah terang-terangan semakin menjadi-jadi...


Terbaru dari Logokoko:

[10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

[U] Edwards Syndrome

Uji Hussein said...

tarikh bayaran tu terpulang pada pihak sekolah tapi kebanyakan pada 17 dan 18 November ni.

sayakayrulez said...

untuk budak2 u ke poli ke
xde bantuan kew?

Seri Bahasa said...

boleh juga tambah dana untuk beli kelengkapan sekolah nanti...

EmpayarUtama said...

Yang nak naik darjah satu camana aaaa?

Toffy Amirul Farhan said...

tingkatan 5 cam saya gak yang jadi mangsa tengah

Post a Comment