Tuesday, November 8, 2011

Pen merah... pen biru... You marah... I love you!

   Entah kenapa, aku rindu sangat pada zaman persekolahan.Zaman aku sekolah rendah dulu, aku menyampah sangat dengan seorang budak lelaki ni.Umur baru sepuluh tahun tapi dah boleh drive.Dia taklah berlagak atau sombong tapi aku geram sangat sebab dia suka sangat menyakat aku.Kira macam samseng kampung gitu.Sampai hari ni aku masih ingat bengkak jari aku dia ketuk dengan kayu. Tapi sekarang, dia dah jadi orang dah.Dah ada isteri yang cantik dan anak-anak yang baik.Tak pulak aku tengok anak-anak dia ikut perangai bapak dia dulu.

   Aku juga rindu sangat pada seorang cikgu aku masa aku di darjah 5 dulu.Namanya Cikgu Wahid.Kalau tak kerana dia, aku rasa, aku tak jadi orang sekarang ni.Dialah yang mula-mula timbulkan minat aku pada B.Inggeris.Maklumlah budak kampung.Cuma tau yes, no, alright je.Aku dengar dia sekarang tak berapa sihat.Kalau ada peluang, nak sangat aku jumpa dia.Doaku mudah-mudahan,dia bahagia dunia dan akhirat.

   Bila naik sekolah menengah, first time aku masuk masa tingkatan satu di SMM, dah pun pertengahan tahun.Sebelum tu aku bersekolah di SMSJ.Tapi aku homesick terlampau jadi aku pindah masuk ke SMM.Mula-mula masuk lagi aku dah kena kacau.Surat cinta dalam meja.Zaman aku dulu, bila dapat surat macam tu, rasa macam nak menyorok dalam gerobok.Takut dan malu.Tapi budak sekarang, dengan cikgu sendiri, yang bujang atau tak bujang, asal handsome je, dia orang berani nak try!

   Bila dah senior, tingkatan 4 atau 5, bila dapat surat je balik rumah aku terus beri pada ayah.Maklumlah, anak ayah.Aku mana reti nak layan.Tapi aku suka baca surat-surat yang aku terima tu sebab ada pantun.Pantun yang biasa adalah.... Pen merah, pen biru.You marah, I love you. Atau pun ... Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas.Tapi banyak-banyak surat yang aku terima, aku paling suka surat yang ada bunga mawar segar,Sempat aku simpan jadi kenangan.Sesekali teringat, rindu juga aku pada zaman persekolahanku...

   Tahun ini, aku ada juga terima surat.Tapi dari anak-anak murid aku.Bila baca, aku senyum sendiri kerana ada yang lucu dan ada yang betul-betul berani.Alahai.. budak sekarang!Berani tak bertempat!Contohnya ada anak murid aku tulis, ke hadapan cikguku yang cantik dan jelita..... hahahaha!!!Gelak golek-golek aku ketawa.Tu yang aku teringat balik kenangan zaman sekolah aku tu!




Best kan kalau dapat sekolah balik?

5 comments:

Iris Asli said...

macam tau-tau je baru tadi saya pun selak album-album lama. especially album time sekolah menengah yang besar gedabak tu hiks. rindu kan??

by the way, apa khabar? lama tak datang sini. but i still remember you ^^

caliph shuriken said...

dh lama x dgr pantun wajib balas tu, hikk...

kpah k-poh Sharifahnor said...

kpah pun teringin nak masuk sekolah balik...huhuhuuuuu...

EmpayarUtama said...

Hehe kengkadang terbau-bau 'suasana' zaman kanak-kanak yang kita tinggalkan, kan?

Nizam Ijam said...

cantik gambar kucing tu..hehe

Post a Comment