Tuesday, April 17, 2012

Nasib baik aku tak mati!

  Tiap-tiap hari, di sekolah, aku perasan aku ada satu tabiat buruk.Aku tak boleh duduk diam lama di satu-satu tempat.Ada je urusan yang perlu aku selesaikan.Jadi, bila nak cepat, kadang-kadang aku redah taman-taman dengan pokok-pokok yang macam-macam jenis.Tapi, hari ni, aku rasa aku mesti elakkan lalu di bawah-bawah pokok tu.Semuanya kerana dia...

   Pagi tadi, aku main redah je bawah pokok sebab nak cepat ke dewan.Sampai di dewan, masa aku sedang asyik berbincang speaking omputih dengan seorang lagi teacher yang lebih senior, aku perasan ada sesuatu merayap di cermin mata Bonia purple aku.Macam biasa, aku ingatkan semut.Aku pun buat dek je.Konon tak baik halau semut. Tapi, Kak Syarifah kakak senior teacher omputih tu beritau aku dengan cemas.Benda tu bukan semut tapi....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ULAT DAUN!!!

Maka tindakan luar kawal aku adalah...
menjerit walau pun tak sekuat hati
 sebab aku memang fobia dengan ulat 
dan adik-beradiknya!!!
Serius aku takut!
Nasib baik aku tak mati sakit jantung!
( Gambar pinjam Google)

1 comments:

Unknown said...

goreng pon sodap =p

Post a Comment