Sejak akhir-akhir ini, aku sibuk.Tak sempat langsung nak up date blog walau pun hatiku berombak-ombak rindu nak blogging.Jadi malam ni, aku tutup je mata jap tengok buku menimbun yang nak disemak.Nasib baik rumah tip top.Langsung tak berserak.Kalau tak, mau stress tahap gaban.Esok pulak ada nazir nak berkampung di sekolah.Jadi, semua kerja kena tip top.Lesson plan aku untuk esok dan lusa dah siap.Cuma nak sedia bahan bantu mengajar je.
Hari ni juga, aku jadi Dr.Jekyl and Mr Hyde.Masuk 5 SK 3, memang seronok kerana perangai anak-anak murid aku yang agak 'macam budak-budak'.Tapi, kalau time aku bagi input, penat berdiri dengan mulut bak bertih goreng pun dia orang nak main macam budak tadika, mana aku tak hot!Akibatnya, bengkok marker pen yang aku baru beli sebab aku 'tergeram' dan 'terhentak' meja sikit.Rasanya kalau aku boleh bertukar jadi siluman ular, aku telan budak-budak tu bagi magic supaya lebih serious time belajar.Dah nak ambik SPM pun nak main-main.Jadi Mr Hyde lah aku!
Kemudian, waktu last, aku masuk kelas 3 KRK 1.Satu masa je tapi time nilah yang mencabar!Dengan panas, penat!Kelas pulak stail kabin walau pun digelar villa sebab blok sekolah tak cukup.Jadi, hari ni aku tukar teknik mengajar tak nak bagi budak-budak mengantuk.Aku lukis macam-macam benda dan dia orang teka.Mula-mula, aku lukis yang berkaitan dengan p &p.Tapi, bila semua gambar berjaya diteka, aku pun lukis yang berkaitan dengan pengetahuan am.Amboi!Hebat sungguh anak-anak murid aku tu sampaikan benda yang baru terlintas dalam otak aku pun dia orang berjaya teka!Salah seorangnya adalah Navaraja.Anak murid aku yang cukup cerdik walau pun kadang-kadang nakal bukan main.Riuh rendah kelas aku dengan tawa budak-budak.Aku pun ikut seronok.Hilang duka dan lara.Last, time nak balik waktu budak-budak bersalam, salah seorang anak murid aku tu kata; Teacher, today's lesson was very interesting!Rasa aku on cloud nine sekejap!SEronoknya jadi teacher!
Rasanya semua tau cerita ni kan?
3 comments:
tak pernah ada pengalaman jadi teacher...sbb my dad seorg teacher jadi dia tak kasi sy jadi teacher...nti kan tak pasal2 ada budak kena maki...haha..
maklumlah js ni garang sikit...kuaaa2
ada gak cita2 nak jd guru. tp sy nie jenis tak pandai mngajar.kan blur plak student...^^
Ayah saya dulu seorang Nazir dan banyakkk sekolah dibawah jagaannya.. Memang berat tanggungjawap menjadi pengajar ni kan.. saya salute Scarlett dan kepada semua yang bergelar guru =)
Post a Comment