Tuesday, April 30, 2013

Sweet sangat!

Sweet sangat!
Kan?Kan?

Monday, April 29, 2013

Wangi ke?

   Bulan ni aku belanja di Kedai Rakyat 1 Malaysia.tak kiralah apa setengah orang tu nak kutuk.Yang penting, aku dapat save budget separuh dari belanja dapur aku yang biasa.Aku pun bukan suka sangat buang masa belanja di 'tempat-tempat popular'.Ala.... belanja di Kedai Rakyat 1 Malaysia pun hebat apa? Maklumlah... aku cuma orang kampung je.

   Tapi kan.... Hari ni ramai betul yang tegur kata aku wangi.Mula-mula tu pelik juga.Aku pakai perfume biasa aku tulah.Bedak pun Enchanteur je.Dah cukup wangilah bagi aku tu selain guna Baby Johnson, favourite aku no. 1.Lama juga aku fikir.Bau detergen cuci baju yang aku gunakan ke?Atau..... Ooo ya..... Hari ni aku mandi guna body shampoo Kedai Rakyat 1 Malaysia.Memang aku perasan bau dia yang aduhai.... wanginya!Tapi tak sangkalah pulak baunya tahan sampai pukul 2!Kalau macam ni, bolehlah aku berendam dalam body shampoo tu lama-lama!


Yang ni tak berapa wangi.
Try yang putih.
Wangi sungguh!
Gambar Google punya.


Yang hebat macam ni ada tak ?

PRU - 13.Raya woooo!!!

  Detik yang ditunggu-tunggu hampir tiba.Apa lagi?PRU 13lah!Di tempat lain aku tak pasti tapi kalau di tempat aku, fuyooo!!!Macam nak sambut raya.Meriah semacam + excited sangat.Pasal kempen, ok je.Tak kira parti apa, semua masih boleh duduk semeja.Kata orang, politik di Johor ni matang.Jadi, takdelah yang buat perangai 'serupa kera'.
   
   Dulu, aku pernah mengundi di Terengganu.Bukan nak cerita buruk, tapi, memang 'satu pengalaman yang menakutkan'.Masa tu aku mengundi di DUN Tepoh, parlimen Kuala Nerus.Kemudian, bila bertukar mengajar di Johor, tiap-tiap kali masa mengundi, betul-betul rasa macam hari raya.Seronok sangat!Tu yang aku kurang sikit blogging tu.Sebab tak jemu-jemu tengok TV berita pasal PRU 13.
   

Sunday, April 28, 2013

Terima kasih Cik Nuffy!Hehehehe!!!!

Entry ringkas sebab nak gerak ke rumah mak.Sekadar catatan tentang BE ke 46 walau pun scheduled post selama hampir 2  minggu.
TERIMA KASIHLAH CIK NUFFY...

Sambung blogging bila dah sampai rumah mak!
Maklumlah.Hari minggu,kan?

Aikk?Tak de tajuk ek?

    Setelah 14 hari terperam, aku update blog balik.Entry yang ada sejak 13 haribulan tu semuanya scheduled post.Apa nak buat.tak sempat.Blogging, blogging juga tapi kerja mesti no 1.Selain dari sibuk, badan pun tak berapa sihat. Ulang alik ke klinik buang duit.Harap-harap, lepas ni, semuanya ok dan hidup tambah HAPPY!Insya Allah!!!

Tuesday, April 23, 2013

Aktiviti Kelab kebudayaan dan Tarian

Tahniah anak-anak sebab pandai jaga diri.
Teacher sibuk tak dapat nak sentiasa bersama.

Monday, April 22, 2013

Amboi, posing!

Sunday, April 21, 2013

Cari kutu mak.

Saturday, April 20, 2013

Friday, April 19, 2013

Thursday, April 18, 2013

Perang!!!

   Hidup adalah perjuangan.
Perjuangan umpama peperangan.
Biar cedera teruk kerana berperang, perjuangan mesti diteruskan juga.
Ibarat kata pepatah, patah sayap bertongkatkan paruh.
Namun, musuh tetap ku tentang!

Wednesday, April 17, 2013

Tuesday, April 16, 2013

Binatang aneh

Monday, April 15, 2013

I love those dinosaurs!


Very true but I love THOSE DINOSAURS so much.

Sunday, April 14, 2013

Awak anak nombor ye?


I anak ke tiga.
Manja dan tenang?
Iyelah tu.....
Hahahahaha...

Saturday, April 13, 2013

Friday, April 12, 2013

Wednesday, April 10, 2013

Bayi bertanduk

Tuesday, April 9, 2013

Bapak biawak.

   Geram punya pasal aku pulun buat scheduled post sampai 14 hb.Sibuk nak berkempen agaknya aku lepas ni.Maklumlah kan parlimen dah bubar.Aku tengok banyak rumah dah pasang bendera parti dari dulu lagi.Rumah aku pun ada tau.Tapi, rahsialah.UNDI PUN RAHSIA.Kan?Kan?Kan?

   Ala.... boring cerita pasal politik.Aku lebih rela cerita pasal 1001 kisah anak-anak murid aku di sekolah.Minggu ni, seminggu anak murid aku yang misteri + pemalu tu mintak bercuti.Ibunya telefon kerana ada masalah.Mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain yang tak memungkinkan anak murid aku tu ke sekolah.Aku dah agak dah.Mesti masalah dengan spesis bernama laki.Dengan kata lain spesis bapak biawak yang tak pernah tahu tanggung jawab.

   Kenapa ye.Makin maju dunia dan makin ramai orang yang tinggi ilmu, makin ramai juga spesis bapak biawak.Mana silapnya?Orang perempuankah yang bersalah sebab mudah sangat jatuh hati pada spesis bapak biawak perasan kacak tapi habuk pun tadak!Cakap berdegar-degar tapi kucing dengar pun rasa nak ketar!Cis!Kalau aku ada kuasa, aku tukar bapak-bapak biawak tu jadi cicak!Boleh aku penyek lenyek-lenyek!Hidup menyusahkan orang!

   Pendek kata, punyalah ramai spesis bapak biawak ni, ibarat perbandingan, aku gerak seinci je aku dah terjumpa seekor.Tu yang makin ramai anak-anak murid aku merana dalam suka.Apa taknya, hari-hari nak menghadap bapak biawak cuma tahu nak bertekak!Emm...... Kesian anak murid aku yang pemalu tu.Dek kerana bapaknya spesis biawak, terpaksalah dia anak beranak berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah.Memang dasar s****n!Tak tau ke nak kau tu nak ambik SPM?

Monday, April 8, 2013

Aku tergoda jua akhirnya...


Habis diet aku!

Sunday, April 7, 2013

Getasku bukan Melayu.Alahai!

Buat pavlova, jadi.
Buat cup cake, jadi.
-
-
-
-
-
-
-
-
Buat kuih getas, tak jadi.
-
-
-
-
-
Kesimpulan...
AKU BELUM CUKUP MELAYU!


Pavlova ... Nampak susah, tapi senang.


Gambar Google

Kuih getas... nampak senang, tapi susah.

Rambut cantik untuk suami


UMALIS KANA!!!!

   Kau datang lagi
mengganggu fikiranku.
Membuat aku hilang idea tulis entry.
Tak boleh ke kau pergi main jauh-jauh!
U MA LIS KA NA!!!
Bak kata Marian Rivera.


   

Nak date dengan ayah

    5 hb April adalah hari jadi ayah ke 76.Alhamdulillah.... ayah masih sihat.Niat nak buat pulut kuning.Makan ramai-ramai anak beranak.Tapi belum sempat lagi.Jumaat, di sekolah sampai pukul 6 petang.Sabtu, pagi ada mesyuarat agong PIBG sampai pukul 2.Balik rumah sekejap.Pukul 8 sampai 11.30 malam, di sekolah lagi kerana Program Pelancongan Koperasi Sekolah.Hari ni, Ahad, mudah-mudahan, dapatlah aku ke rumah ayah.Tak dapat makan pulut kuning, dapat duduk borak-borak sambil kunyah jemput-jemput bilis pun ok juga.Oh ya.Aku nak bawa pucuk belinjau untuk buat lauk di rumah ayah.Kebetulan jumpa pucuk belinjau di pasar malam Jalan betik.Mahal sungguh.Seikat dengan 10 helai daun harga seringgit.Oklah..Aku siap-siap dulu nak ke rumah ayah.


  

Sweetnya pelat!

   Selama ni, aku rasa macam ada yang kurang sebab aku pelat.Dengan lebih spesifik, aku pelat 'R'.Semasa mengajar, anak murid aku kata, taklah ketara sangat bunyi pelat tu.Mungkin sebab aku ni 'teacher' cewah!!!! Jangan orang putih berabuk, jadi anak murid langsung tak perasaan yang lidah aku pendek.Ye ke? Tapi, bila aku cakap melayu, barulah dia orang perasan.Masa kecik-kecik dulu, aku selalu rasa nak bagi penumbuk pada orang yang gelakkan aku.Termasuklah orang-orang tua yang tak faham perasaan kami golongan kurang upaya.hahahahaha Tapi bila anak murid aku kata, 'Ala.... sweetnya bunyi teacher pelat' r', aku rasa akulah orang yang paling beruntung sebab sweetnya bila bercakap!Hahahaha!!!Terima kasihlah yang!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gambar Google

Ala.... Lisa Sughihani pun pelat 'r'


   

Saturday, April 6, 2013

Hiasan cantik untuk kaki.Sweet sangat.

Aku seekor ketam

   Tiba-tiba, aku terbayang yang aku adalah seekor ketam.Ketam ada berapa kaki ye?Tak terfikir nak kira.6 kot.Ok... Kita buat andaian begini.Setiap satu kaki ketam adalah untuk satu tugasan yang mesti aku selesaikan dengan segera.Dengan kata lain, tugas pengurusan di sekolah yang perlu segera aku tuntaskan.Aikk!Bunyi peliklah pulak.Dateline pulak tu hari yang sama.Deadline ke datelina?Ala... dah pelupa sangat aku ni.   Suka atau tidak, by hook or by crook, aku mesti buat semua.Bila selesai semua tugas, tiba-tiba, tinggal 'badan' aku je yang tinggal.Kaki-kaki aku semua habis tercabut!Maklumlah ketam!Nasib baik aku bukan ketam.Walaupun aku cuma ada dua kaki je, penat macam mana pun, kaki aku tetap tak tanggal!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar Google

Nasib baik aku bukan ketam.

Apa aku merepek ni?
Ooo..... Inilah tanda aku mengalami kepenatan melampau.

Friday, April 5, 2013

Thursday, April 4, 2013

Pengetua berbulu

Baik-baik!Nanti Puan pengetua cakar!

Wednesday, April 3, 2013

Kuih tradisional orang Jawa

   Agak-agak, tau tak jenis-jenis kuih tradisional orang Jawa?Kalau tanya akulah, yang terbayang di  mata cuma kuih bongko.Itu pun sebab kuih bongko tu masih lagi dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan di kampung aku.Jenis kuih-kuih yang lain tu, aku pun kena study balik.Maklumlah, bukan senang nak dapat resipi kuih-kuih lama ni.Meh, tengok gambar kuih bongko dulu.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Resipi aku pun lebih kurang sama dengan sumber di atas cuma boleh juga digantikan pisnag tu dengan nangka yang ranum.Kuih ni, aku tak berapa suka masa kecik-kecik dulu sebab isinya melekit tapi bila dah tak berapa kecik ni, macam sukalah pulak.

   Selain kuih bongko,orang Jawa juga suka sangat kuih wajik kerisik.Yang ni favourite aku.Suka rasanya yang manis berlemak.Cara buatnya?Alah mak!Aku kena tanya orang yang pakar sebab aku pun tak tau.Tau makan je.


Kuih wajik kerisik
Nasib baik boleh pinjam gambar dan resipi di sini. Bolehlah nak try.


   Kuih seterusnya aku rasa semua orang tau iaitu kuih rempeyek.Diulang ye, rempeyek bukan tempeyek.Kuih ni yang paling aku suka sekali terutama yang asli iaitu nipis, rangup, lemak dan aduhai...Tak tau nak kata.Meh tengok gambar.


   Next, adalah adik beradik kembar tak seiras kuih rempeyek iaitu kuih tumpi.Ada orang panggil kuih tumpi ni rempeyek juga tapi aku tetap kata nama dia kuih tumpi.Iyelah....Kuih rempeyek bulat.Kuih tumpi ni mana ada bulat?Kan?Kan?


Kuih tumpi

   Resipi kena google nampak gayanya.Gambar ni pun aku pinjam Google je.Untuk kuih-kuih selanjutnya, silalah interview Mak Mah Ruminah Sidek,emak Adlin Aman Ramli.Boleh?
   

Rabu yang sedap.

Tak nak tengok tapi tengok jugak!

   Tak taulah nak kata apa.Tapi, bila di sekolah, aku rasa bahagia yang amat sangat,Kalau boleh nak tinggal terus berumah tangga di sekolah.Tapi, mana ada dibuat orang kan?Bukan apa, bila kerja dah bertimbun-timbun ni, nak buat di rumah, macam tak de mood je.Godaan banyak sangat.nak buat donno je, memang tak boleh.Dah benda depan mata.Takkan nak tengok aje.Hati pulak, bukan main lagi suruh aku lupakan kerja yang bertimbun-timbun dan layankan godaan.Aduhai.... sabar jelah aku.Tapi, oklah juga.At least, boleh release tension.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa tengah popular dulu, aku gelakkan orang yang gilakan cerita ni.


Suka cerita ni sebab aku pun boleh ikut berangan


Mula-mula tak suka, tapi sekarang hari-hari nak tengok.

Ni siapa tahu,cerita apa?