Alhamdulillah, hari ini kita mula berpuasa.Walau pun cuaca agak panas, aku rasa biasa je; tak lapar atau dahaga.Mungkin kerana aku dah biasa jarang makan tengah hari awal.Paling awal pun dalam pukul 4 merangkap minum petang kerana tuntutan kerja.Hari pertama puasa hari ini pun aku terpaksa isi dengan tugas menyiapkan set-set soalan untuk Program Pecutan PMR dan SPM yang akan diadakan hari Sabtu, 13 Julai ini.Pengetua dah janji tak nak ganggu hari Sabtu sepanjang bulan puasa, tapi tiba-tiba ada pulak program hari Sabtu ni dnegan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5.Padahal baru Sabtu minggu lepas Hari Bertemu Pelanggan.
Set-set soalan yang mesti aku sediakan tu, kalau ikut 5 level yang berlainan; 3 untuk PMR dan 2 untuk SPM.Setiap satu tu pulak kena asingkan lagi ikut level sama ada cemerlang, sederhana atau tidak menguasai.PMR kena darab dengan 2 tetapi SPM kena darab dengan 4.Dengan kata lain, set-set yang aku kena siapkan tu adalah pelbagai mengikut kelas dan level pelajar.Jenuh aku siapkan soalan.Bila da siap print,tebal 1/2 rim A4 paper.Tak campur kos ink printer lagi tu.Semua kena ikhlas sebab kerja cikgu mana ada overtime atau 'bayaran lebih'.Jadi ikhlaskan jelah dengan harapan ada ganjaran pahala.
Sekarang dah jam 3.30 petang tapi ada 2 set lagi yang belum siap.Bahu dah naik kejang dah.Dapur sekejap lagi pun kena jengah sebab nak masak juadah berbuka.Azam tahun ni tak nak membazir beli makanan bazaar, jadi biar ringkas pun nak masak jugak!Belum sentuh lagi tu modul untuk program peningkatan PMR dan SPM.Keputusan tahun lepas naik melonjak jadi tahun ni tak naklah jatuh terduduk pulak.Aduh!Auh!Duh!Tak tahan pun kena tahan.
Nasib baik dapat jugak up date blog walau pun entry tentang diri sendiri je.Almaklumlah, tak sempat nak cari berita lain.Malam ni, harap-harap, siaplah mana-mana kerja yang tertangguh dan juga siaplah entry walau pun scheduled untuk sehari dua.Maklumlah, aku betul-betul tak cukup tangan nak buat macam-macam kerja.Kalau aku ni ketam, dah habis tanggal tangan dan kaki aku satu-satu.
Kesian kat kita orang!
.
0 comments:
Post a Comment