Wednesday, December 3, 2014

Warkah buat DYMM Sultan Ibrahim,Sultan Negeri Johor.

   Assalamualaikum Tuanku.Maaf kiranya patik terlalu lancang mengirimkan warkah buat Tuanku.Ia tidak dirancang.Entah mengapa apabila patik terpandang wajah Tuanku yang tersenyum riang, terdetik di fikiran patik betapa kuat dan tabahnya Tuanku.Di saat anankanda Tuanku yang tercinta,Tunku Abdul Jalil berjuang melawan penyakit baginda, Tuanku masih tetap tabah.

   Patik faham sebagai seorang ayahanda, Tuanku tentu risaukan kesihatan anakanda Tuanku.Kami, seluruh rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim, juga risaukan baginda.Namun, bak kata orang tua, berat mata kami memandang, berat lagi bahu Tuanku, sebagai seorang ayahanda untuk memikul.Teruslah tabah Tuanku.Kami tanpa pernah gagal, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anakanda Tuanku, Tunku Abdul Jalil kerana kami juga sayangkan baginda.

   Ampunkan patik Tuanku.Sekali lagi, patik tegaskan, patik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anakanda Tuanku,Tunku Abd.Jalil.Semoga Allah memberikan rahmatNya buat insan sebaik Tunku Abdul Jalil.Benar, Tuanku.Kami tak mengenal anakanda Tuanku, Tunku Abdul Jalil secara peribadi, namun seluruh keluarga Tuanku sentiasa dekat di hati kami.Kami sayangkan Tuanku dan keluarga.Maka, doa kami sentiasa untuk Tuanku dan keluarga.

   Sekali lagi patik berdatang sembah.Ampun Tuanku, Sultan yang kami sayangi dan hormati.Biar bagaimana kerisauan yang Tuanku tanggung, sentiasalah menjaga kesihatan Tuanku.Kami tak mahu melihat Tuanku gering.Kami belum puas bersultankan Tuanku yang berjiwa rakyat.Teruslah menjadi sultan kami,Tuanku.Patik percaya seluruh rakyat jelata sayangkan Tuanku.Kami tak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Tuaku,sultan kami yang tersayang.

   Akhir kata dari patik yang hina, patik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku, Sultan kami, Tuanku Raja Zarith Sofia Sultanah kami, Tunku Ismail, Tengku Mahkota kami, Tunku Aminah, puteri kami, Tunku Abd Jalil putera kami, dan putera-putera kesayangan Tuanku yang lain.Biarlah apa tohmahan mereka di luar sana, Tuanku dan keluarga tetap dalam doa kami.Buat Tunku Abd Jalil, patik berdoa sesungguh hati, berikanlah kesembuhan.Hilangkanlah kerisauan.Berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat.Patik sayang Tuanku sekeluarga.Ampun Tuanku.



Izinkan patik lampirkan wajah Tuanku Sultan kesayangan yang patik pinjam dari SINI.


ANAKANDA-ANAKANDA SULTAN JOHOR

Ya Allah selamatkanlah TUNKU ABD JALIL.
Sembuhkanlah baginda dari penyakit yang ditanggung.

1 comments:

merani@facebook.com said...

semoga Allah merahmati kluarga payung negeri Johor ini..

Post a Comment