Wednesday, December 30, 2015

Cantiknya si Mira Filzah

   Dah tamat pun cerita AKULAH BALQIS petang semalam.Sebenarnya aku kurang minat menonton drama Melayu.Maaf, bukan nak rendahkan drama Melayu tapi memang aku kurang minat.AKULAH BALQIS ni pun aku ikuti dari siri pertama kerana barisan pelakonnya yang hebat.Terutama si PUTERI BALQIS AZIZI.Tambah lagi dengan Aeril Zafril, Nabila Huda, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Si Ju tu sama entah nama dia, yang aku label sebagai pelakon gred A.

   Bila tamat siri AKULAH BALQIS, cuba juga menonton cerita yang baru, CINTA SI WEDDING PLANNER  tapi nampaknya siri pertama tak berjaya mengikat minat aku.Tak pelah.Ramai lagi peminat drama Melayu yang menonton.Bagi yang mula lekat di depan TV untuk menonton CINTA SI WEDDING PLANNER ni, jangan sampai lupa kewajipan yang utama.Ala yang 3 rakaat tu.Tentu lepas ni makin popular si cantik manis MIRA FILZAH.

Gambar Cun Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Gambar MIRA FILZAH di blog HASRUL HASSAN.
Hui!!Memang cantik anak dara ni.

Monday, December 28, 2015

Kenali itik tak bertelur tapi tak mandul

   Banyak-banyak itik, itik apa yang tak boleh bertelur? Zaman aku kecik-kecik dulu, pernah makan itik ni tapi dah berzaman tak jumpa.Pagi ni, alhamdulillah... dapat merasa kembali itik datang dari zaman kanak-kanak.Jumpa bukan di pasar atau di supermarket, tapi jumpa di bilik mesyuarat. Itik khas datang dari Kelantan.Oklah... Sekejap je lagi mesyuarat akan bermula.Kalau semalam, tamat pada jam 2 petang, hari ni mesyuarat tamat pada jam 4.30 petang.Jadi kena sedia mental dan fizikal.Sementara tu, meh aku tunjukkan gambar itik yang tak bertelur tu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Image result for ubi itik
Gambar Google ye.

Tada!!!!
Inilah itik yang tak  bertelur tapi tak mandul tau..Itik ubi yang bernama UBI ITIK




Sunday, December 27, 2015

Kenapa air mata masin


   Ramai yang tahu yang air mata rasanya masin.Tetapi kenapa rasa masin?Adakah ia serupa dengan peluh?Kenapa mata tak pedih sedangkan kalau termasuk air garam atau air laut mesti pedih.Ha... Kena cari maklumat ni.Tapi untuk sementara, kita kongsi apa BILLY tentang kenapa air mata rasanya masin.

   Air mata berasa masin kerana memang kandungannya yang meliputi leusinenkefalin, adrenokortikotropik, dan prolaktin serta beberapa elektrolit, protein pengikat lemak dan Imunoglobulin A yang keseluruhannya menghasilkan rasa masin.

Di mana fungsi utama dari keseluruhannya ialah menjaga kondisi mata agar tetap stabil. Protein pengikat lemak itu sendiri membuat lapisan terluar yang terdiri dari lapisan lemak yang fungsinya melindungi kelembaban mata supaya tetap stabil.

   Tiba-tiba air mata termasuk mulut.Alamak!Tawarnya!Kenapa tak masin?Adakah kerana disebabkan oleh tangisan tanpa emosi?Menarik juga untuk dikaji.Dan kenapa bila air mata nak keluar, rasa sakit sangat di mata seolah-olah nak terkeluar biji mata?Kena google juga cari jawapannya.



Image result for kenapa air mata masin

What Mary says....

Do not stand at my grave and weep.
I am not there, I do not sleep.
I am a thousand winds that blow.
I am the diamond glints on snow.
I am the sunlight on the ripened grain.
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the morning hush,
I am the swift, uplifting rush
of quiet birds in circled flight.
I am the soft stars that shine at night.
Do not stand at my grave and cry;
I am not there, I did not die.
.... Mary Elizabeth Frye 1932

My Baby

   Mata tak boleh lena.Tiba-tiba teringin pulak menonton program My Baby.Bukan program Bahasa Inggeris tapi, Korea.Menarik rupanya program ni.Dengan macam-macam keletah anak-anak bermain sambil belajar.Rasanya kalau dibuat versi Malaysia tentu menarik.Teringin juga nak tengok keletah anak-anak selebriti Malaysia contohnya anak Che Ta, anak Scha, anak Aeril Zafril dan ramai lagilah... 

Image result for my baby korean show

Pipi tembam macam pau.

Tolong jangan ganggu

   Hari ini,27 Disember 2015, bermulalah tugas untuk tahun 2016.Seperti biasa, tugas dimulakan dengan mesyuarat.Bukan satu, tapi macam-macam sesyuarat.Kemudian diikuti dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1 hingga 5.Aku mesti sediakan mental dan fizikal yang kuat kerana aku ingin menjadi sepohon durian yang gagah bukan pokok taugeh yang lemah!Kau ganggulah aku.Takkan ku endah!Daripada susah hati fikirkan masalah yang tak sudah, baik aku cari alat-alat tulis yang bersepah!Tahun ni, aku berazam untuk berjimat-cermat jadi aku gunakan apa yang ada.Kalau kotor, aku basuh.Ahamdulillah...



Tiga beg penting dah siap basuh.

p/s:Jangan ganggu aku.Kalau tidak, aku cucuk mata tu dengan pen bagi potek!

   

Friday, December 25, 2015

Ranking 6!Fu yoo!

   Dah dekat setahun blog aku ni terbiar.Bila dah boleh blogging balik, rasa takut-takut pulak nak update apa-apa di layout.Teringin tukar header, tukar itu, tukar ini.Tapi risau tersilap edit code.Habis ke laut nanti jadinya.Jadi, untuk sementara waktu, aku tukar header dan apa yang patut je lah dulu.Sambil tu, aku tekan Alexa ranking.Maklumlah masa aktif gila-gila dulu, tiap masa nak check ranking.Jadi aku checklah juga.Hasilnya?Seperti di bawah...


   Nampak tak ranking tu? No 6 dalam Malaysia!Hahaha!Tapi berangan je lah.Dah sah follower pun makin kurang.Nafas pun sekejap ok sekejap semput.Mustahil ranking 6.Kalau 6000, mungkinlah.. Hihihi....

Cantiknya Nabila Huda bernikah ...

   Alhamdulillah... Di penghujung tahun 2015 ni, NABILA HUDA SUHAIMI akhirnya bertemu jodoh untuk kali ke dua setelah 4 tahun sendiri.Aku baca di LULU CALDINA,Nabila atau Abil selamat bernikah dengan seorang pengusaha restoran bernama Mohd Izwan Johar ,pada hari Jumaat(hari ni ke@25 Disember 2015) jam 9.20 pagi di Masjid Sultan Sallehuddin Aziz Shah.Syukursangat-sangat lebih-lebih lagi bila melihat pakaian nikah Abil yang simple tapi cantik dan menutup aurat.

   Abil dinikahkan sendiri oleh ayahnya iaitu Suhaimi Abd Rahman atau Amy Search dengan mas kahwin berjumlah RM300.Aku sangat kagum dengan bakat lakonan Abil.Terkini siri AKULAH BALQIS yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis.Mudah-mudahan, dengan perkahwinan kedua ini, Abil hidup berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Tahniah Abil.


image1

Abil yang cantik berbaju nikah.Malahan tanpa secalit make up pun Abil  memang cantik.

Petua sembuhkan migrain...

   Bila BEN ASHAARI sebut tentang migrain, aku teringat pengalaman aku sendiri...Berperang dengan migrain sejak di tingkatan 5.Bila migrain menyerang, oleh kerana sakit tak tertanggung, aku pernah hantuk kepala di dinding.Nasib baik tak mengong!Err... nasib baik mengong sikit je!Hihihi!Sampailah aku ke Maktab Perguruan Ilmu Khas (Sekarang Institut Perguruan Ilmu Khas), aku menderita kerana migrain.Bila jumpa doktor, doktor beri nasihat untuk elakkan perkara yang boleh buatkan aku migrain.Antaranya tak boleh minum nescafe, kopi, teh, makan coklat, minum milo dan yang paling penting tak boleh stress!

   Aku cuba elakkan juga punca-punca migrain tu tapi ia menyerang juga.Tiap kali ia menyerang, aku telan pain killer.Tiap kali tu juga, aku rasa macam nak tercabut kepala aku berkungfu dengan migrain.Dengan kuasa Allah yang maha esa, suatu hari tu aku terfikir untuk telefon Mama Juwie ( Allahyarham Mama Juwie), seorang wartawan hiburan.Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba teringat nak minta nasihat Mama Juwie.Yang aku ingat masa tu, aku betul-betul dah habis ikhtiar nak menghalau migrain yang asyik menyerang.

   Alhamdulillah... sekali dail je, aku dapat bercakap dengan Mama Juwie.No tel tu aku dapat dari sebuah majalah tapi aku dah tak ingat dah majalah apa.Aku ceritakan semua masalah aku pada Mama Juwie.Subhanallah...Walau pun Mama Juwie tak kenal aku, dengan suaranya yang cukup lembut, beliau nasihatkan aku macam-macam.Mama Juwie beri aku petua supaya dapat aku nyahkan migrain yang tak malu asyik datang bertandang.Mama Juwie kata, itu cuma petua sebagai ikhtiar.Yang menyembuhkan adalah Allh s.w.t.Suara Mama Juwie yang lembut, bagai air mengalir di gurun aku rasakan...

   Mulai hari itu, aku pun amalkan petua yang diberikan.Alhamdulillah... setelah seminggu, ia mula menampakkan hasil.Hingga sekarang setelah lebih lima belas tahun peristiwa tu berlalu, aku dah jarang sangat berperang dengan migrain.Cuma kadang-kadang sakit kepala biasa kerana sering jadi burung hantu kerana aku jenis yang susah tidur malam.Hingga hari ini, aku terhutang budi kepada Allahyarham Mama Juwie kerana bukan sekadar petua menghambat migrain yang diberi tetapi petua untuk menjadi makhluk Allah yang sentiasa redha... Terima masih Mama Juwie dan doaku moga dirimu di bawah lindungan Allah yang maha esa di alam sana. Al Fatihah untuk Mama Juwie.

Image result for mama juwie

   Kepada yang ingin mencuba petua Mama Juwie,begini caranya... Setelah kita mandi bersih-bersih, dah hilang semua sabun atau segala kotoran di badan, kita duduk mencangkung dan rapatkan peha betul-betul.Jirus air yang betul-betul bersih di kepala dan bacalah selawat 3 kali dan niat untuk mohon sembuhkan migrain.Pastikan air jirusan terakhir yang bersih tu bertakung di peha.Kemudian guna tangan dan ambil air di peha tu dan minum sedikit.Buat 7 subuh berturut-turut sebelum solat subuh.Inshaallah.. dengan kuasaNya, migrain akan sembuh.

Nak jadi blogger sepenuh masa?

   Baru je menjenguk blogger terkenal Ben Ashaari. Ben menulis tentang berhenti kerja dan menjadi blogger sepenuh masa.Pada pendapat aku, ok je kalau kita betul-betul ada komitmen, ada ilmu untuk jadi blogger sepenuh masa dan sedia menanggung risiko.Maklumlah bukan mudah nak jadi blogger sepenuh masa untuk menampung hidup.Kalau setakat seribu sebulan, kena fikir beribu kalilah sebelum letak jawatan.Kalau gaji sbulan mencecah RM5k, tiba-tiba jadi blogger, cuma dapat RM2k, tentu susah nak survive.Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang serba-serbi mahal.Tapi kalau teringin juga nak jadi blogger sepenuh masa, silakanlah.... ( Asal ada duit back up 5,6 ribu dalam akaun untuk sara hidup sementara blog boleh beri hasil)

Thursday, December 24, 2015

Pernah jadi kawan syaitan...

   Hari ini Khamis, 24 Disember 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal,hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Tu intro je.Aku tak cukup ilmu untuk bercakap tentang maulidurrasul.Jadi aku cerita tentang apa yang aku rasa jelah.

   Lebih kurang seminggu je lagi, sesi persekolahan 2016 akan bermula.Bukan setakat budak-budak, cikgu budak-budak pun teruja nak mula sesi baru.Teruja nak tau, kelas apa yang akan diajar.Nak tau lengkap tentang jadual.Tugas-tugas lain aku dah tau kerana dah selesai cetak sendiri BUKU PENGURUSAN SEKOLAH.Boleh tahan berat juga tugas yang akan aku tanggung.Moga-moga aku boleh menjadi pokok duian yang tabah,kuat dan sihat walau pun tak minum susu cap Junjung!

   Sejak mula mengajar, setiap kali nak mula sesi persekolahan baru, aku mesti shopping barang-barang sekolah yang baru.Pen, pensil, pemadam, correction tape, sticker, sampul buku, bekas pensel, marker pen, duster, highlighter, beg dan macam-macam lagilah.Tapi, tahun ini aku berazam hanya akan beli barang-barang yang betul-betul tak de.Bukan apa, sebagai langkah berjimat cermat.Lagipun bila aku bongkar stor, rupa-rupanya berlambak barang-barang yang masih elok dan boleh digunakan.Malahan, ada yang masih dalam plastik!Rasa berdosa pulak jadi kawan syaitan sebab membazir.

   Oklah..Aku nak sambung siapkan  RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN @ RPT untuk subjek Bahasa Inggeris yang aku ajar.Selain tu, modul pun aku belum siapkan.Semua untuk ersediaan tahun depan supaya anak-anak didik aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan walau pun ibu bapa tak pernah ucapkan terima kasih pun.

Image result for alat tulis
Gambar Google

   Kalau dulu, inilah kerja aku sebelum mula sesi baru persekolahan.Shopping alat-alat tulis. Kepada ibu bapa yang baru je nak merasa pengalaman beli alat-alat tulis untuk anak yang baru masuk sekolah, aku nasihatkan, pandai-pandailah jimat.Bukan apa, semua nampak ok tapi fikir tentang perlu atau tidak.Kalau tak silap, tak lama lagi blogger sifu BEN ASHAARI, pun mula kena fikir pasal membeli alat tulis untuk Qhaliff yang makin bijak.



Wednesday, December 23, 2015

Mahalnya!!!

   Aku baru je balik dari kedai.Cari kertas A4 untuk kerja-kerja sebelum sesi persekolahan bermula.Biasanya aku jenis tak kisah.Ambik, bayar dan tak fikir tentang harga.Tetapi sejak akhir-akhir ini, dek kerana ramai sangat yang mengeluh harga barang naik, aku pun mula berkira.Bukan cerewet tapi aku pun nak jadi pengguna yang bijak.  Jadi, sebelum balik, aku tengok harga satu rim kertas A4 putih dengan berat setiap helai 80 gram, berjumlah 500 helai adalah RM15.90!Jangkaan otakku yang bendul mungkin anggaran RM12 je.Rupa-rupanya?Kertas A4 jenama Double A ni mungkin mahal kot?Bisik otakku.patutlah makin ramai orang yang merungut pasal harga mahal.Mmm..... Apa nak buat.Redha je lah sambil fikir untuk mula berjimat-cermat.


Image result for double a a4 paper price

Inilah jenisnya.Patutlah pihak sekolah minta print sendiri BUKU PENGURUSAN SEKOLAH. Seorang guru 150 mukasurat, kalau 200 orang guru?
MAHAI sungguh!!!!

Tuesday, December 22, 2015

Berendam macam badak!

   Selesai majlis merisik dan bertunang pada 10 Disember 2015, aku dan adik-beradikku serta keluarga masing-masing bertolak ke Port Dickson untuk bercuti.Saja plan getaway ramai-ramai setelah letih dengan macam-macam urusan sepanjang 2015.Anak-anak seronok bukan main.Selepas check in, masing-masing sibuk meninjau bilik-bilik.Wah!Mewah sungguh dengan bath tub dan jakuzi.Ruang rehat menonton TV pun luas dan selesa.Swimming pool pun bagai melambai-lambai!

   Aktiviti macam biasalah...Anak-anak dok berendam berjam-jam macam badak dalam swimming pool.Ops!Bapak-bapak budak pun.Manakala ibu-ibu sibuk di dapur menyediakan macam-macam menu hidangan.Yang seronoknya angah, adik emak dan anak serta menantu dan cucunya pun ikut sama.Selain berendam dalam kolam, aktiviti lain adalah memancing, mencari remis di pantai dan sembang-sembang.


   Sempat juga ke Blue Lagoon berhampiran... Kebetulan, ada shooting untuk video clip lagu mandarin di pantai depan banglo penginapan..Sempatlah sekodeng amoi cantik jadi heroin.Jalan tepi pantai dengan gown pendek dan bulu mata panjang 2 inci serta kasut tumit 4 inci. 


   Ibu-ibu sempat singgah shopping ikan dan bahan basah di pasar Port Dickson.Oh ya.Tak lupa juga beli jering pembuka selera.Cuti-cuti juga tapi makan kena betul.Kami beli ayam,ikan, sayur pucuk paku dan gelang.Gelang?Aah..Kakak aku beli gelang comel di pasar.Jadilah untuk kenang-kenangan.


   Malam tu kebetulan final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor.Apa lagi.Penuhlah ruang menonton TV.Walau pun JDT tak ke final, bersemangat juga masing-masing menyokong Kedah atau Selangor.Aku?Aku dok dalam bilik je layan whatsapp kawan-kawan dan anak-anak murid yang sibuk tanya macam-macam.Ye..Pm dari parents juga terpaksa aku layan.Tak pe lah...


   Setelah 3 hari 2 malam, kami pun berangkat balik ke Pasir Gudang.Sebelum tu sempat singgah di pantai Teluk Kemang.Cadang nak singgah sekejap je tapi makan jam jugalah.Oklah... Dapat makan cendol RM2 dan coconut shake yang lazat.Wah!Ramai sungguh orang.Tak macam sepuluh tahun dulu.Kuda pun dah makin cantik.Kemudian kami pun bertolak balik.Cabaran sungguh kerana hujan lebat sepanjang perjalanan hingga ke Pasir Gudang.Walau bagaimanapun, alhamdulillah.... kami selamat tiba.Tahun depan, bolehlah plan ke tempat lain pulak.



   

   

Buku Pengurusan Sekolah 2016 dan durian

   Alhamdulillah...Setelah hampir tiga jam aku bertemankan CIK LENOVO aku yang mula berkhidmat pada tahun 2010, aku berjaya mencetak lebih kurang 150 helai BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2016.I feel impressed!Bukan semata-mata jumlah helaiannya yang banyak, tetapi juga kerana kualiti dan cukup lengkap.Tahniah kepada AJK yang terlibat.Pendek kata dari A hingga Z, aku boleh rujuk BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2016 ini untuk memudahkan tugas sepanjang tahun 2016.

   Dengan kata lain, buku berkenaan menghidupkan semula semangat aku untuk berbakti pada anak bangsa di tahun hadapan.Kalau tak, rasa macam nak pencen je.Oh ya!Bagi bukan warga pendidik, ingin aku jelaskan bahawa BUKU PENGURUSAN SEKOLAH adalah buku wajib setiap awal tahun.Kalau dulu, ia akan diedarkan di hari pertama mesyuarat guru yang biasanya dibuat selepas Krismas.Tetapi mulai dua tahun lepas, kami boleh mencetak buku tersebut melalui email. Kami para guru memang tertunggu-tunggu kemunculan buku berkenaan untuk mengetahui tugas-tugas yang akan dipertanggung jawabkan.Surprise gitu!

   Untuk tahun 2016, nampaknya berat juga tugas terpikul di bahuku.Enam tugas utama yang merangkumi setiap bidang.Tugas-tugas kecil, aku tak sempat kira lagi.Aku terima seadanya dengan azam untuk menjadi lebih baik baik dari tahun-tahun sudah.Andai 2013,2014 dan 2015 aku umpama taugeh, tahun hadapan aku ingin menjadi pokok durian yang tak mudah rebah ditiup angin.Walau pun sukar mengeluarkan  buah yang penuh duri, akhirnya berjaya menghasilkan durian yang aduhai.... lemak berkrim harum serantau!Biarpun usia mungkin tak sampai setahun, selagi hayat dikandung badan, aku tetap berazam untuk menghasilkan durian!Doakan aku ye!

   Berbalik kepada BUKU PENGURUSAN SEKOLAH yang aku katakan tadi, aku rasa bersyukur kerana CIK LENOVO aku masih mampu berkhidmat.Harapkan yang baru... mmmm..... asyik mogok je.Kepada teman-teman setugas yang pm minta aku tolong fotostat, aku susun sepuluh jari kerana tak mampu aku tunaikan kerana alasan tertentu.Print sendiri tau dan rasakan pengalaman bangun duduk bangun duduk lebih sepuluh kali untuk melengkapkan segala isi BUKU PENGURUSAN SEKOLAH yang diemailkan.Lagipun, kalau asyik bergantung pada orang lain, macam mana nak mahir IT?Kan?Ok...aku undur diri dulu untuk semak dan susun helaian yang aku dah cetak.Esok boleh hantar untuk binding.


Image result for durian

Oh durian!Nak jadi macam pokok durian. Tak mudah tumbang ditiup angin.

   

Selamat bertunang

   Yes!Setelah lama tak bersiaran, aku kembali lagi.Untuk entry kali ini, aku nak kongsi pengalaman pergi meminang dan bercuti dengan family; kakak-kakak dan adik-adik bersama anak-anak saudara dan pakcikku, adik angah dan sepupuku.Ramai kan?Alhamdulillah.... Aku tiga beradik bertolak dari Johor pada hari Khamis, 10 Disember jam 8 pagi dan tiba di Shah Alam lebih kurang pukul 1 tengah hari.

   Aku cuak juga kerana itulah kali pertama anak dara aku memandu solo untuk jarak yang jauh.Main guna waze dan whatsapp jarak jauh dengan adik aku di Shah Alam untuk tunjuk arah.Yang seronoknya guna walkie talkie sepanjang perjalanan.Cuaca cerah sampailah di Shah Alam. Lebih kurang 3 petang angah, adik mak sampai dari Kluang bersama anak,menantu dan cucu.Makin meriahlah rumah adik aku,Mimi.Petang tu juga buat dua biji kek karot.Sebiji untuk santapan adik beradik dan sebiji lagi untuk hantaran pertunangan anak saudara malam itu.

   Lebih kurang jam 8 malam, kami memulakan langkah untuk meminang.Jarak tak jauh antara Shah Alam dan Klang.Calon mempelai perempuan berasal dari Klang tetapi menetap di Sabah bersama kakak.Malam itu, kami disambut oleh orang-orang Sabah, ibu dan bapa abang ipar bakal mempelai perempuan, yang kebetulan sedang bercuti di semenanjung.Alhamdulillah, adik aku, Mimi dapat menyampaikan hajat kakak sulung kami untuk bermenantukan orang Sabah.Selesai majlis, kami dijamu nasi dengan lauk-lauk Sabah.Selepas sesi bergambar untuk kenang-kenangan, kami pun beredar pulang dengan hati berbunga-bunga.Maklum...esok kami akan bercuti anak-beranak...




   




Alhamdulillah... Selamat bertunang ye...Afif dan Nurjannah.

Friday, November 13, 2015

Haluih macam semut!

   Syukur alhamdulillah... Dengan limpah dan kurniaNya aku dapat menyiapkan kerja wajib seorang guru tepat pada masanya.Dengan kata lain, aku berjaya menyiapkan proses bermula dari menyemak kertas periksa hinggalah key in dalam sistem yang disediakan @ SAPS ATAU SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH. Bukan tiga kelas tapi tujuh kelas!Kenapa tujuh kelas?Jawapannya kerana aku mengajar tujuh kelas.Walau pun orang lain cuma 5 kelas, aku ok je.Cuma masa nak menyemak kertas periksa ni lah teruk sikit.Terpaksa korbankan waktu tidur!

   Cuma aku nak membebel sikit sebab anak-anak murid aku ni...dah berbuih mulut beritahu... Kalau menulis tu, biarlah senonoh.Biarlah mudah aku nak baca.Dahlah mata aku memang potek!Sakit kepala tengok tulisan adik beradik dengan semut!Agaknya semut pun tak mengaku adik-beradik sebab haluih sangat!Agas pun gelak kalau tengok.Ada tu pulak, dahlah haluih, punyalah berseni sampai a dengan d pun jadi serupa.Kang aku tegur banyak kali kang kata aku tak sporting.Tak tegur karang, makin teruk jadinya!Dahlah tu.Tulis esei dari perkataan pertama sampai perkataan terakhir semuaaaaaaa huruf besar!

   Selain tulisan haluih ya ampun.... tulisan yang melampau besar pun ada.Dah macam petai ditepek ke kertas!Memang senang nak baca, tapi agak-agaklah nak oi!Kalau satu huruf dah besar kuku, terkejut mata teacher nak baca.Terus koma tak boleh tidur!Mmmmm....Yang mana tulisan kembar cacing kerawit, mula sesi persekolahan tahun depan, teacher dah plan nak hantar pergi kelas khas.Kelas khas untuk menulis je.Selagi tulisan tu serupa dengan cacing kerawit, selagi itulah kena tahan dalam kelas tu.Mentang-mentanglah zaman sekarang dah tak guna surat, main hentam je bila menulis.Ala... Dah mengantuk..... sehari suntuk tak tidur dok kejarkan deadline.Nka tidur dululah ye ..... 


Yang menjawab lain dari yang lain pun ada.

Tuesday, October 27, 2015

Grrrr!!!!

   Bila online di rmah, ok je.Blogging ke, FB ke atau cari lain-lain maklumat di hujung jari.Tapi, bila perlu online untuk tugas rasmi, macam-macam masalah yang timbul.Menyampah!Dahlah deadline paras hidung baru beritahu untuk buat!Hampeh betul!!
Kerja bertimbun-timbun sampai nak melayan diri sendiri pun tak sempat.Grrr!!!


Grrrr!

Wednesday, October 21, 2015

Jamu Susuk Dara Cik Fiyya

   Hari ni Cik Fiyya nak buat promosi istimewa.JJAMU SUSUK DARA.Jamu awet muda.Cuba sekali mesti nak lagi.Biasanya rasa jamu mmm.... susah nak telan,Tapi yang Cik Fiyya nak promote ni garenti lazat.Lemak lagi berkrim.Harga pun mampu milik.Cik Fiyya dah makan banyak kali.Memang puas hati.Hasilnya?Tengoklah sendiri.Betawa awet mudanya Cik Fiyya.Cubalah!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   
Cik Fiyya dan jamu awet muda.
Awet muda kan?

Ustazah pesan...

      Assalamualaikum semua.Hari ni ustazah nak nasihat sikit kepada sesiapa yang berkenaan.Ustazah paling tak berkenan perangai tak menghormati orang tua.Tak kiralah orang tu tua sikit je ke atau tua banyak.Sebagai orang muda kita mestilah hormat orang tua.Contoh paling mudah, ustazah selalu nampak budak-budak yang baru nak hidup, lalu depan orang tua buat donno je!Tundukkan kepala sikit pun tidak!Malahan berlari dashhhhh macam spiderman nak tangkap orang jahat!Tolonglah ye.Hormatlah sikit kepada orang tua.Tak sedap sungguh mata ustazah melihat.Kucing pun tak kan lalu depan orang tua dengan cara yag kurang sopan.Tak percaya?Tanyalah kucing!Itu jelah nasihat ustazah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jangan lupa pesanan ustazah ye!
Pst... Abaikan jerawat di dahi ustazah tu ye.

Sunday, October 18, 2015

Guru Grumpy Cat.

   Hari ini, seorang guru muda  mengadu padaku.Homework yang hanya memerlukan sejam untuk siap, hanya disiapkan oleh 3 orang daripada hampir 30 orang murid.Sedangkan masa diberi bukan sehari, tetapi seminggu!Aku dapat rasakan kekecewaan di wajahnya.Andai kata kelas yang berkenaan kelas pelajar harapan, kami sebagai guru, tidaklah kecewa sangat.Namun kelas yang dimaksudkan adalah kelas elit.KONONNYA! 

   Bila dimarah, pelajar merajuk.Ibu bapa mengamuk!Meskipun bukan semua dan melibatkan kes-kes terpencil, kami para guru, sangat berhati-hati untuk tidak menyentuh pelajar.Aku teringat semasa mengajar di sekolah rendah 15 tahun dulu.Denda jalan itik, ketuk ketampi, pakai manila kad dan macam-macam lagi denda masih lagi boleh dibuat.Tiada seorang  pun pelajar yang pengsan apatah lagi cacat atau mati.Malahan pelajar-pelajar sangat mengambil berat untuk menyiapkan kerja sekolah.Adakah guru zaman dahulu zalim?

   Betul bahawa guru perlu mendidik dengan kasih sayang.Namun, takkanlah menjentik sedikit pun menjadi kesalahan?Sentuh sedikit guru disaman?Akhirnya jadilah guru yang mengajar tanpa jiwa.Mengajar semata-mata bukan mendidik.Untuk mendidik, sesekali, perlu juga dijentik.Jika tidak, jadilah generasi pelajar masa kini,generasi yang bertindak mengikut sesuka hati kerana tiada apa yang perlu disegani apatah lagi ditakuti.Kucing mengajar anak pun sesekali anak tu ditamparnya!


Muka bengang guru bila pelajar tak buat homework walaupun masa yang diberi panjang.
Macam Grumpy Cat ni kot.


Image result for cat

Muka selamba pelajar tak buat homework tapi ada hati minta guru buat kelas tambahan.



   

Thursday, October 1, 2015

No date you die!


   Cerita hari ni pasal geram.Aku geram dengan anak-anak murid aku yang buat dek je bila aku suruh tulis haribulan.Geram tau!Aku pantang tengok muka surat tak de haribulan.Ibarat muka tak de kening!Hodoh kan?Dah la hodoh, mengerikan pulak.Penat aku cakap, no date you die tapi budak-budak bertuah ni pakat sengih je.Mentang-mentanglah aku tak pandai nak marah!Aku marah pun dikatanya aku senyum!Hish!Tapi, salah aku sendirilah.Sebab manjakan budak-budak ni sangat.Apa nak buat.Allah dah jadikan aku seorang yang sangat susah untuk marah dan penuh dengan kasih sayang.Hingga melimpah ruah!Cewah!!!


Wednesday, September 30, 2015

Cukup sudah...

Cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baikku pergi saja...

   Ok.Itu rangkap pengenalan yang aku petik dari sebuah lagu tanah seberang.Tak ingat siapa penyanyi atau tajuk lagunya.Tapi bait-bait kata tersebut sangat sesuai untuk seorang 'aku'.Buat masa ini.Ye.Cukup sudah.Sampai di sini.Sampai tahun ini saja.Aku tak sanggup lagi menjadi tempat orang melepas geram atau perasaan.Aku pun pandai geram dan ada perasaan.Daripada hari-hari makan hati berulam jantung, baik aku angkat kaki.Jangan salahkan diriku andai aku tak setia kerana kesetiaanku selama ini hanya layak menjadi alas bungkus nasi lemak.Mentang-mentang aku lembik, bendul, sesuka hati je buat aku macam bola.Enough is enough.Aku sabar orangnya.Ye...Berpuluh tahun aku sabar.Namun bila kesabaranku hilang, jangan salahkan aku andai aku tak menoleh ke belakang kembali.Apa pun, terima kasih kerana mengajarku erti derita dan sengsara.Terima kasih kerana mengajarku menjadi sepohon balak yang tegak berdiri dan bukan sebatang (?) pokok taugeh yang lembik dan mudah dipijak-pijak.



Gambar ambil di FB.Sesuai pulak.

Wednesday, September 9, 2015

Macam-macamlah....

   Dah lama tak aktif blogging rasa macam kekok pulak.Tambah lagi dengan menggunakan Encik Lenovo baru yang aku beli dah hampir setahun tapi baru malam ni aku guna untuk update blog.Bukan Encik Lenovo ni yang tak bagus tapi aku.Rasa kekok guna gajet main sentuh-sentuh ni.Almaklumlah... aku blogger anchovy yang dah tak kuat berenang...Hihihi... Walau macam mana pun, alhamdulillah, tanoa dirancang, aku ada hati untuk mula menggunakan Encik Lenovo aku ni.

   Oh ya.Isu paling membekas dalam hati aku sekarang ni adalah 10 - 0.Ala... hal bola la.Aku pun terkeduk tertelan biji buah mata kucing bila tahu keputusan perlawanan antara Malaysia dan UAE begitu punya teruk!Hingga digelar permainan sarkas!Malam ni pulak, isu berasap-asap di stadium.Walau pun keputusan kekalahan malam ini normal iaitu cuma 1-2,tapi kemarahan yang tak dapat dibendung terhadap FAM menyebabkan sebahagian insan normal jadi tak normal.Maka timbullah kata-kata pandai tapi tak matang.Ala.... Tak reti pulak aku nak ulas.

   Selain daripada itu, baru-baru ni agak panas juga dengan isu anjing kencing dalam troli di Tesco Plentong.Tesco Extra la tu kot.Maka ramailah yang secara sukarela memberikan pendapat pro and con.Tapi yang ramainya yang  marahlah.Maklumlah anjing tu najis mughalazah.Najis berat.Maka perlulah troli yang entah berapa ratus jumlahnya tu disamak.Syukur ada pihak yang secara sukarela nak berbuat kebajikan.Aku tak anti anjing.Aku tak anti orang cina.Tapi agak-agaklah kalau nak bawak anjing gi shopping.Kalau gi taman bunga ke, gi zoo ke, ha... silakan.Oklah.Cukup sampai di sini catatan untuk saat ini.


Biarkan aku begini...

   Ada yang bertanya... Mengapa blog aku tidak diisi dengan ilmu-ilmu pendidikan yang menjadi kepakaranku.Jawapanku mudah...kerana aku belum cukup pakar untuk berkongsi.Bimbang jka ada ilmu sesat yang aku ajar.Dengan kata lain, aku tak yakin.Biarlah pengisian blog ku ini lebih santai sekadar berkongsi rasa suka duka seorang pendidik.

    Sehingga saat aku menulis ini, aku telah berkhidmat selama 19 tahun.Ya...aku bukan muda lagi.Andai aku seorang yang mengejar kedudukan dan pangkat, mungkin saat ini, tempatku bukan lagi di kerusi guru biasa.Aku pernah cuba menjadi Ketua Panitia, membimbing 14 guru di bawahku.Namun, itu bukan jiwaku.Aku tak suka memimpin.Aku lebih suka menjadi guru biasa yang lebih banyak berurusan dan fokus pada anak-anak didikku.

   Demi kepuasan sebagai seorang pendidik, biarlah aku hanya menjadi guru biasa.Aku puas dapat membantu anak-anak didikku bukan setakat dalam pelajaran tetapi juga dalam kehidupan.Alhamdulillah....






Wajah-wajah penghibur hatiku

Tuesday, September 1, 2015

Lipas vs ular

 Aku tak takut lipas.Cuma geli je sebab lipas selalunya kotor.Kalau lipas lalu depan mata pun aku ok je.Tak delah terjerit-jerit.Tapi aku geli yang amat sangat dengan makhluk seperti ular.Tak kiralah besar atau kecik.Termasuklah ulat dan cacing.Juga lintah, pacat, beronok atau teripang.Eeeiii.... Tak sanggup aku bayang benda tu lalu depan mata.Sampaikan tali pinggang pun aku terbayang jadi ular!Jadi, jangan haraplah aku nak posing macam anak dara dalam  gambar tu..





Eeeiii....Tak sanggup! Nak ambik gambar pun terpaksa jauh-jauh!

Ironinya, anak dara ni takut sangat dengan lipas.Jangankan nampak lipas, sebut LIPAS pun dia dah geli geleman.

  

Monday, August 31, 2015

Siput sedut dan cara bersihkan

   Hari ni aku nak cerita pasal siput.Siput bukan sebarang siput.Aku nak cerita pasal siput sedut.Tak sangka setelah hampir setengah abad aku hidup, aku tak tau yang sebenarnya ada dua jenis siput sedut.Siput pertama digelar siput serai.Yang ni banyak dijual di pasar-pasar basah sekitar Johor.Kalau dulu semasa aku masih lagi memasak untuk keluarga, harga sekilo baru RM6.Tapi baru-baru ni, sekilo siput serai harganya mencecah RM11.Aduhai!Makan kuih siput je lah kalau dah mahal sangat!


Image result for kuih siput
Ni ha kuih siput.
(Gambar Google punya)

   Siput sedut yang dipanggil siput serai ni saiznya tak berapa besar.Warnanya lebih kehitaman dan kulitnya lebih nipis berbanding siput sedut yang satu lagi.Kadang aku tengok pekerja di kedai-kedai makan, guna player je nak buang bahagian hujung siput.Sekali sepit je dah tertanggal cengkerang belah hujung tu sebab kulitnya tak berapa tebal.Tetapi,jenis yang satu lagi, yang dipanggil siput mata merah, saiznya lebih besar dengan warna agak kelabu.Cengkerangnya memang keras.Kalau nak sepit dengan player alamat sampai esok tak siap masak. Jadi, kenalah guna belakang parang untuk ketuk bahagian yang patut dibuang.

Siput serai ( yang kecik) dan siput mata merah dilihat dari atas

Yang ni pulak bahagian depan.Perhatikan saiznya.Yang kecik siput serai, 
yang besar siput mata merah

   Bagaimana cara nak masak siput sedut?Mudahnya.Sebelum dimasak, kenalah bersihkan dulu.Caranya,masukkan dalam besen dan isi.Sebelum tu, kalau ada pelepah pisang, boleh guna pelepah pisang untuk digaul-gaul dengan siput.Tujuannya adalah untuk lebih mudah membersihkan siput.Untuk kerang pun boleh.Tapi kalau tak de pelepah pisang, guna tangan je lah.Gaul-gaulkan siput dua tiga kali.Kemudian buang airnya.Buat lagi sampai siput bersih.Kalau takut kuku rosak, gunakan sarung tangan sebab biasanya kuku boleh calar.

   Selepas siput bersih, toskan.Guna player untuk ketip dan buang 2 atau 3 lapisan cengkerang (dikira dari hujung).Tapi untuk siput serai je.Untuk siput mata merah yang lebih besar dan cengkerangnya lebih keras, gunakan belakang lesung batu dan ketuk dengan belakang parang.Buang 2 atau 3 lapisan cengkerangnya dikira dari hujung.Selepas siap, basuh lagi dengan cara yang sama untuk hilangkan sisa-sisa cengkerang yang pecah.Kemudian toskan.Kemudian, bolehlah dimasak ikut selera.

   





SKT - Suka-suka je Sekat Talian!

   Alahai!Nak salahkan orang lain tak boleh.Sebab salah aku sendiri.Kenapa last minute baru nak send?Aduhai!Susah juga jadi orang cerewet ni.Memang aku cerewet.Apa-apa hal, aku mesti nak sempurna.Tak dapat 100%,dapat 99.9% jadilah.Hihihi...Itu kelemahan aku.Jadi, bila aku tak dapat nak send SKT aka SASARAN KERJA TAHUNAN secara online yang tarikh akhirnya hari ini, 31 Ogos, aku terpaksa salahkan diri sendiri.

  Sejujurnya, aku dah siap benda alah SKT yang wajib dihantar sebagai seorang guru ni minggu lepas lagi.Tapi, aku tak nak send dulu sebab aku nak buat penambahbaikan.Aku nak yang cemerlang.Aku tak nak sekadar tangkap muat.Jadi, aku plan nak semak balik dan send malam semalam.Tapi, Allah tentukan yang aku tak boleh nak online kerana masalah tertentu.Plan balik nak send malam tadi, tapi aku betul-betul tak sihat.Nak bangun pun tak mampu.Jadi, aku tangguh lagi dengan harapan boleh send hari ni.Tapi nampaknya setakat jam 4.30 petang ni, hampeh... Nak log in pun ngak bisa.Aduh!!Sabar je lah.

   Nampak gayanya, aku kena isi masa dengan blogging dulu.Tak baik buang masa, kan?Dahlah badan masih tak sihat.Demam tak baik lagi.Dari semalam aku demam dan muntah-muntah.Nak siapkan kerja sekolah ada je halangannya.Nak buat lesson plan, lesson plan dah siap.Nampak gayanya, kalau sampai esok masih tak boleh send SASARAN KERJA TAHUNAN aku tu, terpaksalah aku buat muka benyek bila nama naik.Bukan salah aku 100%. Hihihi.... 


Image result for hrmis

Ha... Kat sinilah aku kena masuk untuk send.

Merdeka!

   Hari ini 31 Ogos 2015.Hari ini Hari Kebangsaan.Hari ini hari merdeka.Bagi aku, tahun ini memang aku merdeka.Merdeka dari segala belenggu yang menjadikan aku manusia dungu tanpa punya rasa atau cita-cita.Umpama kain buruk terlepek di hujung dapur.Hari ini aku merdeka.Merdeka dalam erti kata sebenar.Alhamdulillah... Mudah-mudahan, akan terus ada pelangi mengatur langkahku ke arah erti merdeka sebenar....

Image result for merdeka
Gambar Google