Monday, August 31, 2015

Siput sedut dan cara bersihkan

   Hari ni aku nak cerita pasal siput.Siput bukan sebarang siput.Aku nak cerita pasal siput sedut.Tak sangka setelah hampir setengah abad aku hidup, aku tak tau yang sebenarnya ada dua jenis siput sedut.Siput pertama digelar siput serai.Yang ni banyak dijual di pasar-pasar basah sekitar Johor.Kalau dulu semasa aku masih lagi memasak untuk keluarga, harga sekilo baru RM6.Tapi baru-baru ni, sekilo siput serai harganya mencecah RM11.Aduhai!Makan kuih siput je lah kalau dah mahal sangat!


Image result for kuih siput
Ni ha kuih siput.
(Gambar Google punya)

   Siput sedut yang dipanggil siput serai ni saiznya tak berapa besar.Warnanya lebih kehitaman dan kulitnya lebih nipis berbanding siput sedut yang satu lagi.Kadang aku tengok pekerja di kedai-kedai makan, guna player je nak buang bahagian hujung siput.Sekali sepit je dah tertanggal cengkerang belah hujung tu sebab kulitnya tak berapa tebal.Tetapi,jenis yang satu lagi, yang dipanggil siput mata merah, saiznya lebih besar dengan warna agak kelabu.Cengkerangnya memang keras.Kalau nak sepit dengan player alamat sampai esok tak siap masak. Jadi, kenalah guna belakang parang untuk ketuk bahagian yang patut dibuang.

Siput serai ( yang kecik) dan siput mata merah dilihat dari atas

Yang ni pulak bahagian depan.Perhatikan saiznya.Yang kecik siput serai, 
yang besar siput mata merah

   Bagaimana cara nak masak siput sedut?Mudahnya.Sebelum dimasak, kenalah bersihkan dulu.Caranya,masukkan dalam besen dan isi.Sebelum tu, kalau ada pelepah pisang, boleh guna pelepah pisang untuk digaul-gaul dengan siput.Tujuannya adalah untuk lebih mudah membersihkan siput.Untuk kerang pun boleh.Tapi kalau tak de pelepah pisang, guna tangan je lah.Gaul-gaulkan siput dua tiga kali.Kemudian buang airnya.Buat lagi sampai siput bersih.Kalau takut kuku rosak, gunakan sarung tangan sebab biasanya kuku boleh calar.

   Selepas siput bersih, toskan.Guna player untuk ketip dan buang 2 atau 3 lapisan cengkerang (dikira dari hujung).Tapi untuk siput serai je.Untuk siput mata merah yang lebih besar dan cengkerangnya lebih keras, gunakan belakang lesung batu dan ketuk dengan belakang parang.Buang 2 atau 3 lapisan cengkerangnya dikira dari hujung.Selepas siap, basuh lagi dengan cara yang sama untuk hilangkan sisa-sisa cengkerang yang pecah.Kemudian toskan.Kemudian, bolehlah dimasak ikut selera.

   





SKT - Suka-suka je Sekat Talian!

   Alahai!Nak salahkan orang lain tak boleh.Sebab salah aku sendiri.Kenapa last minute baru nak send?Aduhai!Susah juga jadi orang cerewet ni.Memang aku cerewet.Apa-apa hal, aku mesti nak sempurna.Tak dapat 100%,dapat 99.9% jadilah.Hihihi...Itu kelemahan aku.Jadi, bila aku tak dapat nak send SKT aka SASARAN KERJA TAHUNAN secara online yang tarikh akhirnya hari ini, 31 Ogos, aku terpaksa salahkan diri sendiri.

  Sejujurnya, aku dah siap benda alah SKT yang wajib dihantar sebagai seorang guru ni minggu lepas lagi.Tapi, aku tak nak send dulu sebab aku nak buat penambahbaikan.Aku nak yang cemerlang.Aku tak nak sekadar tangkap muat.Jadi, aku plan nak semak balik dan send malam semalam.Tapi, Allah tentukan yang aku tak boleh nak online kerana masalah tertentu.Plan balik nak send malam tadi, tapi aku betul-betul tak sihat.Nak bangun pun tak mampu.Jadi, aku tangguh lagi dengan harapan boleh send hari ni.Tapi nampaknya setakat jam 4.30 petang ni, hampeh... Nak log in pun ngak bisa.Aduh!!Sabar je lah.

   Nampak gayanya, aku kena isi masa dengan blogging dulu.Tak baik buang masa, kan?Dahlah badan masih tak sihat.Demam tak baik lagi.Dari semalam aku demam dan muntah-muntah.Nak siapkan kerja sekolah ada je halangannya.Nak buat lesson plan, lesson plan dah siap.Nampak gayanya, kalau sampai esok masih tak boleh send SASARAN KERJA TAHUNAN aku tu, terpaksalah aku buat muka benyek bila nama naik.Bukan salah aku 100%. Hihihi.... 


Image result for hrmis

Ha... Kat sinilah aku kena masuk untuk send.

Merdeka!

   Hari ini 31 Ogos 2015.Hari ini Hari Kebangsaan.Hari ini hari merdeka.Bagi aku, tahun ini memang aku merdeka.Merdeka dari segala belenggu yang menjadikan aku manusia dungu tanpa punya rasa atau cita-cita.Umpama kain buruk terlepek di hujung dapur.Hari ini aku merdeka.Merdeka dalam erti kata sebenar.Alhamdulillah... Mudah-mudahan, akan terus ada pelangi mengatur langkahku ke arah erti merdeka sebenar....

Image result for merdeka
Gambar Google

Sunday, August 30, 2015

Festival Merdeka Pasir Gudang

   Lembu dipegang pada tali.Manusia dipegang pada janji.Semalam aku berjanji dengan tokey takoyaki untuk update entry tentang Festival Merdeka Pasir Gudang 2015.Bukan apa, sebagai warga Pasir Gudang, aku rasa festival berkenaan tak cukup promosi.Ramai yang tak tahu.Semalam pun kebetulan aku singgah solat di Pusat Bandar kalau tak, aku pun tak perasan ada festival merdeka.Festival ini berlangsung mulai 29 Ogos hinggalah 31 Ogos.Jadi masih ada masa kepada anda yang ingin berkunjung.

Peminat takoyaki mesti suka

   Banyak gerai menarik dengan harga yang terbaik.Contohnya ada gerai CLOVERUSH yang menjual pelbagai tudung, skirt dan pakaian serta lain-lain.Ada gerai menjual barang kraf menggunakan tempurung dan kayu.Ada keychain kayu berbentuk vespa, kereta dan gambus yang dihias bendera negeri Johor.Ada replika rumah, kereta lembu dan ada beg-beg tangan cantik yang dibuat menggunakan tempurung kelapa.Angklung pun ada.

Yang ni milk shake pelbagai perisa

   Selain itu, ada banyak gerai menjual tudung dan pakaian.Untuk kanak-kanak, disediakan kawasan khas untuk bermain.Kalau nak sewa basikal dan kereta untuk kanak-kanak pun ada.Malam semalam ada sesi zumba di pentas yang disediakan.Di waktu siang, ada pertunjukan haiwan seperti burung, kucing, ular dan lain-lain reptilia.Pengunjung boleh bergambar dengan haiwan tanpa bayaran.

Macam-macam beg menarik ada dijual dengan harga yang sangat berpatutan

   Setelah puas merayap dari satu gerai ke gerai lain, bolehlah singgah ke gerai menjual makanan dan minuman.Ada macam-macam makanan dan minuman yang pasti membuka selera anda.Bagi peminat sup, boleh cuba pelbagai sup lazat seperti sup lidah, perut, urat dan sebagainya.Minuman menarik antaranya adalah milkshake dan coconut shake.Bagi yang berkesempatan, silalah berkunjung.

Burung apa entah namanya

Yang berani boleh bergambar dengan ular

Sup lidah isi mewah cuma RM7 semangkuk.

Tunggu apa lagi?Silalah berkunjung.

Wednesday, August 26, 2015

Oreo Cheese laris manis terlajak laris!


   Alhamdulillah....  Walau pun baru je beroperasi selama 3 hari, sambutan untuk oreo cheese anak dara resipi istimewa anak dara aku, sangat-sangatlah menggalakkan.Sampai tak menang tangan. Ramai rupanya yang minat.Testimoni lisan setakat ni semua kata sedap dan aduhai.Hingga menjilat sudu!Ramai yang repeat order.Alhamdulillah.... Aku tukang jual je.Maklumlah aku tak reti  buat makanan omputih ni.Kalau setakat lontong kering, bolehlah aku buat.

   Untuk hari ni, penghantaran tidak dibuat kerana semalam anak dara aku masuk hospital.Ops!Ops!Bukan sakit tapi pergi menderma darah.Aku respect sebab aku sendiri pun tak pernah derma darah.Zaman anak dulu pernah offer nak derma darah, tapi tak lulus tapisan.Berat tak cukup.Masa tu slim mlim.Berat cuma 45 kg,Sekarang berat dah terlebih cukup tapi, aku pulak yang tak cukup.Hihihi!Tak cukup berani.Jadi, biarlah orang muda yang menderma.

   Eh!Eh!Balik pada oreo cheese yang laris manis terlajak laris tu, order untuk delivary esok pun dah boleh tahan banyak.Tapi, kalau ada yang nak order, pm je whatsapp no 0167860139.Inshaallah, akan direspon segera.Untuk yang bertanya sama ada boleh pos ke tidak, mintak maaf lah sangat-sangat.Bukan tak nak pos, tapi oreo cheese tak tahan lama.Nantilah kalau bisnes dah maju, dah buat RnR, boleh pos kot.Dah ada cara bagi tahan lama.Kalau setakat yang tinggal di kawasan Masai dan Pasir Gudang, memang boleh sangat untuk COD.Yang jauh,kalau setuju nak jumpa di AEON /JUSCO Tebrau, masih boleh lagi utk COD. 

     

   Yang ni adalah Chocake.Nanti ada masa, aku akan buat promosi dan entry pasal Chocake ni pulak.Selain Chocake ada juga kek-kek lain contohnya Chocolate Seduction dan Kitkat Fence.Aku suruh jual lempeng, tak nak pulak.Tekak omputih sungguh!Tapi pendek kata, walau pun anak dara aku melayu pure, masakan omputih hasil tangannya memang begini !!!(Bayangkan aku tunjuk ibu jari buat good)


Chocolate Seduction normal topping


Kitkat Fence


Chocolate Seduction Kitkat Topping

Untuk order :
Whatsaap : 0167860139 atau 01121733270
Instagram : Tieraara Madayy
Wechat: tieraaramadayy
cod 

Tuesday, August 25, 2015

Apa Cik Fiya kata

 Hi evelibodi!Nama saya Nur Farah Safiya.Mama, papa dan ramai lagi panggil saya Farah.Tapi Cik Uji saya tetap nak panggil Fiya..er kadang-kadang Cik Fiya.Sweet kan?Sebab apa panggil Fiya bukan Farah?Mmmm.....Sebab Cik Uji pelat.Susah nak sebut 'r'.Hihihi..... Oh ya.Dah lama saya eh Fiya ( ikut panggilan Cik Uji) nak bersiaran macam dulu-dulu.Tapi Cik Uji asyik sibuk je mengalahkan YB (.... YB tu apa ?) Tapi tak pelah.Better late than never... Kata Cik Uji.

   Oh ya....Kepada yang baru kenal Fiya, Fiya perkenalkan sekali lagi nama penuh Fiya Nur (ke Nor?Lupa pulak) Farah Safiya binti Ahmad Firdaus.Umur Fiya baru setahun jagung. Hihihi..Setahun 3 bulan kot.Nanti Fiya tanya mama.Maklumlah Fiya belum pandai mengira lagi.Counting apa tah lagi.Hihihi.Fiya tinggal di Ampang.Alamat Fiya tak boleh kasi.Bahaya!!!Nanti ada orang jahat cari Fiya pulak.Keluarga belah papa di Johor.Keluarga belah mama di Kajang.Sesekali Fiya balik Johor.Berkali-kali Fiya balik Kajang.Hihihi.....


Kita hendaklah berfikir di luar kotak mainan.

      Hobi Fiya apa lagi, main lah.Tapi memikirkan tentang keadaan negara kita sekarang, Fiya mulakan hobi membaca pulak.Supaya Fiya tak ketinggalan ketapi.Cewah!Yang sebenarnya Fiya baru nak kenal ABC. Kalau ABC yang manis tu Fiya taulah.Tapi suatu masa nanti, bila Fiya dah besar, Fiya harap Fiya dapat jadi seorang pembaca yang baik.Apa maksud pembaca yang baik tu, nantilah bila Fiya dah besar dan faham, Fiya ceritakan.Buat masa ini, Fiya isi masa dengan main je lah. Ala... Fiya mengantuklah pulak.Nanti, bila ada masa, Fiya singgah lagi ye.Assalamualaikum semua!


Membaca amalan mulia

Monday, August 24, 2015

Nyanyian resah Sang Pelangi

Image result for pelangi

Ku anggap
Sekali ini nyawaku 
bagai di hujung tanduk
Lemah sekali 
Untuk meninggalkanmu
aku tak mampu...
Sekadar doa kepadaNya
moga usia ini masih panjang
untuk satu penyatuan yang abadi
bersamamu 
dalam kehidupan ini...

Sedang nyanyian resah
bermain-main di hati
Aku sempat merinduimu
sempat membelaimu
sempat merangkulmu
sempat menyintaimu
walau resah ini 
tentang nyawa 
yang tak ku mengerti
pengakhirannya...
Sesempat manapun diriku
hanya untukumu
- Bicara Sang Pelangi

Sunday, August 23, 2015

Jamuan raya sekampung

   Pada penghujung Syawal yang lalu, bersamaan 15 Ogos 2015, telah diadakan Majlis Jamuan Hariraya sekampung di kampung aku.Kalau tak silap, ini kali ketiga majlis yang sama diadakan.Majlis diadakan di padang bola sepak kampung dengan persediaan makanan secara rewang.Bukan mudah untuk mengadakan majlis sebegini kerana ia memerlukan kerjasama banyak pihak.Jadi, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada ajk yang berkenaan.Tanpa mereka majlis takkan dapat dijayakan.

   Majlis bermula lebih kurang jam 9 malam dengan bacaan marhaban, doa dan ucapan alu-aluan.Dengan menu hariraya yang pelbagai, orang kampung menjamu selera di khemah-khemah yang disediakan dan juga di tikar-tikar yang dibentang.Bantuan hariraya juga disumbangkan kepada para ibu tunggal.Selain itu, cabutan nombor bertuah juga ada di samping sumbangan duit raya kepada anak-anak bawah 15 tahun.Sebagai penutup majlis, orang kampung disajikan dengan pertunjukan bunga api.Tahun hadapan, panjang umur, jumpa lagi


Antara tetamu yang hadir


Cabutan bertuah




Cik Oyen!Cepat masuk kelas!

   Ini yang rasa nak marah ni!Budak-budak lain dah berebut-rebut masuk kelas.Awak masih lagi bersenang lenang!Dah la satu buku pun tak bawak!Gi sekolah cuma bawak badan je.Alahai!Nak marah, awak macam tak faham.Terkebil-kebil mata tu tengok aku.Tarik telinga baru tau.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Nasib baiklah awak nyau, Cik Oyen.
Dah!Cepat masuk kelas!

Saturday, August 22, 2015

Dr. Oh Little tebar roti

   Selalunya aku bercerita tentang anak buah aku yang imut-imut berperisa madu, Cik Nur Farah Safiya.Tapi kali ni aku nak cerita tentang seorang lagi anak buah aku, Muhammad Farhan Roshaimi.Lahir pada 16 Julai 2006 di Hospital Penawar, Pasir Gudang  antara jam 7 hingga 8 pagi.Adik kepada Muhammad Rujhannuddin, seorang peminat bowling.

   Si Farhan ni anak bongsu daripada dua beradik.Hobinya membaca dan juga memelihara haiwan.Farhan pernah memelihara dua ekor anak ayam.Tapi bila besar sikit, terpaksa disedekah pada jiran.Almaklumlah tinggal di taman perumahan, macam mana nak bela ayam?Kemudian bela kura-kura.Namanya Cici dan Caca.Tapi bila besar terpaksalah dilepaskan ke tasik.Ada juga bela dua ekor sugar glider.Seekor jantan, seekor betina.Yang jantan namanya Kobi.Yang betina namanya Kiko.Setakat hari ni masih lagi dipelihara.Maklumlah boleh tahan juga harga sugar glider.Takkan nak beri pada orang.

   3 hari lepas, Farhan mintak nak bela ikan keli.Dapat dua ekor beli di pasar basah Masai.Sempat dua hari je, si keli selamat menjadi lauk keli goreng.Hihihi!Hari ni, Farhan mintak nak bela arnab pulak.Emak dia pun belilah seekor arnab dengan harga RM50.Saiz boleh tahan besar tapi masih anak.Spesis apa entah jenis import hidung penyek.Arnab jinak warna coklat muda.Telah selamat diberi nama Stuart.Yang ni dibeli menggunakan duit raya.Si Farhan ni memang minat dengan haiwan.Nasib baik tak mintak nak bela oink oink yang kadang-kadang muncul di belakang rumah ayah aku, yai si Farhan.Punyalah minat dengan haiwan tapi bila aku tanya, besar nak jadi apa?Jawapannya, nak tebar roti canai.Hihihi...



Farhan dan Mr Green Banana


Yang ni Rujhan, abang si Farhan.
Hobi main bowling.

Cik Fiya perisa madu

   Kalau boleh, aku ambik Cik Fiya tinggal dengan aku.Tapi mana boleh.Jadi, tiap-tiap hari dapat tengok gambar pun jadilah.Cik Fiya anak buah aku ni tinggal di Ampang.Aku pulak di Pasir Gudang.Tak dapek la den nak main dengan Cik Fiya hari-hari.Hmm...Tak apalah.Janji dapat tengok gelagat Cik Fiya si perisa madu ni.


   Cepat-cepat besar ek Fiya.Jadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.Anak solehah penyejuk hati, kesayangan semua.Semoga dijauhkan dari segala masalah, ujian yang berat dan kesusahan.

Oreo Cheese

   Alhamdulillah.... Ramai juga yang order Oreo Cheese yang baru aku promote.Baru je deliver ke rumah customer.Mudah-mudahan, ramai lagilah yang berkenan.Harga murah je. RM7 untuk sebalang.Untuk saiz kecik RM3 je.Kawasan Masai dan Pasir Gudang COD je.Tapi untuk pos, belum lagilah.Kalau teringin nak cuba boleh whatsapp ke no 011 21733279








Cik Fiya perisa madu.

   Alahai!Rindu pulak dengan anak buah aku Cik Nur Farah Safiya ni.Orangnya kecil molek je tapi cerdik bukan main.Bila bergambar pandai je posing.Muka macam letak gula.Manis!Umur belum dua tahun.Kalau tak silap baru setahun 3 bulan tapi nampak matang macam budak dah 2,3 tahun.Aku boleh nampak IQ yang tinggi dan yang paling penting EQ pun tinggi.Dengan kata lain, langsung tak takut orang.Confident bukan main.Kalau nak kira Multiple Intelligences, aku rasa macam semua 8 jenis intelligences tu dia ada.Aku?Interpersonal kurang kot.Sebab aku kan penakut. Eh!Tapi tu dulu la.Zaman budak-budak.



Cik Fiya yang manis.

Nyanyian resah Sang Pelangi

Image result for rainbow

Ku anggap
Sekali ini 
Nyawaku bagai di hujung tanduk
Lemah sekali...
Untuk meninggalkanmu aku tak mampu
Sekadar doa padaNya
Moga usia ini masih panjang
untuk satu penyatuan
yang abadi
dalam kehidupan ini

Sedang nyanyian resah
bermain-main di hati
Aku sempat merinduimu
Aku sempat membelaimu
Aku sempat merangkulmu
Aku sempat menyintaimu
Walau resah ini 
tentang nyawa yang tak ku mengerti
akhirnya...
Sesempat mana pun 
Aku bahagia bersamamu...

-Bicara Sang Pelangi-

Dalam hati ada rindu

Image result for rainbow

Dalam hati ada rindu
dalam rindu ada sayu...

Dalam hati ada cinta
dalam cinta ada setia...

Dalam hati ada sepi
dalam sepi ada mimpi...

Dalam hati ada harapan
dalam harapan ada penantian...

Dalam hati ada derita
dalam derita ada pengajaran...

Dalam hati ada bahagia
dalam bahagia ada keindahan...

Dalam sahut-sahutan cengkerik
di waktu yang kian malam...

Dalam hatiku ada lagu
dalam lagu ada suara
jerit batinku...

Dalam hatiku ada dirimu
dalam dirimu ada aku...

Rasa kian membara
menjadi aku
menjadi dirimu
dalam pelangi syahdu...

-Bicara Sang Pelangi-



Di ramadhan ini...

Image result for rainbow

Sekali ini..
pelita ramadhan itu...
bersinar dan bercahaya di dalam hatimu...
penuh kedamaian...
Aku bahagia 
melihat dirimu di kejauhan ini...
Setelah rantaian ujian
kau harungi...
Kini kau miliki
sebuah hati yang lebih bermakna
sebuah jiwa yang berpelangi
berseri-seri...
Di ramadhan 
yang sesingkat ini
hatimu dan hatiku 
kian bersatu...
Moga ramadhan ini
akan terus menyinarkan nur bahagia...
buat kita selama-lamanya
dan di hati kecil ku terpaut 
rindu dan sayu
padamu
dalam ayat-ayat suciNya
Aku rebah menginsafi
takdirNya
Yang Maha Kuasa.

- Bicara Sang Pelangi -

Friday, August 21, 2015

Chocake Caramel yang lazat

   
Tada!!!

   Dengan bangganya diperkenalkan CHOCAKE CARAMEL yang sangat lazat.Dibuat dengan bahan-bahan seperti ..... alamak!!!Bahan rahsialah!Tak dapat nak share!Hihihi!Cuba nak korek rahsia dari tukang buat tapi sampai ke sudah tak dapat.Akhirnya aku yang kena bebel.Kedekut sungguh!Kalah CIK MAT GEBU. Prinsip katanya.Mintak aku promote, aku pun promote.Harga sangat munasabah iaitu RM7 sebekas iaitu jar 252ml.Dengan sos karamel yang super meleleh dengan topping marsmallow gebu segebu pipi anak dara dan kitkat yang relaxlah dulu.Alahai.... Nyum!Nyum!Nyum!Mmmmm...... Memang tak rugi siapa yang beli.Berbaloi-baloi!!!    Ha....Kalau teringin nak rasa, bolehlah contact si pembuat yang manis bak gula, CIK TIERAARA MADAYY di Whatsapp 011 21733270 atau 0167860139.Boleh juga ke Instagram Tieraara Madayy atau Wechat tieraaramadayy. Kalau ok, bolehlah buat testimoni ye.