Lembu dipegang pada tali.Manusia dipegang pada janji.Semalam aku berjanji dengan tokey takoyaki untuk update entry tentang Festival Merdeka Pasir Gudang 2015.Bukan apa, sebagai warga Pasir Gudang, aku rasa festival berkenaan tak cukup promosi.Ramai yang tak tahu.Semalam pun kebetulan aku singgah solat di Pusat Bandar kalau tak, aku pun tak perasan ada festival merdeka.Festival ini berlangsung mulai 29 Ogos hinggalah 31 Ogos.Jadi masih ada masa kepada anda yang ingin berkunjung.
Peminat takoyaki mesti suka
Banyak gerai menarik dengan harga yang terbaik.Contohnya ada gerai CLOVERUSH yang menjual pelbagai tudung, skirt dan pakaian serta lain-lain.Ada gerai menjual barang kraf menggunakan tempurung dan kayu.Ada keychain kayu berbentuk vespa, kereta dan gambus yang dihias bendera negeri Johor.Ada replika rumah, kereta lembu dan ada beg-beg tangan cantik yang dibuat menggunakan tempurung kelapa.Angklung pun ada.
Yang ni milk shake pelbagai perisa
Selain itu, ada banyak gerai menjual tudung dan pakaian.Untuk kanak-kanak, disediakan kawasan khas untuk bermain.Kalau nak sewa basikal dan kereta untuk kanak-kanak pun ada.Malam semalam ada sesi zumba di pentas yang disediakan.Di waktu siang, ada pertunjukan haiwan seperti burung, kucing, ular dan lain-lain reptilia.Pengunjung boleh bergambar dengan haiwan tanpa bayaran.
Macam-macam beg menarik ada dijual dengan harga yang sangat berpatutan
Setelah puas merayap dari satu gerai ke gerai lain, bolehlah singgah ke gerai menjual makanan dan minuman.Ada macam-macam makanan dan minuman yang pasti membuka selera anda.Bagi peminat sup, boleh cuba pelbagai sup lazat seperti sup lidah, perut, urat dan sebagainya.Minuman menarik antaranya adalah milkshake dan coconut shake.Bagi yang berkesempatan, silalah berkunjung.
Burung apa entah namanya
Yang berani boleh bergambar dengan ular
Sup lidah isi mewah cuma RM7 semangkuk.
Tunggu apa lagi?Silalah berkunjung.
0 comments:
Post a Comment