Wednesday, August 5, 2015

Al Fatihah

   Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kepada seseorang.Seseorang yang banyak mengajarku erti hidup.Mengajar tentang ketabahan, kesabaran, pasrah dan redha.Pada suatu malam,( tahun sebenar aku tak ingat),aku menerima panggilan telefon daripadanya.Jam waktu itu menunjukkan lebih 12 malam.Dia menelefonku dari hospital.Memaklumkan tentang dia yang akan menjalani prosedur perubatan seorang pesakit Systemic Lupus Erythematosus .Kalau tak silap berkaitan dengan proses memindahkan kulit.Suaranya tenang.Memaklumkan tentang banyak perkara yang tak boleh aku kongsikan di sini.Kami berbual selama lebih kurang sejam sebelum talian terputus tanpa sempat kami mengucapkan selamat tinggal.Malam itu aku rasa tak sedap hati.Dua hari kemudian, aku terima berita, dia telah pergi menyahut panggilan Ilahi.Hingga saat ini aku masih tak dapat melupakan kata-kata terakhirnya sebelum talian terputus iaitu carilah pelangi selagi ada hayat kerana pelangi ada di mana-mana.Moga dia, sahabatku, Norhanita Mohd Suhaimie, tenang di alam sana.



Allahyarhamah Norhanita binti Mohd Suhaimie yang berbaju merah bertudung putih.
Al Fatihah untuk temanku
  

  

0 comments:

Post a Comment