Wednesday, November 1, 2017

Orkid dan mawar pun senyum kembali...

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor
Orkid ku yang telah bertahun berbunga pun mulai berbunga kembali...

   Assalamualaikum ! Setelah sekian lama aku menulis lagi.Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan, kali ini aku akan lebih aktif menulis seperti suatu waktu dahulu.Biarlah blog picisan aku ini menjadi ruang buatku catatkan kelopak-kelopak hidupku sebagai seorang UJI bukan lagi seorang SCARLETT O'HARA seperti suatu waktu dahulu. Andai sebelum ini, catatanku lebih bernuansa duka, kali ini aku akan cuba lebih positif kerana aku bahagia. Alhamdulillah.... Bahagia yang hakiki meski pun masih ada urusan yang perlu ku selesaikan.Aku bendul.Aku lurus.Aku pembaris.Aku ruler.Kata kawan-kawan.Jadi aku redha andai urusan yang wajib ku selesaikan semuanya kerana atas nama membantu orang.Allah maha mengetahui.Moga kesakitan yang ku rasa akan diganti dengan pahala dan bahagia.Insha Allah..... 

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature
Mawarku.... kembali harum mewangi

Monday, June 12, 2017

Rahsia badan slim

  Hari ini 12 Jun 2017.Tarikh yang sangat bermakna bagiku.Tarikh genap sebulan aku menjadi suri hati Mr.SHO!Hehehe!Mr.SHO yang sangat ku cinta,belahan jiwa, imamku, embun dingin penyejuk hatiku.Hehehe!Syukur alhamdulillah.... kami bahagia sangat-sangat.Moga Allah terus berikan kami peluang untuk mengecap erti bahagia. 

Image may contain: 2 people, people sitting and table


   Tapi, ramai yang syak aku tak bahagia gara-gara badanku yang semakin susut!Alahai!Aku memang suka badanku susut.Bukan sebab untuk kelihatan cantik, tetapi untuk kesihatan.Dengan badan yang agak berisi sebelum ini, aku selalu letih dan sakit-sakit.Sakit tumit, sakit lutut, mengah dan macam-macam lagi.Tapi selepas badan makin ringan, alhamdulillah aku rasa lebih sihat.

   Rahsianya? Emmm.... Puas aku fikir apa yang aku makan.Rasanya sama saja dengan orang lain.Cuma dah hampir setahun aku tak berapa makan nasi!Tujuan asal bukan untuk kurus tetapi kerana aku loya bila makan nasi.Terasa seolah-olah ulat yang berjoget!Macam ulat sampah tu!Jadi menu aku lebih pada lauk dan buah-buahan.Kebetulan pada masa yang sama, aku batuk teruk jadi air batu langsung aku tak sentuh!

   Pada masa yang sama,aku minum jamu.Mulanya aku minum jamu asam kunyit.Rasanya tak berapa sedap.Maklumlah, rasa kunyit.Tujuan asal pun sama,sekadar untuk hilangkan letih lesu kerana bekerja.Tiap-tiap hari panjat tangga tingkat 3 atau 4.Rasa letih tu hilang tapi siksa nak minum jamu tu!Kemudian aku diperkenalkan dengan jamu Puteri.Ha!Yang ni baru sedap!Rasa macam air asam boi!Tak percaya?Cubalah sendiri!Lepas minum jamu Puteri ni badan maintain susut dan rasa terus sihat.Alhamdulillah.... Ha!Itulah rahsia aku main slim.Try lah!

Wednesday, May 24, 2017

Catatan seorang pengantin baru

   Baru-baru ini, seorang sahabat dengan beraninya bergurau agak keterlaluan dan bunyi tak senonoh di group exclassmate aku.Aku tahu gurauan itu untuk aku.Dah memang nama aku yang disebut.Lagi pun aku la seorang dalam group tu yang baru saja menerima 'mas kahwin'(Hihihi..Syukur).Kalau setengah orang, mungkin terasa hati aka sentap kata budak sekarang.Tapi aku relax je.Buat apa nak marah?Lebih baik perangai terus terang daripada hipokrit.Jadi, aku pun gelak je lah.

   Abang ipar aku pun dua kali lima.Mengusik bukan main.Amboi!Amboi!Mentang-mentanglah aku dan suami tak berapa nak muda, kau bahankan kami ye? Hihihi.... Tapi aku dan suami gelak je lah.Adat pengantin baru ke mana pergi jadi bahan usikan.Hari ni, walau pun hampir dua minggu aku jadi pengantin baru, kami masih lagi jadi bahan usikan.Lantak koranglah.Asalkan kami bahagia.Hahaha!Tiap-tiap malam dengar keroncong!Kau ada? Kali ni, mudah-mudahan tak de lagi entry aku yang emosi ala-ala ikan tercekik joran seperti suatu waktu dulu.

    Mudah-mudahan, istana yang kami bina, kekal utuh hingga ke syurga walau apa rintangan yang ada.Aku akui bukan mudah untuk membina istana kami kerana beza kami bagai langit dan bumi.Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami.Moga ikatan suci yang terjalin mampu membawa aku dan suamiku ke jalan Allah yang lebih diredhai.Terima kasih ayah kerana sudi menikahkan ku sendiri.Terima kasih mak,adik-adik dan kakak-kakakku,ipar-iparku, anak-anak saudaraku,teman-temanku dan semua saudara yang hadir di majlis kecilku. Terima kasih anak-anakku sayang kerana merestui dan menerima orang baru dalam hidup kalian.Terima kasih adik-adik iparku kerana bersusah payah menyediakan hantaran yang indah.Terima kasih ibu mertuaku kerana melahirkan suamiku, yang aku cintai sepenuh hati.

   Sesungguhnya ikatan dua jiwa yang kami bina, terbina di atas airmata.Maka airmatalah yang tumpah seusai lafaz keramat yang dibuat.Terima kasih suamiku kerana sanggup menerima diriku yang tak punya apa-apa.Aku tak punya harta atau pun rupa.Sesungguhnya, aku tidak pernah merancang untuk menzahirkan cinta kerana luka dalam yang parah.Terima kasih kerana menghidupkan kembali sesuatu yang telah lama mati dan menjadi belahan jiwaku.Andai ditakdirkan aku menutup mata, aku rela kerana aku telah merasa apa itu bahagia.Hadirmu di waktu aku hampir lemas kehabisan nafas.Dirimu penyembuh luka yang ku sangka takkan pernah sembuh.Andai bulan bisa berbicara, bulan akan nyatakan betapa aku telah putus asa untuk hidup suatu waktu dulu.

   Selama bertahun-tahun aku menghirup udara untuk hidup, aku tak pernah tahu suamiku wujud.Ironinya jarak kami tak sampai 15 minit perjalanan!Hatta ibu mertuaku tinggal hanya berjarak 5 minit dariku.Namanya pun tak pernah hadir dalam pengetahuanku apa tah lagi orangnya.Namun aturan Allah sangat indah.Kami bertemu di alam yang sangat indah yang akan kekal rapi dalam lipatan memori kami.Terima kasih ya Allah kerana menggantikan laraku dengan bahagia.Sesungguhnya aku redha dengan segala ujianMu dulu, kini dan selamanya.Hanya pintaku,berikan aku sedikit masa untuk membahagiakan dia yang ku cinta sebelum aku menutup mata. Berikan aku sedikit lagi masa. Apabila tiba masanya, Kau ambillah aku...

   Buat suamiku, bukan aku terlalu tegar dan tak sudi mengalirkan airmata tetapi aku telah terlalu banyak menangis.Sesungguhnya airmata yang mengalir keluar mampu menyakitkan mataku!Dan aku tak mampu menahan sakit!Biarlah ia mengalir jauh di lubuk hatiku saja tanda aku amat bahagia.Untukmu, akan aku cuba sama-sama membina istana yang sentiasa bahagia dengan rahmat Allah.Andai hati dan mataku buta kerana cinta pun aku rela kerana aku telah menjalankan tugasku dan ALLAH TAHU.  Doaku moga kita sama-sama kuat menghadapi apa juga gangguan yang datang kerana cinta kasihku itu adalah infinity............Moga kita kan terus menjadi embun dan pelangi yang saling memayungi, bersama dalam taman syurga cinta kita...


Image may contain: outdoor and nature


Moga jalan yang kita pilih membawa kita ke syurgaNya.

Tuesday, May 23, 2017

Cepat sihat Zahra...

   Syukur alhamdulillah, ZAHRA BEN ASHAARI semakin sembuh dari jangkitan paru-paru.Meskipun aku tak pernah bersua muka dengan ZAHRA SEKELUARGA, aku rasa seolah-olah mereka keluargaku sendiri kerana sejak mula aku kenal dunia blog, BEN lah yang banyak memberi tunjuk ajar.(Walau pun banyak yang aku dah lupa).Moga Zahra, abangnya Qhalif dan si baby bongsu, terus sihat dan membesar menjadi anak-anak soleh dan solehah.  Selamat menyambut bulan ramadan Ben dan family....




Tuesday, February 21, 2017

Monolog

   Alhamdulillah.... Ku singgah lagi ke blog kesayanganku meski pun mengambil masa terlalu lama untuk muncul lagi.Sepanjang ketiadaan entry terkini, pelbagai dugaan yang ku hadapi.Sebagai seorang insan yang lemah, terkadang, aku rasa lemah.Terasa seolah-olah Allah tak sayang kerana ujian datang bertimpa-timpa. Namun, sebagai hambaNya yang lemah, aku sedar aku perlu redha.Aku perlu pasrah.Aku perlu muhasabah diri.Mungkin banyak dosa-dosaku sama ada yang aku sedari atau tidak telah aku lakukan dan ujian bertimpayang hadir adalah sebagai satu cara yang maha kuasa untuk menyedarkan aku selain untuk menunjukkan kasih sayangNya. Alhamdulillah...

   Sebagai hambanya yang lemah, aku hanya mampu berdoa agar aku akan sentiasa dilindungiNya dari apa juga musibah di masa hadapan.Lindungi keluargaku, anak-anakku, dia yang tersayang, ayah, ibu, adik-beradik, anak-anak didikku dan sahabat-sahabat yang tersayang. Cukuplah dengan apa yang ku tanggung selama ini.Aku hanya merancang untuk memiliki pelangi namun apa yang bakal berlaku di masa hadapan hanya Allah yang tahu.Aku cuma mampu berdoa agar bahagia akan jadi milikku juga suatu masa nanti.... 

Friday, January 13, 2017

Tak semua lelaki sama

   Assalamualaikum.Salam Jumaat 13 Januari 2017 yang indah.Hari ini sempat singgah blog BEN ASHAARI, blogger hebat sifu aku dalam dunia blogging sejak dari 2010.Padaku BEN ASHAARI bukan semata-mata hebat kerana sisi yang biasa kita lihat, tetapi juga kerana sisi lain yang tak dimiliki oleh kebanyakan lelaki di luar, iaitu seorang bapa kepada tiga anak yang penyayang dan bertanggung jawab.

   Dalam realiti kehidupanku, aku juga mengenal seorang bapa seperti Ben Ashaari, yang tanpa jemu menjaga, mendidik dan memberi segenap kasih sayang berserta tanggung jawab kepada 3 orang anak .Cuma bezanya, dialah bapa dan dialah juga ibu kerana statusnya sebagai bapa tunggal.Meski dengan badan ala-ala body builder dan profession yang tak semua orang mampu terajui, dia tak kekok berapron memasak, membasuh, mengemas rumah, menggosok baju dan segala tugas seorang ibu untuk anak-anak.Aku tersentuh!Ternyata masih ada lelaki sebaik ini!

   Moga Allah memberkati hidupnya dan anak-anak, bahagia dunia dan akhirat.Cukup.Aku tak mampu terus menulis.Tiba-tiba rasa sebak.Maafkan aku kerana pernah melabel semua lelaki sama!Semua lelaki tak guna!.......................................................... Catatanku berhenti di sini.





















   

Tuesday, January 10, 2017

Aku dan Facebook.

   Aku dan Facebook.Baru lagi rasanya.Baru setahun jagung.Facebook adalah pelarianku dari dunia pendidikan yang melelahkan.Ye, aku seorang pendidik.Namun aku juga insan biasa.Punya rasa, hati dan perasaan.Aku hanya menjadi diriku sendiri.Menulis apa yang aku rasa.Jiwang? Itu bukan pilihanku tetapi mungkin itu adalah aku.Bagiku ia anugerah kerana jiwaku begitu.Mungkin kerana itu juga ilhamku sentiasa hadir untuk menulis dengan hasil fikiranku sendiri.Bagiku ia biasa namun terlihat indah bagi yang tahu menghargai.Justeru ada insan yang dengan zalimnya mencuri hidup-hidup setiap postingku di Facebook!Aduhai!Tak perlulah disalin hasil tulisanku yang terkadang aku sendiri yang memahami.Kasihanilah aku yang merasa sakitnya tulisanku dinodai!   Postingku di Facebook jarang terkait hal agama.Bukan aku tak islamik namun bagiku amalanku biarlah hanya yang maha Esa yang tahu.Aku tak mahu riak atau takbur.Meski terlihat sering berdendang,tak bermakna solatku kecundang!Insha Allah... Jangan hakimi aku. 

Mana lencana awak?

   Yang!Mana lencana awak? Aku tanya anakkku? Patah teacher!Dengan muka tak berdosa, anakku menjawab.Patah?Aku pelik.Macam mana lencana boleh patah?Lencana tu bukan dibuat dari kayu.Aku tanya pulak anakku yang seorang lagi.Lencana awak pulak mana? Dengan bibir tersenyum, si bujang 13 tahun dengan muka 10 tahun, menjawab,... Koyak cikgu! Aduh! Yang tadi patah.Yang ni pulak koyak!Kami bercakap tentang 'lencana' yang berbeza ke?

   Aku terdiam sekejap.Yang!Lencana yang macam mana yang awak kata patah tu?Aku tanya anakku yang mula-mula tadi.Dia bangun dan menuding jari ke arah kawan d sebelahnya. Itu!Katanya sambil menunjuk tag plastik yang tergantung di leher.Aduh!Itu bukannya lencana!Kata ku dalam hati.Aku tanya pula anakku yang kedua.Lencana awak yang macam mana?Si bujang kuat tersengih di depanku, menunjukkan kertas bertulis nama yang koyak separuh.Aduh!Masak!Terfikir dalam hati.Rupa-rupanya anakku yang dua ketul ini tak tahu apa itu lencana!Seorang  plastik tag dan seorang lagi kertas biasa dalam tag!Memang lah bertulis nama tapi itu bukan lencana!Aduhai!Enam tahun di sekolah rendah, lencana pun tak de dalam kamus kata awak anak-anakku.Tu belum lagi aku tanya, ... Where's your badge?Besar nampaknya cabaran kami sebagai pendidik ni. 

Kisah asal : Puan Norleha Guru kelas 1 Elit.
Kelas KRK / KAA : Jangankan badge, belajar pun guna skan kod bar di buku teks.




Izinkan aku beradu kerana aku lelah

      Hari ini, aku melayan 1001 kerenah ibu bapa anak-anakku. Dari hal sekecil terlupa duit bekal hinggalah hal besar yang tak patut diceritakan meski pun kepadaku guru anak-anakku.Kata orang, kerja mendidik itu mudah.Cukup masa, goyang kaki balik rumah.Namun, orang tak tahu, sekali bergelar cikgu, di mana-mana juga cikgu.Andai dulu perantara hanya telefon rumah, namun zaman canggih kini dengan hanya hujung jari,ibu bapa anak-anakkku dan anak-anakku, dapat hubungi aku meski pun di waktu aku baru nak melelapkan mata di atas katil jam 2 pagi!

   Aku tak marah namun berpada-padalah.Aku letih seharian di sekolah.Pulang ke rumah, buku dulu yang ku capai ,bukan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebangsa dengannya.Aku lelah.Berilah aku sedikit waktu untuk diriku sendiri.Pembelajaran alaf 21 bukan mudah bagi mereka yang mengalah.Justeru, andai anak-anak diminta membuat tugasan sekolah di rumah yang memerlukan pendekatan canggih, bantulah.Jangan dikata kami guru bercita-cita terlalu tinggi ibarat tak mengukur baju di badan sendiri.Kami hanya menurut perintah. Mengapa perlu dibantah sedangkan pendidikan setaraf Finland itulah yang selalu diminta?

   Aku lelah.. Izinkan aku beradu sebagai seorang guru.Dengan izin Nya, esok akan ku layan lagi seribu satu kerenah ibu bapa anak-anakku. Namun, berpada-padalah kerana aku bukan pengasuh di sekolah meskipun aku sayang anak-anakku yang beribu itu.Salam Ukhwah...

Image may contain: one or more people, sky, text and outdoor

Aku hanya insan biasa yang ingin ruang waktu ku sendiri bersama dia yang tercinta.