Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Izinkan aku beradu kerana aku lelah

      Hari ini, aku melayan 1001 kerenah ibu bapa anak-anakku. Dari hal sekecil terlupa duit bekal hinggalah hal besar yang tak patut diceritakan meski pun kepadaku guru anak-anakku.Kata orang, kerja mendidik itu mudah.Cukup masa, goyang kaki balik rumah.Namun, orang tak tahu, sekali bergelar cikgu, di mana-mana juga cikgu.Andai dulu perantara hanya telefon rumah, namun zaman canggih kini dengan hanya hujung jari,ibu bapa anak-anakkku dan anak-anakku, dapat hubungi aku meski pun di waktu aku baru nak melelapkan mata di atas katil jam 2 pagi!

   Aku tak marah namun berpada-padalah.Aku letih seharian di sekolah.Pulang ke rumah, buku dulu yang ku capai ,bukan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebangsa dengannya.Aku lelah.Berilah aku sedikit waktu untuk diriku sendiri.Pembelajaran alaf 21 bukan mudah bagi mereka yang mengalah.Justeru, andai anak-anak diminta membuat tugasan sekolah di rumah yang memerlukan pendekatan canggih, bantulah.Jangan dikata kami guru bercita-cita terlalu tinggi ibarat tak mengukur baju di badan sendiri.Kami hanya menurut perintah. Mengapa perlu dibantah sedangkan pendidikan setaraf Finland itulah yang selalu diminta?

   Aku lelah.. Izinkan aku beradu sebagai seorang guru.Dengan izin Nya, esok akan ku layan lagi seribu satu kerenah ibu bapa anak-anakku. Namun, berpada-padalah kerana aku bukan pengasuh di sekolah meskipun aku sayang anak-anakku yang beribu itu.Salam Ukhwah...

Image may contain: one or more people, sky, text and outdoor

Aku hanya insan biasa yang ingin ruang waktu ku sendiri bersama dia yang tercinta.

Monday, March 18, 2013

Sangat tak bagus menjadi seorang guru.

   Semalam, iklan untuk menjadi seorang guru, telah pun disiarkan di akhbar-akhbar.Walau pun keputusan SPM hanya akan diumumkan hari Khamis ini,anak-anak murid aku ada yang dah bertanya bagus atau tidak menjadi seorang guru.Aku nak jawab apa ye?Takkan aku jawab tak bagus.Jadi jawapan aku adalah seperti berikut....

   Sangat bagus menjadi seorang guru jika kita ikhlas dan fikirkan tentang pahala yang kita dapat dalam mendidik anak bangsa.Tetapi soalnya, ikhlaskah kita?Kalau ikhlas, maka teruskanlah niat menjadi seorang guru.

   Sangat tak bagus menjadi sorang guru jika awal-awal lagi cuma fikir pasal gaji.Bila dah mula mengajar, disiplin hampeh.Kasih sayang pada anak-anak murid langsung takde.Anak-anak murid tanya soalan, kita hambur dengan kemarahan.

   Kesimpulannya, jadi guru bagus ke tidak, tepuk dada, tanya selera.Kalau rasa tak sanggup, baik tak usah.Buat stress kepala otak je.


Wednesday, September 5, 2012

Hanya guru yang tahu

   Sehari dua ni, sibuk pasal Cik Lyana Enjin dok kutuk cikgu.Aku tak marah sebab tu pendapat dia je.Secara peribadi, aku sangat seronok menjadi seorang cikgu.Mungkin kerana aku memang suka budak-budak.Tak kiralah budak kecik atau budak besar.Jadi, selama 17 tahun aku bergelar cikgu @ teacher ni, aku cuma nampak yang manis-manis je. Yang tak berapa manis, aku tak ingat mungkin memang tak pernah ada kot!Tu yang aku seronok je jadi cikgu ni.

   Contohnya hari ni.Dalam jadual mengajar terkini, aku dapat kelas 3 Harmoni yang sungguh 'Harmoni'.Walau pun aku berkongsi dengan seorang adik junior untuk mengajar kelas istimewa ni, pada mulanya aku risau juga.Maklumlah, macam-macam cerita aku dengar tentang kelas ni.Tapi, selepas 2,3 minggu aku mengajar, aku rasa seronok pulak.Mungkin hanya seorang yang bergelar cikgu je akan faham, apa yang aku maksudkan 'seronok' tu.

   Pertama, sebelum aku kenal anak-anak 3 Harmoni, ada seorang pelajar lelaki ( Aku bagi initial MIN ) yang nampak ganas, nakal, kaki lawan cikgu dan yang seerti dengannya.Walau pun umur baru 15 tahun, tapi badannya besar dan bercinta dengan budak 17 tahun.Nampak dewasa dalam kata lainnya.Tapi bila aku dah kenal, alhamdulillah.... rajin juga si MIN ni belajar.Tak buat masalah langsung, senyaaaap je waktu belajar dan yang paling seronok, hari ni, dia beralih ke meja depan semata-mata nak dengar aku mengajar!Kerja aku bagi pun, aku suruh buat 2, dia buat 3!Tu yang aku seronok tu.

   Kedua, semasa aku nak tinggalkan kelas selepas tamat waktu mengajar, salah seorang anak murid aku yang 'Harmoni' tu minta aku teruuus mengajar.Kalau boleh tiap-tiap hari minta aku mengajar kelas tu.Dan yang paling aku seronok, konon katanya; dia faham bila aku ajar dan boleh buat apa yang aku suruh!Kan seronok tu!Walau pun bagi oang lain tak de apa-apa makna, bagi aku yang bergelar cikgu, ia cukup menyeronokkan.

   Bagi seorang guru yang tahu bagaimana susahnya nak kawal kelas-kelas 'yang amatlah istimewanya' begini, yang penuh dengan kaki tidur, kaki bising, dan kaki-kaki lain yang seerti, yang biasanya cikgu nervous nak masuk, bila daripada 35 pelajar, 20 pelajar boleh buat apa yang kita targetkan, rasa seronok dan syukurnya Allah saja yang tahu.Tapi, sesungguhnya bukan mudah untuk 'menjinakkan' budak-budak sebegini melainkan dengan kesabaran, kematangan, kasih sayang dan pengorbanan yang hanya seorang guru dan Allah saja yang mengetahui.

   Kesimpulannya, walau pun beribu rintangan menghalang dalam tugasku sebagai seorang guru, aku sentiasa rasa seronok kerana hanya seorang guru saja yang tahu bagaimana rasanya menjadi seorang guru.

-
-
-
-
-

Janganlah gaduh anak-anak!
Siapa baik, teacher kasi upah epal.
Nak tak?

Thursday, November 17, 2011

Sekolah yang memotong RM100 tanpa izin diminta memulangkan semula wang tersebut.

   Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Itulah perumpamaan tepat buat sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang telah memotong sesedap rasa bayaran bantuan anak-anak RM100 tanpa izin.Dek kerana tindakan berani tak bertempat pihak pentadbir sekolah tersebut, maka semua sekolah dianggap tak amanah dengan mengambil duit hak anak-anak.Tak pasal-pasal, cikgu-cikgu juga yang dipersalahkan sedangkan cikgu-cikgu hanyalah golongan lemah yang 'menurut perintah'.Tolonglah ye.Jangan jadikan isu pemotongan wang tersebut oleh sebuah saja sekolah, maka semua cikgu dilabel sebagai kebuluq duit!Tak rela kami tau!


Inilah contoh nila kawan baik aku masa sekolah dulu.
(Cuba google perkataan 'nila'.tengok apa yang keluar)



Ini ke yang namanya belanga?
Sorrylah ye sebab aku sebut benda ni periuk!


PERINGATAN KEPADA SEKOLAH YANG TELAH MEMOTONG RM100

SILA PULANGKAN KEMBALI DENGAN SEGERA!!!