Showing posts with label blogger cikgu. Show all posts
Showing posts with label blogger cikgu. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Hanya guru yang tahu

   Sehari dua ni, sibuk pasal Cik Lyana Enjin dok kutuk cikgu.Aku tak marah sebab tu pendapat dia je.Secara peribadi, aku sangat seronok menjadi seorang cikgu.Mungkin kerana aku memang suka budak-budak.Tak kiralah budak kecik atau budak besar.Jadi, selama 17 tahun aku bergelar cikgu @ teacher ni, aku cuma nampak yang manis-manis je. Yang tak berapa manis, aku tak ingat mungkin memang tak pernah ada kot!Tu yang aku seronok je jadi cikgu ni.

   Contohnya hari ni.Dalam jadual mengajar terkini, aku dapat kelas 3 Harmoni yang sungguh 'Harmoni'.Walau pun aku berkongsi dengan seorang adik junior untuk mengajar kelas istimewa ni, pada mulanya aku risau juga.Maklumlah, macam-macam cerita aku dengar tentang kelas ni.Tapi, selepas 2,3 minggu aku mengajar, aku rasa seronok pulak.Mungkin hanya seorang yang bergelar cikgu je akan faham, apa yang aku maksudkan 'seronok' tu.

   Pertama, sebelum aku kenal anak-anak 3 Harmoni, ada seorang pelajar lelaki ( Aku bagi initial MIN ) yang nampak ganas, nakal, kaki lawan cikgu dan yang seerti dengannya.Walau pun umur baru 15 tahun, tapi badannya besar dan bercinta dengan budak 17 tahun.Nampak dewasa dalam kata lainnya.Tapi bila aku dah kenal, alhamdulillah.... rajin juga si MIN ni belajar.Tak buat masalah langsung, senyaaaap je waktu belajar dan yang paling seronok, hari ni, dia beralih ke meja depan semata-mata nak dengar aku mengajar!Kerja aku bagi pun, aku suruh buat 2, dia buat 3!Tu yang aku seronok tu.

   Kedua, semasa aku nak tinggalkan kelas selepas tamat waktu mengajar, salah seorang anak murid aku yang 'Harmoni' tu minta aku teruuus mengajar.Kalau boleh tiap-tiap hari minta aku mengajar kelas tu.Dan yang paling aku seronok, konon katanya; dia faham bila aku ajar dan boleh buat apa yang aku suruh!Kan seronok tu!Walau pun bagi oang lain tak de apa-apa makna, bagi aku yang bergelar cikgu, ia cukup menyeronokkan.

   Bagi seorang guru yang tahu bagaimana susahnya nak kawal kelas-kelas 'yang amatlah istimewanya' begini, yang penuh dengan kaki tidur, kaki bising, dan kaki-kaki lain yang seerti, yang biasanya cikgu nervous nak masuk, bila daripada 35 pelajar, 20 pelajar boleh buat apa yang kita targetkan, rasa seronok dan syukurnya Allah saja yang tahu.Tapi, sesungguhnya bukan mudah untuk 'menjinakkan' budak-budak sebegini melainkan dengan kesabaran, kematangan, kasih sayang dan pengorbanan yang hanya seorang guru dan Allah saja yang mengetahui.

   Kesimpulannya, walau pun beribu rintangan menghalang dalam tugasku sebagai seorang guru, aku sentiasa rasa seronok kerana hanya seorang guru saja yang tahu bagaimana rasanya menjadi seorang guru.

-
-
-
-
-

Janganlah gaduh anak-anak!
Siapa baik, teacher kasi upah epal.
Nak tak?

Sunday, December 25, 2011

Birthday Giveaway


Aku ditag oleh Mama Tunz untuk join birthday giveaway oleh Zai Kulim sempena harijadi Zai Kulim pada 6 Disember lalu.1 Januari ni pulak birthday aku.Manalah tau, ada rezeki, dapatlah aku hadiah tupperware yang awesome tu. :D

Syarat-syaratnya senang je .Cuma follow dan like page-page di bawah.

1.Follow Zai Kulim dan sponsor 1 iaitu Tupperware With Love


Dan hadiahnya adalah ...


Amboi!!Cantiknya!!!

3. Follow / like sponsor 2 iaitu http://www.facebook.com/kedaikecilemak

Dan hadiahnya ....


4. Follow Sponsor 3 
Tupperware Promotion With The Lowest Price Ever

Dan hadiahnya...


Geramnya!!!Comel!!!


Dan hadiahnya 
- go green bag tupperware 1 unit
- handmade 2012 planner 1 unit
( Yang ni tak de gambar )

6.Follow sponsor 5

Dan hadiahnya...


Mudah-mudahan ada rezeki nak menang tupperware comel ni...

7. Follow sponsor 6 & 7
( Eh!Rasa macam dah follow tadi?)

Dan hadiahnya, akan diberitahu kemudian.

8.Kemudian wajib letak link sponsor kat entry macam yang aku buat ni.
( Kalau ikut apa yang aku faham, letak link untuk semua sponsor 1-7.Betul tak? )

9.Tag kawan-kawan yang mungkin ingin sertai.

10.Kemudian tinggalkan link di ruangan komen Zai Kulim supaya senang dia nak semak.( dan bagi hadiah. :D )

GA berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2011.

Blogger kesayangan yang aku nak tag adalah :