Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Musim kena potong...

   Cuti sekolah akhir tahun baru je bermula dengan rasminya hari ini.Budak-budak semua dah riang gumbira nak bercuti.Maklumlah boleh bermain secukup rasa. Tapi cikgu-cikgu juga yang masih belum bercuti.Contohnya aku.Masih perlu bertugas seminggu lagi walau pun cuma mengajar meja dan kerusi.Alahai!!!Tapi aku suka je maklumlah aku kan ' yang menurut perintah'
  
   Lepas tempoh berpantang tak boleh cuti minggu depan, dah macam-macam benda aku plan nak buat.Cuti tahun ini aku tambah satu lagi hobi iaitu seni jahitan felt n flannel.Mudah-mudahan, ia akan menjadi kenyataan.Sambil tu, aku sedang tunggu ilham nak mengemas rumah atau lebih tepat lagi ofis tempat aku blogging and working.Dah macam tongkang pecah dah.




Banyak tempahan ke kak?

Opps!Lupa!Musim kena potong sebab...

1.Musim kena potong kain = menjahit le tu
2.Musim kena potong tut!!! Tanya adik-adik lelaki tentu faham!
:D

Thursday, November 17, 2011

Sekolah yang memotong RM100 tanpa izin diminta memulangkan semula wang tersebut.

   Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Itulah perumpamaan tepat buat sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang telah memotong sesedap rasa bayaran bantuan anak-anak RM100 tanpa izin.Dek kerana tindakan berani tak bertempat pihak pentadbir sekolah tersebut, maka semua sekolah dianggap tak amanah dengan mengambil duit hak anak-anak.Tak pasal-pasal, cikgu-cikgu juga yang dipersalahkan sedangkan cikgu-cikgu hanyalah golongan lemah yang 'menurut perintah'.Tolonglah ye.Jangan jadikan isu pemotongan wang tersebut oleh sebuah saja sekolah, maka semua cikgu dilabel sebagai kebuluq duit!Tak rela kami tau!


Inilah contoh nila kawan baik aku masa sekolah dulu.
(Cuba google perkataan 'nila'.tengok apa yang keluar)



Ini ke yang namanya belanga?
Sorrylah ye sebab aku sebut benda ni periuk!


PERINGATAN KEPADA SEKOLAH YANG TELAH MEMOTONG RM100

SILA PULANGKAN KEMBALI DENGAN SEGERA!!!