Thursday, October 31, 2019

Hatiku sekeras batu

   Syukur alhamdulillah... Untuk kesekian kalinya aku berada di dewan sekolahku bersama anak-anak tingkatan 1 dan 2.Perhimpunan harian sekolah bermula jam 12.15 pm.Biasanya dimulakan dengan doa dan diikuti bacaan Al Mathurat dan Yaasin.Kadang-kadang ada bacaan tahlil atau selawat-selawat ats nabi.Semuanya diuruskan oleh anak-anak pengawas surau.

   Subhanallah!Betapa jahil dan kecilnya aku kerana aku sendiri tidak sehebat anak-anakku yang mampu menghafal Al Maathurat, Yaasin atau selawat-selawat.Hinanya aku kerana tak mampu menghafal doa-doa atau surah-surah seperti anak-anakkku. Tiba-tiba hati rasa sayu.Meski pun aku tak mampu mengalirkan air mata, air mataku mengalir di sanubariku.Betapa banyak dosa-dosaku di atas muka bumi ini.

   Doa- taubat yang saat ini sedang dipohon menyusuk jauh ke lubuk hatiku.Betapa selama ini hatiku keras dan aku sombong denganMu.Terlalu banyak nimat dan kurniaanMu namun aku masih lagi mempersoalkan mengapa aku terus diuji lagi dan lagi.Sedangkan anak-anakku, kebanyakan adalah dari keluarga berpecah-belah.Keluarga yang sangat sedikit mengamalkan ajaran islam yang sebenar.Namun, anak-anakku ini mampu menjadi seorang islam yang jauh lebih baik dariku.

   Moga Allah berikan ganjaran pahala syurga untuk anak-anakku.Moga Allah berikan pahala buat ustaz dan ustazah di sekolahku yang mampu mendidik anak-anakku menjadi seorang islam yang lebih baik.Mudah-mudahan, Allah akan tetapkan hati anak-anakku untuk terus menjadi seorang muslim yang sejati biar di mana mereka berada dan bagaimana keadaan keluarga mereka.Sedangkan aku sendiri, imanku masih lagi setipis kulit bawang.Masih terlalu mudah untuk tergoda dengan tipu muslihat dunia.

   Sesungguhnya, iman itu tidak diwarisi maka meski pun ayahku seorang yang tinggi ilmu agamanya, aku masih teraba-raba mencari kekuatan untuk tetap istiqamah.Aku masih berperang dengan jiwaku sendiri untuk menjadi sebenar-benarnya muslimah.Sesungguhnya, terlalu besar cubaan Allah untuku namun aku redha. Selagi ada nyawa di badan, aku akan terus berjuang untuk tetap istiqamah. Terima kasih anak-anakku kerana mampu menyentuh hatiku yang sekeras batu.

Wednesday, October 30, 2019

Aku tak gila cuma aku ingin mati...

   Oleh kerana SAPS @Sistem Analisis Sekolah  masih ditutup untuk key in markah peperiksaan akhir tahun, aku merayap la kejap ke blog-blog yang telah berapa zaman entah aku tak jenguk.Kemudian aku, tengok balik setting dan layout blog aku sendiri ni.Fuh!Banyak benda dah aku lupa.Maklumlah aku start blog aku ni tahun 2010.Sekarang ni dah tahun 2019.Cepat sangat masa berlari.Bila baca balik entry-entry lama yang aku pos, boleh mengalir airmata kerana kelakar dan sedih.Dua-dua bercampur.

   Kelakar kerana banyak kenangan lucu zaman silam yang aku kongsikan.Sedih pulak kerana dalam tempoh 9 tahun tu, macam-macam perkara aku lalui.Syukur Allah masih panjangkan nyawa aku.Kalau tidak, Scarlett O'Hara (nama yang aku guna untuk blogging) hanya tinggal nama. Pertama kerana aku pernah rasakan yang dunia ni sangat kosong.Tiada yang dapat buat aku bahagia.Zahirnya aku gembira tapi batin aku tersiksa.Macam-macam aku korbankan untuk bahagia tapi akhirnya aku yang terkorban.

   Syukur alhamdulillah dengan sedikit kesedaran dalam jiwa, aku cepat mencari yang pakar.Biarlah orang kata aku gila.Aku tak kisah kerana aku tahu hanya itu jalan yang terbaik iaitu berjumpa dengan pakar.Doktor diagnos aku dengan major depressive disorder.Aku stress tahap mampu boleh bunuh diri @ terbunuh diri.Stress melampau juga penyebab aku mendapat satu lagi penyakit yang biasanya memang akan membunuh.2013, tahun yang sangat mencabar kerana aku berperang untuk hidup.Aku berjuang untuk bangun.Aku ingin mati tapi separuh jiwaku ingin aku terus berdiri.

   Hasil pertemuan dengan doktor, doktor sarankan aku mencari punca utama aku stress dan hapuskannya.Tak susah untuk aku kenal punca aku stress tahap nak mati tu.Aku ikut nasihat doktor di samping cuba kuatkan iman.Alhamdulillah, aku berjaya.Tahun 2017 aku bina hidup baru.Tapi sejujurnya aku tidak meletakkan 100% kepercayaan untuk terus bahagia kerana aku tahu apa-apa kemungkinan akan berlaku.Andai bahagia itu cukup sekadar sebentar cuma, aku redha kerana aku telah temui sesuatu untuk mengisi jiwaku yang pernah kosong.Andai esok aku pergi ke alam baru, aku pasrah kerana aku tak punya hak untuk menyatakan tidak.Sungguh pun demikian, selagi Allah pinjamkan nyawa untukku, aku akan cuba terus mencari bekal ke alam sana.

Hasil gambar untuk bunuh diri
Ini bukan aku.
Aku pinjam Google.

Tuesday, October 29, 2019

Aik Iris ni lawa giler la!

  Hi everyone!Aku baru saja tertengok, ye tertengok video mekap adik Iris di Facebook. Cantik betul budak ni.Sebelum mekap lagi dah cantik.Apatah lagi bila dah mekap. Kalau tengok gambar, mesti susah nak percaya adik ni baru 11 tahun.Fuh!Hebat!Aku masa sebelas tahun dulu masih main kejar-kejar keliling rumah dan panjat pokok.Kah!Kah!Kah! Budak cantik ni umur 11 tahun dah pandai mekap macam orang yang mahir.Kalah setengah-setengah orang dewasa mekap aku tengok.Tak percaya?Try tengok gambar di bawah tu atau terus ke Facebook dia.


Gambar mungkin berisi: 1 orang, tersenyum
Gambar dari FB adik Iris.
Suka slang utara dia yang pekat tu.

   Mudah-mudahan, minat bersolek ni takkan jadi sesuatu yang negatif untuk budak seusia Iris.Mudah-mudahan, budak iris ni terus berjaya dan mampu seimbangkan antara minat bersolek dan akhirat macam sekarang.Maksud aku, solek solek juga tapi tudung tetap tak lepas. Selamat maju jaya ye dik!

Monday, October 28, 2019

Aku korek bijik mata tu!

   Aku geram!Geram sangat-sangat!Kalau boleh aku korek-korek biji mata dia bikin sate!Semuanya gara-gara main kayu 3!Memang la bukan laki aku tapi laki orang lain!Cuma, aku geram sebab ia melibatkan orang yang dekat dengan aku.Kawan aku tu sanggup jadi cikgu sebab nak hidup dengan dia.Sanggup hidup susah di ceruk celah sawit sebab cinta.Tapi bila kau dah senang, senang-senang kau main kayu tiga ye!

   Aku tau, aku tak de hak nak marah.Tapi aku memang marah!Siap kau kalau aku tau buat perangai lagi!Yang perempuan tu pulak bukan tak de laki.Ada , tapi entah lah.Iman dan agama dah diletakkan di bawah kaki.Demi duit, sanggup buat benda paling gtak senonoh!
Naik pulak darah aku.Dah la.Malas aku nak membebel.Buat naik darah je.

Hasil gambar untuk itik dari botol sabun
Gambar Google aku pinjam

SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

     Alahai  SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ! Beria-ia aku nak key in markah peperiksaan akhir tahun.Tapi masih tutup lagi.Pertengahan tahun hari tu, aku key in 8 kelas kerana aku mengajar 8 kelas.Kali ni 5 je.Alhamdulillah, sebelum cuti Deepavali, dah siap dah semua. Bahasa Inggeris tingkatan 2 tahun ni ada 4 kertas iaitu kertas 1 (Reading), kertas 2 (Writing) kertas 3(Speaking) dan kertas 4(Listening).Setiap satu adalah 25%.

   Maksudnya setiap murid mesti menduduki kesemua keempat-empat peperiksaan barulah layak diberi gred.Dengan kata lain, jika terlepas satu kertas, markah akan diproses untuk markah keseluruhan tetapi hanya TH dicatat dalam slip peperiksaan dan bukan gred.Bagi anak-anak murid aku, TH tu macam sumpahan.Seboleh-bolehnya perlu dielak.TH akan meletakkan kedudukan paling bawah dalam ranking. Padahal markah tahap pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah adalah lebih penting.      SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ok la.tak de Idea dah nak tulis.Tunggu ilham datang balik.


Hasil gambar untuk saps image