Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Dasar dan opsyen SBPA : Oooo!!!Aku dah faham!

   Alhamdulillah... Akhirnya setelah diberi taklimat dan penerangan secara detail, aku faham apa itu SBPA.Hasilnya, aku terima dengan rela hati SBPA (  Saraan Baru Perkhidmatan Awam) dengan pencen 56 tahun, sama seperti dulu.Bukan aku tak nak pilih 60 tahun.Aku risau rakan-rakan blogger nanti lukis Teacher Scarlett bertongkat pergi mengajar!Kesimpulan yang aku buat, SBPA adalah penambahbaikan bagi skim/sistem ( alamak!Tiba-tiba aku lupa terms yang betul) saraan baru yang sedia ada.Gaji naik, pangkat pun naik.Tentang Exit Policy tu, sesiapa yang tak berikan komitmen penuh untuk bekerja, memang patut pun kena berhenti.Itu pun bukan berhenti serta merta.Kerajaan beri tempoh untuk tingkatkan prestasi.Apa pun aku bersyukur kerana bergelar kaki tangan awam.




Sentiasa bersyukur dengan nikmatNya

p/s
Bersiaran dari dalam bas City Liner dari Pasir Gudang ke Cyberjaya.

Friday, December 23, 2011

Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

Help!Help!
Tiba-tiba aku risau.
Hari ni 23 hb...
Aku kena mengadap 28 hb...
Tinggal 5 hari je.
Tapi satu habuk pun aku tak standby lagi!
Agak-agak,
apalah agaknya soalan yang nak ditanya ye?
Sesiapa ada maklumat atau tips,
sharelah dengan aku ye.
Aku risau ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
28 hb ni aku nak pergi interview cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa
bagi menyambung pelajaranku di peringkat master.
Lokasi temuduga : Cyberjaya
Masa : 8.30 pagi.



Pergi interview, muka kena manis..