Alhamdulillah... Akhirnya setelah diberi taklimat dan penerangan secara detail, aku faham apa itu SBPA.Hasilnya, aku terima dengan rela hati SBPA ( Saraan Baru Perkhidmatan Awam) dengan pencen 56 tahun, sama seperti dulu.Bukan aku tak nak pilih 60 tahun.Aku risau rakan-rakan blogger nanti lukis Teacher Scarlett bertongkat pergi mengajar!Kesimpulan yang aku buat, SBPA adalah penambahbaikan bagi skim/sistem ( alamak!Tiba-tiba aku lupa terms yang betul) saraan baru yang sedia ada.Gaji naik, pangkat pun naik.Tentang Exit Policy tu, sesiapa yang tak berikan komitmen penuh untuk bekerja, memang patut pun kena berhenti.Itu pun bukan berhenti serta merta.Kerajaan beri tempoh untuk tingkatkan prestasi.Apa pun aku bersyukur kerana bergelar kaki tangan awam.
Sentiasa bersyukur dengan nikmatNya
p/s
Bersiaran dari dalam bas City Liner dari Pasir Gudang ke Cyberjaya.
