Seperti biasa, sejak 2 minggu yang lalu, setiap hari aku akan semak.Selalunya aku hampa.Kemudian, minggu lalu, aku hantar email kepada pihak berkenaan.Tak sampai 20 minit, jawapan telah diterima, meminta aku sentiasa menyemak web berkaitan.Aku pun teruslah menyemak.Dah jadi rutin pulak dah.Buka blog je, aku wajib buka web berkenaan.
2 hari aku demam dan terlupa nak check.Malam ni baru aku teringat nak check balik.Tup!Tup!Ada!!!Yeah!!!Aku pun dengan jantung berdegup-degup, key in no.ic aku dan klik.Alhamdulillah.... Nama aku tersenarai untuk sesi temuduga, Permohonan Cuti Belajar tahun 2012.Mudah-mudahan, aku akan berjaya dalam temuduga yang bakal aku hadiri.Maklum sajalah, kali terakhir aku temuduga, aku sendiri pun dah tak ingat dah.Mudah-mudahan, aku berjaya menjadi pelajar IPTA lagi.
Mana-mana blogger cikgu yang nak semak pemohonan cuti belajar tu, kliklah ke SINI ye.
Selamat berjaya!!!
| TAHNIAH... ANDA BERJAYA!MAKLUMAT TEMUDUGA ADALAH SEPERTI BERIKUT |
| NO KAD PENGENALAN | : | ||
| NAMA PEMOHON | : | SCARLETT O'HARA | |
| KURSUS | : | LD_B238 - PENGAJIAN BAHASA INGGERIS | |
| TARIKH TEMUDUGA | : | 28 DISEMBER 2011 | |
| MASA TEMUDUGA | : | 8.30 PAGI | |
| TEMPAT TEMUDUGA | : | BILIK 5, BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR | |
| - Sebarang pertukaran tarikh dan tempat temuduga adalah tidak dibenarkan. | |||
Senyum sampai ke telinga!
