Showing posts with label Keputusan Permohonan Cuti Belajar Bergaji penuh Tanpa Biasiswa. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Permohonan Cuti Belajar Bergaji penuh Tanpa Biasiswa. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Aku sedih tapi aku gembira...

   Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memulakan pengajianku di UTM pada bulan September 2012 kerana hal-hal yang tak dapat aku elakkan.Aku terpaksa berkorban...Serious, aku sedih.Bengkak juga mata kerana terkilan tak dapat memulakan pengajian seawal mungkin.Tapi, pada masa yang sama, aku gembira kerana keberadaan aku di sekolah, memberikan senyuman dan harapan buat anak-anak didikku.Terima kasih anak-anak, kerana sentiasa bersedia menerimaku kembali.Buat anak-anak 5 SK 1, terima kasih kerana pada hari aku benar-benar bersedih, gelak tawa kalian membuatkan aku kembali sedar, bahwa setiap suatu yang berlaku itu, ada hikmahnya.Entah kenapa, aku rasa, lebih baik aku menyambung pengajian bulan September ini, tanpa mengambil cuti tetapi dengan mengikuti pengajian separuh masa.Aku dah confirm dengan UTM, dan jawapannya, ok saja.Mudah-mudahan, itu adalah yang terbaik buatku. Sementara menunggu September, akan ku tabur bakti buat anak bangsa.




Biar apa pun rintangannya,
Master of TESL, akan aku miliki juga.

p/s: Anak-anak didikku,
kalau boleh teacher nak ajar kalian semua.
Tapi, apakan daya...
Jadi, janganlah bersedih kalau teacher tak ajar ye.

Monday, January 23, 2012

UTM... kini ku datang...

  Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga aku menyambung pengajian ke Master.Daftar pada 15 hb ni di UTM.Tapi, cuti belajar belum lulus lagi ni.Tapi tak pe.... cuti seminggu jadi aku kena relekskan otak dulu.Salah satu cara aku nak relekskan otak adalah dengan .........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


.... buat kek hari jadi!
Alamak!Buruklah pulak!
Tak pe... yang penting sedap!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


..... dan menyiapkan tempahan beg duit smurfette ni.
Baru siap 50 %.
Beg duit Mr.Bean dah siap tapi lupa pulak nak upload gambar.
-
-
-
-
-
-
-
Satu lagi berita best hari ni..
-
-
-
-
-
-
kakak aku dari Kota Tinggi datang bawak kuih gendang!
Yes!Macam tau-tau je aku tengah mengidam ni.


p/s: Doakan aku berjaya dalam temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh aku tu ye.
Terima Kasih.

Friday, December 16, 2011

Yeah!!!Aku dapat interview!!!

    Seperti biasa, sejak 2 minggu yang lalu, setiap hari aku akan semak.Selalunya aku hampa.Kemudian, minggu lalu, aku hantar email kepada pihak berkenaan.Tak sampai 20 minit, jawapan telah diterima, meminta aku sentiasa menyemak web berkaitan.Aku pun teruslah menyemak.Dah jadi rutin pulak dah.Buka blog je, aku wajib buka web berkenaan.

   2 hari aku demam dan terlupa nak check.Malam ni baru aku teringat nak check balik.Tup!Tup!Ada!!!Yeah!!!Aku pun dengan jantung berdegup-degup, key in no.ic aku dan klik.Alhamdulillah....  Nama aku tersenarai untuk sesi temuduga, Permohonan Cuti Belajar tahun 2012.Mudah-mudahan, aku akan berjaya dalam temuduga yang bakal aku hadiri.Maklum sajalah, kali terakhir aku temuduga, aku sendiri pun dah tak ingat dah.Mudah-mudahan, aku berjaya menjadi pelajar IPTA lagi.

     Mana-mana blogger cikgu yang nak semak pemohonan cuti belajar tu, kliklah ke SINI ye.
Selamat berjaya!!!


TAHNIAH... ANDA BERJAYA!MAKLUMAT TEMUDUGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
NO KAD PENGENALAN:
NAMA PEMOHON:SCARLETT O'HARA
KURSUS :LD_B238 - PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
TARIKH TEMUDUGA:28   DISEMBER   2011
MASA TEMUDUGA:8.30 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA: BILIK 5, BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR
- Sebarang pertukaran tarikh dan tempat temuduga adalah tidak dibenarkan.





Senyum sampai ke telinga!